Dulu Suka-suka, Sekarang Terlebih Suka!

Salam, seronok juga kalau dapat cerita tentang pengalaman memulakan blog ni, tentu ada rakan yang nak baca perkongsihan ini..ewahh, kotlah kan…heheee, sebenarnya saya mula menulis blog sejak tahun 2005 lagi, masa tu aiman masih dalam kandungan, sehinggalah Aiman lahir, Haziq lahir dan insyaallah tidak lama lagi anak ke 3 saya akan lahir dan saya masih lagi menulis di blog ini, insyaallah, anak-anaklah jadi punca mula-mula saya ingin menulis blog, ingin berkongsi dan mengabadikan kenangan yang terindah di blog ini.

langkawi cable car

Masih aktif menulis Blog ^___^

Bermulanya saya menulis di wordpress.com, livejournal.com, blog.com dan banyak lagilah platform yang saya cuba sehinggalah saya jatuh hati dengan blogspot time tu, bertahun-tahun juga saya menggunakan platform blogspot, masa tu tidak ada banyak tutorial yang disediakan atau ditemui di laman google malaysia, hasil carian lebih menjurus kepada blog rakan senegara iaitu Indonesia, kebanyakkannya tutorial blog saya perolehi dari blog-blog indonesia, sebab time tu tak ramai lagi blogger Malaysia yang membuat tutorial, tidak seperti sekarang, bagai cendawan tumbuh, baru blogging sebulan dah pandai keluarkan tutorial πŸ˜€

Saya dah pernah lalui zaman-zaman blogging dulu, apa sahaja tutorial yang baru keluar semua saya cuba, saya pernah pasang widget pelik-pelik kat blog hahahhaa, oh ye time tu siap letak widget jam, radio, lagu, background gegerak tu, mouse over…apatah lagi, semua saya dah pernah lalui time tu, sebab tu kalau ada blogger baru yang pasang benda-benda gitu saya tak kisah, sebab saya sendiri pernah laluinya, insyaallah ianya memerlukan “proses” untuk menjadi yang “sekarang”, bak kata orang tidak ada dulu, tidak ada sekarang!

Saya ingatkan saya dah puas blogging dengan menggunakan Platform Blogspot, ternyata saya silap!!, saya masih belum puas dengan apa yang saya ada time tu, saya cuba mencabar diri dan memberanikan diri untuk maju setapak kehadapan (majulah sangat konon hahahhaa), saya dengan beraninya membeli domain dan hosting tanpa bantuan sesiapa, dengan berbekalkan sedikit ilmu yang saya belajar dulu (ekekee budak software engineer, tapi lah ni duk dapur :P), saya aplikasikan pada laman blog saya.

Macam-macam juga pengalaman bila bertukar ke wordpress selfhosted ni, suka duka semua ada, kebiasaannya saya sungguh “berani” untuk try and error hahahaa, yelah tak explore macam mana nak tahu kan??, saya dah pernah alami macam-macam dengan blog ni, ada yang tetiba entry hilang, blog blank, semua ada, dan alhamdulillah saya ada rakan yang sudi membantu, syukur!, berkat kita buat baik dengan orang, orang buat baik dengan kita, insyaallah.

Dari situ saya mula cinta dengan wordpress self hosted, kepuasa berblogging amat terasa, boleh menjadi-jadi dia punya addicted tu kikiki, tak makan, tak minum pun tak pe, tapi sekarang takleh buat gitu, blogging ni hanya untuk hobi dan suka-suka, tak boleh fokus 100% pada blogging, sebab saya ada hero-hero kesayangan hati yang perlukan perhatian dari saya.

Beruntung rasanya punya suami yang sangat memahami, nak tahu domain dan hosting sepanjang saya bertukar ke selfhosted ini adalah ditaja sepenuhnya oleh suami..nnggee~, dia adalah tulang belakang saya dalam pembinaan blog ini, dia jugalah yang selalu memberikan inspirasi pada saya, adakalanya saya tidak ada idea untuk menulis, dialah yang akan memberikan idea, menulis tak boleh paksa-paksa nanti entry takde jiwa *pendapat saya lah*.

Bila saya mula fokus dengan blog, saya cuba menyertai contest di blog-blog rakan yang lain, saya sebenarnya agak susah menyertai contest-contest ni sebab tahu susah nak menang hahhahaa, tapi untuk suka-suka apa salahnya kan?, setiap contest yang saya sertai, saya tidak menaruh harapan, apa yang saya perlukan hanyalah usaha hingga keahirnya, kalah menang belakang cerita.

Antara hadiah yang pernah dimenangi :-

acer aspire one

ipad2

Banyak juga hadiah-hadiah lumayan yang dan pernah saya menangi, contohnya Netbook Acer Aspire One, Ipad2,Β iPhone Β 4s, wang tunai yang agak lumayan.

htc desire Z

Saya juga terpilih untuk Program Maxis10, dan saya dapat handphone HTC Desire Z dari Maxis.

Selain itu hasil dari blogging, memang best!, saya dapat beli Kamera DSLR, Lens Telefoto, barang kemas, saya belikan hadiah untuk anak-anak dan suami, dan yang paling bestnya saya dapat bayar sendiri duit pinjaman semasa belajar dulu, yeayyy~ seakan mimpi boleh bayar sendiri hiks!

Dengan hasil blogging juga saya dapat beli :-

dslr a390

Kamera DSLR

70-300mm lens minolta

dapat beli Lens Panjang πŸ˜€

Menyentuh tentang buat duit online ni, sebenarnya buat duit online ni tidaklah susah mana kalau kita ikut cara yang betul, tidak menipu mana-mana pihak, buat ianya dengan ikhlas, dan jangan terlalu mengharap, insyaallah rezeki tu ada, bukan hari ni mungkin esok lusa, siapa tahu kan???

innity tahun lepas

Income Innity tahun 2011, RM10,107.36

cashout adsense

Β Cashout adsense, tak perlu tunjuk $$$ :D, dan yang bestnya google sendiri menghubungi saya untuk program “Rahsia” bersama mereka, SERIUS sangat menguntungkan, beruntung rasanya menjadi salah sebuah blog BM dari Malaysia yang terpilih πŸ˜€

Saya dah pernah buat duit dengan nuffnang tapi tak lama, dan lepas tu saya fokus dengan Innity, sebulan saya boleh dapat dalam 4 angka, begitu juga dengan adsense, infolinks pulak dah lama tak pasang sebab saya lupa login akses tapi sempat juga menerima RM500++ dari infolinks.

Selain itu saya juga mendapat Job Advetorial yang mana hasilnya lumayan juga, saya pernah buat advetorial untuk 1 job, 4 angka, kalau saya boleh kenapa tidak anda?,Β Sebenarnya tidak ada yang mustahil, siapa kata blogging hanya membuang masa??, dah ramai yang berjaya menjadikan blogging sebagai sumber pendapatan.

Isunya disini juga, menulis dan berinteraksi agar pembaca tidak bosan, berinteraksi maksudnya disini, menjawab komen yang ditinggalkan, dari situ perhubungan dapat dibina dan tidak mustahil dari komentar tersebut juga ada yang ingin menjadi pembaca setia blog kita, serius saya sejujurnya suka sekiranya komen saya dijawab oleh tuan punya blog ^___^, rasa dihargai!

Apabila pembaca setia dah ada, cuba pula bermain dengan SEO, yang penting SEO tersebut haruslah bermanfaat dan berinformasi, bukan sekadar berSEO semata-mata tetapi apa pun takde kat entry tersebut, jangan jadi seperti itu, ingat!, kita menulis untuk bagi orang rasa selesa dan seronok nak baca dan tak sabar nak tunggu update terkini, buka hanya pada tajuk sahaja panas tetapi pengisian tidak ada.

Trafik Blog sepanjang tahun 2011 :-

trafik2011

Unic Visitor : 0.9 Juta (Sikit lagi nak sejuta hihi)

No Of Visit : 1.1 Juta

Pageviews : 1.9 Juta

Ingat!! bila trafik tinggi, advertiser senang mari….kita tak perlu cari, trustme!, tak caya boleh tanya kengkawan lain yang dah biasa buat advertorial.

******************************************

Eheemmmmm, sebenarnya entry ini bukanlah untuk tujuan menunjuk-nunjuk, entry ini adalah entry penyertaan kepada contest yang dianjurkan oleh saudara Eizil.

Untuk keterangan lanjut sila klik banner diatas, good luck pada rakan-rakan yang lain, join je dulu, kalah menang belakang cerita, tak menang pun takpe kot, kita suka-suka aje, yang penting dapat kenal ramai kawan, jangan tak tahu dari contest macam ni lah kita dapat merapatkan hubungan sesama blogger ^___^

– Oklah baru nak tido, dah pukul 3.11am -..-“

yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

43 Replies to “Dulu Suka-suka, Sekarang Terlebih Suka!

  1. Aduhai beribu-ribu yang dapat,
    Banyaknya income sebagai seorg penulis,
    Inilah beruntung bila nama dah mendapat tempat,
    Segala entri sentiasa ada kelas.

    Orang lama pengalamannya banyak,
    Asam garam berblog dah dilalui,
    Segala kelebihan membuat blognya rancak,
    Hinggakan ramai pelawat yang mengunjungi.

    Walaupun kita sudah dikenali,
    Namun rakan lain perlu dikunjungi,
    Tanpa mereka siapalah diri kita ini,
    Tetap setia bersama rakan-rakan di sini.

    Yanmionline.com jadi perhatian,
    Entrinya banyak yang memberi liputan,
    Sentiasa mendapat tempat di hati rakan sekelian,
    Tetap bersama teman2 w/pun dah ramai kenalan.

    #Good Luck Kak Yan…
    sensasi2020 recently posted..Kenapa Aku Menulis Blog Dan Apakah Penyebabnya?My Profile

  2. Apabila kak yan dah bercerita panjang lebar mengenai pengalamannya, pasti akan memberi semangat kepada yang baru nak menceburi bidang ni. Terima kasih kak yan atas perkongsian, dan tahniah diucapkan atas pencapaian setakat ini, semoga tahun 2012 akan memberikan pencapaian yang lebih cemerlang dari tahun-tahun sebelumnya.
    Eizil recently posted..Bagaimana segalanya bermula.My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge