Salam, perghhh pertama kali rasa Pavlova dari Cikmin, biasa duk order Macaron dan Red Velvet Cake je, kali ni dapat rasa Pavlova cikmin, seriussss uuuu memang sedap, Aiman makan berulang sampai 3x, tu pun saya cakap kat aiman sudah..cukup..cukup…sudah…*macam lagu pulak* ^___^

mini pavlova

Sebenarnya semalam saya dan keluarga singgah beraya ke rumah blogger EjamOthman dan Cikmin, kebetulan nak balik Klang Β kan, so singgah rumah rakan yang terdekat. Gambar bersama Ejam dan Keluarga pulak sayangnya tak dapat nak letak sini, sob…sob…memori kad tak boleh nak buka, uwwaaa~ *ok nangis*, terima kasih Ejam sekeluarga dan Cikmin sekeluarga kerana sudi menerima kedatangan kami, menu-menu yang dihidangkan semuanya sedap-sedap belaka, terima kasih ^__^

mini pavlova

Sebenarnya sebelum datang, cikmin ada tanya, ada berhajat nak makan apa-apa tak?, saya cakap nak makan Pavlova heheee, bukan tak pernah makan pavlova, saya sendiri dah banyak kali buat pavlova, tapi pavlova cikmin ni lagi sedap!! *hulur pinggan* ^__^

mini pavlova

Banyak juga pavlova yang cikmin hidang petang tu, siap tapau lagi wooo, sayang akak ketat-ketat kikiki

mini pavlova

Makasih kak untuk Mini Pavlova yang comel dan sedap ni, 1st time makan buah markisa, sedappp..kruppp krappp bunyinye, dia punya masam tu sedap sangat.

– Nanti citer pasal Bantal Durian pulak *lap air liur* ^___^

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

15 thoughts on “Mini Pavlova Yang Awesome!”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge