Salam, macam mana cuti-cuti korang semalam? mesti syiok kan?, saya dengan hero-hero duk rumah je, cuaca kat luar tak berapa nak best, so aktiviti semalam buat Chilled Strawberry Cheesecake, pertama kali buat versi unbaked cheesecake ni, kemain seeedddaaapppp heheee, ada yang nak resepi, ok baca sampai abis ye, saya berikan Resepi Chilled Strawberry Cheesecake kat bawah.
Serius Chilled Strawberry Cheesecake ni tersangatlah sedap, saya sendiri pun makan sekali hehee, apa boleh buat nafsu menguasai diri eekeke, myhero-hero kemain puji kata sedap, saya pun seronok nak buat benda-benda gini bila diorang pun suka makan, plus kata seeedaaapp nnggee~
Agak comot sikit, tak dan nak hias cecantik sebab memang dah tak sabar nak rasa, maklumlah 1st time buat yang versi gini, ingatkan Cheesecake oreo dah paling sedap, rupanya Chilled Strawberry Cheesecake ni terlebih-lebih sedap dari cheesecake oreo tu hehee.
Dasar cheesecake tu retak sikit je sebab time nak alihkan dari loyang agak gelojoh hahahaha.
Serius memang sedap sesangat, menu ni boleh masuk dalam list kalau ada buat makan-makan heeheee, yang bestnya sepanjang-panjang anak makan, sepanjang tu pujian diterima hahahaha, budak-budak sangat jujur okeh!
Follow Resepi Chilled Strawberry Cheesecake
Bahan-bahan :-
- 250gm Biskut Marie
- 100gm Buttercup (suka hati mentega apa2 jenis pun boleh, di cairkan)
- 250 Cream cheese Philadelphia (terpulang jenama apa, tapi saya suka Cream cheese Philadelphia)
- 70gm Gula Castor
- 10 Biji buah strawberry (Dikisar dengan sedikit air, jadikan puree strawberry)
- 10 Biji buah strawberry (Di potong kecil)
- 1 1/2 Sudu gelatin halal (Saya guna brand nona)
- 200ml Whipping Cream (1 kotak kecil)
Cara-cara membuatnya :-
- Biskut Marie di hancurkan, saya blend je biskut marie ni, senang dan cepat hehee
- Buttercup/mentega tadi dicairkan, kemudian masukkan biskut marie tadi kedalam cairan mentega sehingga boleh ditekap, sebaiknya guna tin loyang yang boleh buka tu, tapi saya guna loyang biasa je.
- Simpan dalam freezer supaya cepat keras dan sejuk sementara kita buat cream cheese nya pula.
- Putar cream cheese bersama dengan gula castor sehingga berkrim, masukkan puree strawberry yang dikisar tadi.
- Dalam bekas lain, putar whipping cream
- Whipping cream yang dah diputar tadi, campurkan kedalam acuan cream cheese dan kacau dengan spatula.
- Bancuh Gelatin dengan air suam sehingga kelihatan jernih berkilat, kemudian masukkan kedalam cream cheese tadi dan gaul bersama sehingga rata.
- masukkan strawberry yang dipotong kecil2 tadi kedalam cream cheese dan gaul.
- Ambil biskut dalam peti yang dah disejukkan tadi, tuang cream cheese kedalam tin loyang tadi, simpan dalam peti selama 3-4 jam, kemudian boleh ler di hias dan dimakan.
- Saya cuma sejukkan kat freezer selama 1 jam, dengan suhu peti sejuk yang maximum, konon nak cepat hehee, tapi betul sejam dah boleh makan, dah pejal cream cheese nya.
Kannnn, senang sangat, resepi ni saya amik dari youtube, tapi saya tak ingat url video tu sebab saya view dari ipad, ipad pula dah clear history dan cache, so saya tak ingat link url, tapi nasib baik juga saya ingat step-step buat Chilled Strawberry Cheesecake ni hikhik.
Kak Yan, myra ambik resepi ni ye, bila2 nak try buat la 🙂
Myra Jay recently posted..Payment received from HeartBeat
rasa lapar la plak malam malam nih
Juan recently posted..Download Angry Bird Space for Android
Meleleh air liur tgok cake ni. dah la fav cheese cake. ada strawberry. bertambah tambah super like! free time nnt nk buat la! 😀
AyongQiela recently posted..WorkSpace
nak strawberry tuuuuuuuuu..
titan recently posted..Siapa Aya dalam hidup aku?
Dari gambaran pun dah tau sedap..
Erm, budak2 memang tersangat jujur..
Kalau tak sedap memang dia akan kata tak sedap..
Kalau sedap, hemmm melambung pujinya 🙂
Nampak macam senang, boleh cuba jugak ni..
Jomtonton recently posted..Terengganu vs Kitchee SC AFC Cup 20 Mac 2012
tengok strwaberry tu memang geram la..huhu..
bardboo recently posted..Wang Tunai RM5000 untuk Blogger
nampak sedap tapi tak suka makan kek…hehe
Luqman Hakim recently posted..Video Fabrice Muamba Kena Serangan Jantung
I want them! Strawberry tu nampak mengancam
Fazreen recently posted..Happy Monday!
@Fazreen, heheheee stoberi semestinye ummppp coz masam manis, cheesecake tu betul2 pekat rasa strawberrynya, akak siap buat puree stoberi 😀
yanmie recently posted..Apps iPeriod Pada iPad Khusus Untuk Wanita
@yanmie, tunggu akak jemput datang rumah je ni. hahaha. boleh melantak bersama aiman dan haziq
Fazreen recently posted..Happy Monday!
waa nampak senang ni , putar pulak tk de benda nak putar ni ahakss… meruntun jiwaku kak.. nanti buat juga yg ni sebab senang ..
puanbee recently posted..Lelaki Kacak Shopping
@puanbee, buat bee, senang sangat plus sedap sesangat, serius tak tipu hehehe 😀
yanmie recently posted..Apps iPeriod Pada iPad Khusus Untuk Wanita
@yanmie, terlius juga ni.. tergugat nafsu makan…
puanema recently posted..Cara saya… Sekarang
Wah nampak sedap dan menyelerakan. Taburan buah Strawberry yang segar dengan kuantiti yang banyak memang best. 🙂
akubiomed recently posted..Proton Power of 1 di Stadium Bukit Jalil
@akubiomed, memang sedap, yang ni confirm AB boleh makan sebab tak manis sangat, ada rasa masam2 manis, dan pewarna pun takde dalam resepi ni 😀
yanmie recently posted..Apps iPeriod Pada iPad Khusus Untuk Wanita
Sedapnya Aya tengok… meleleh da air liur ni.. 🙂
Aya recently posted..Ganjaran Wang Tunai RM5000 dari BloggerWanita.com
@Aya, alamak, kena buat tu hehee 😀
yanmie recently posted..Apps iPeriod Pada iPad Khusus Untuk Wanita
Assalam, macam sedap saja… hahaaha
Budak Lanun recently posted..Konsert Rhythm Of The Soul : Di Bawah LangitMu (Siri Pertama)
@Budak Lanun, Kalau aku buat nie mesti huru-hara dapur… hahahha…
Budak Lanun recently posted..Konsert Rhythm Of The Soul : Di Bawah LangitMu (Siri Pertama)
@Budak Lanun, memang sedap, trylah, tak try mana nak tau kan, huru harap kejap je pastu pepandai ler nak ngemas ye hehehe “:D
yanmie recently posted..Apps iPeriod Pada iPad Khusus Untuk Wanita
Aduhhh Asyik nyer kek ni Akak, Sekali nengok macam nak ngap terus. Tapi apa boleh buat. Telan Air liur je ler. ermmm nak buat rasanya tak jadi kot heheheh.
@Azie, buat jangan tak buat… kalau dah buat tu meh lah sikit Azie… huhuhu
Budak Lanun recently posted..Konsert Rhythm Of The Soul : Di Bawah LangitMu (Siri Pertama)
kalau Azie buat! pengsan orang makan hahahaah.
Azie recently posted..Tasik Perdana, Tempat Riadah
@Azie, senang je buat, kalau buat confirm jadi, ni tak perlu nak bakar2 dah 😛
yanmie recently posted..Apps iPeriod Pada iPad Khusus Untuk Wanita
erm, sedapnyer..
syu90 recently posted..Lomo Aquapix Giveaway by Miraa Hussin
@syu90, apasala dah tertelan air liur kah… nah, dah jatuh dah air liur koe tu… cepat lap buat malu saja… huahauhaua… jangan marah erk… gurau2 saja… >.<
Budak Lanun recently posted..Konsert Rhythm Of The Soul : Di Bawah LangitMu (Siri Pertama)
@Budak Lanun, xla..x smpat jatuh lg..dah tertelah blik..haha..~
syu90 recently posted..The Hunger Games
senang jer resipi ni kan…harus nak kena cuba ni…nakgi shopping brg2 dulu la…sumer tkde dlm stok simpanan ni…
norsaritanaini recently posted..Pengalaman Melahirkan Dhiyaulhaq Zhafran
@norsaritanaini, ha’ah senang sesangat, nak buat pun takdelah leceh mana 😛
yanmie recently posted..Apps iPeriod Pada iPad Khusus Untuk Wanita
pasti enak tuh….
Dadan recently posted..Gresik United vs Persib Bandung
iya Dadan memang enak 😀
@yanmie, Kalau enak kak bagi lah sikit…huhuhuhu
Budak Lanun recently posted..Konsert Rhythm Of The Soul : Di Bawah LangitMu (Siri Pertama)
@Budak Lanun, jauh 😛
yanmie recently posted..Apps iPeriod Pada iPad Khusus Untuk Wanita
emm.. bestnya tgk..
last friday baru je buat versi oreo..
best jugak klau cuba yg ni pulak ye.. 🙂
salmia recently posted..Cubaan Pertama : Chilled / unbaked oreo cheesecake
@salmia, cheesecake oreo pun sedap, tapi yang ni lagi sedap, unbake cheesecake, trylah mia tak nyesal, malah tak senang duduk jadinye duk teringat2 kesedapan tu hehee 😀
yanmie recently posted..Resepi Chilled Strawberry Cheesecake
@salmia, Cuba jangan tak cuba…. dah tengok pun dah rasa lapar perut nie… huhuhu
Budak Lanun recently posted..Konsert Rhythm Of The Soul : Di Bawah LangitMu (Siri Pertama)
kak…terima kasih ye utk resepi ni..insya Allah chii nak cuba wat gak memandangkan tak perlu nk bakar2..just masuk dlm freezer je..
lg plak..anak akak asyik kata sedap je..ni x boleh jadi ni..
chii recently posted..7 Perkara Yang Akan Saya Buat Sebelum Mati
@chii, Serius sedap, bukan takat anak akak, ni akak yang tengak control makan benda-benda gini pun boleh termakan, masih terasa sedap tu kat tekak hahahahhaa adoiyyaaiii sabar jelah 😀
trylah senang sangat tau, takde bakar2 😀
yanmie recently posted..Resepi Chilled Strawberry Cheesecake
Resepi dah dapat, nak mencuba buat tu tak tau bila.. heee 🙂
TQ kak Yan 🙂
Myra Jay recently posted..Laut tenang Jalan lengang dicemari aksi merempit
@Myra Jay, yeayyyy hehee nasib baik akak rajin pagi ni nak menaip panjang-panjang hehee, nanti boleh lah try kan, ur welcome darl 😀
yanmie recently posted..Resepi Chilled Strawberry Cheesecake
@Myra Jay, bookmark saja kalau tak pun salin saja resepi tu… nnti bila dah ada masa lapang baru try buat… hehehe… ceh, memandai saja aku nie…
Budak Lanun recently posted..Konsert Rhythm Of The Soul : Di Bawah LangitMu (Siri Pertama)