Salam, phewww mood blogging sudah mari sebab masalah blog sebelum ni alhamdulillah sedikit sebanyak dah dapat diatasi oleh saya sendiri kiikikikik, tahniah pada diri sendiri heheee, Macam-macam hal betul bila blog ada masalah, semuanya timbul lepas saya tukar themes blog.

blog

Memang saya tahu apabila menukar themes blog sedikit sebanyak akan menjejaskan trafik dan SEO blog, setelah sebulan 1-2 kali bertukar themes, saya semakin pelik, kenapa trafik blog ini semakin merudum?, yang sangat menyedihkan bila google “yanmie”, malahan Denaihati yang duk 1st index haha, tak aci betul.

So semalam saya menyiasat themes baru yang slide tu, rupanya themes tersebut tidak ada H1 Tag, sebab tu homepage blog tidak di index oleh google, sebab tu sitelink ghaib ntah kemana, tapi setelah masalah dikenal pasti, saya tukar themes sekarang ni, lama juga saya guna themes ni, bertahun-tahun jugak, tapi inilah yang terbaik buat blog saya, ok saya guna sampai bila-bila ekeke *harapnye lah*.

Setelah saya menukar themes, tak sampai 1 jam sitelink blog saya dah dapat semula, yeayyyyy!!!, ok sekarang saya faham, yang cantik tidak semestinya terbaik hiks!, tu pun macam-macam error saya jumpa semalam, tapi sitelink tu belum update lagi home desc, error semalam pula kat desc tu hee, amik masa sikit nak update.

PR pun dari PR4 turun jadi N/A, ingatkan lepas tukar themes akan pulih semula apabila google membuat PR Update, ternyata saya silap, semuanya sebab masalah teknikal pada blog ini, terima kasih pada rakan-rakan yang perihatin, ada yang menghantar email memberitahu hehe, makasih Azmanisma sebab begitu perihatin.

ha semalam macam atas tu pun ada, penat heheee

Bayangkan saya tidur dalam pukul 4 pagi gara-gara nak setel problem blog ni, error segala macam pelik yang keluar, segala syntax error yang keluar sampaikan blog ini tak dapat dibuka macam biasa, jadi blank putih je, takde apa-apa, lepas tu keluar pulak syntax error, saya bermain-main kat cpanel, try and error, orang kata kena berani baru ilmu tu bertambah.

Alhamdulillah setelah pelbagai usaha dilakukan, berjaya juga buat blog ni normal macam biasa, mana tidaknya nak minta tolong kat orang pun mana ada kawan-kawan yang online pada pukul 4 pagi, kalau ada pun yang tak berapa nak biasa dengan saya, tu pun tak ramai yang berani nak menggodek-godek cpanel ni.

Apa pun terima kasih buat sahabat saya KulanzSalleh, beliau memang banyak membantu saya, themes sekarang yang saya guna ni pun kalau takde dia memang takde themes ni, alhamdulillah themes ini saya dah gunakan bertahun jugak, terima kasih Lan, guna balik themes ni heheee.

– Paling mencabar semalam bila time edit blog, streamyx pulak buat perangai -..-“

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

61 thoughts on “Macam-macam hal betul”
  1. kalau nak test function dalam wordpress theme boleh install xampp software. dgn software ni, user boleh install wordpress kat pc sendiri =)

  2. saya baru baca entri ni..so br tahu kenapa akak tukar ke theme lama semula..tp honestly, bard memang suka sgt theme yg ni..simple and nice…lagipun masa first time sampai blog akak ni pun, memang akak guna theme ni..so sejak akak tukar ke theme baru, nampak pelik plak..terasa kelainannya..hihi…

    anyway, selamat kembali ke theme lama..agaknya apalah nama theme ni ye?
    bardboo recently posted..Penulis Jemputan KhasMy Profile

  3. Ia adalah 1 pengajaran barang yang lama jangan disangka buruk dan barang yang baru jangan disangka baik. Saya ingatkan blog Yanmie tidak dapat PR sebab gara-gara berpindah hosting rupanya kerana theme yang digunakan tidak mengcukupi syarat.

    Saya pun sudah selesa dengan theme yang digunakan walaupun pada hati ada yang tidak berkenan tetapi yang penting ia cukup syarat SEO.

    Bagi saya ada PR kalau tidak memberi apa-apa keuntungan susah hati juga.

    Harap blog ini kembali mendapat PR.

      1. @yanmie, Untuk blog yg dah banyak trafik perkara pertama yg perlu di check sebelum tukar theme mesti kemesraan kepada SEO kerana ianya akan memberi kesan yg tragis.

        Tapi kalau kekal theme lama kan bagus jadi bila blogger search Yanmie pasti blog Denaihati yg dapat trafiknya. semenjak malam tadi trafik Denaihati dah turun sikit lah.
        Denaihati recently posted..Sihat Sebelum SakitMy Profile

        1. @Denaihati, betul2, sebelum ni tukar themes sebab baca descnya kata seo optimized, takdelah nak godek2 htag kan, ntah semalam tergerak hati nak cek htag tu tanya DH pasal entry htag tu.

          memang terkesan sangat bila trafik turun, sebab sumber trafik banyak dari google, sedikit sebanyak efek juga pada pendapatan blog heheee, walaupun tak kisah sangat bab pendapatan tu tapi taknaklah prestasi blog menurun, kalau boleh nak lagi up 😀

          tak aci kalau themes lama, nanti orang tak jumpa blog yanmie hehee.

          Ohh dah nampak penurunan ke? ala takde susah mana nak naik tu, SEO kena maintain hehee, mesti boleh punya lagi2 blog DH PR tinggi so peluang duduk 1st page tu sangat cerah.

          cepat sikit keluarkan keputusan contest, mesti trafik naik berkali ganda balik hehehe 😀
          yanmie recently posted..Semak Keputusan STPM 2011 Online Dan SMSMy Profile

  4. Yup saya sgt perihatian hehehe…patutlah tgk kat g talk masih ada online pagi2 buta…sebenarnya saya mencari rahsia blog ini..mengapa trafik banyak sgt..kikiki…saya ada buat sedikit kajian blog yg pr tinggi,bila saya check pr blog ni N/A…tu yg agak terkejut tu..mana bisa kek gini. 🙂

    Apa2 pun tahniah blog pulih…
    azman recently posted..Kelebihan Surah Al KautsarMy Profile

    1. @azman, Hehehee terima kasih sebab perihatin 😀

      ooo senyap2 ye kaji blog orang hahaha, tulah memang tau sitelink, PR semua tu hilang, biasanya bila tukar themes/hosting kejap je masalah tu, tapi kali ni memang lama sangat, banyak betul efeknya, trafik memang merudum, macam ni lah kalau blog harap trafik dari google kan hehee.

      alhamdulillah now dah ok sikit, ada banyak lagi nak kena perbetul ni, slow2, tapi mood sudah mari, yeehhaaa ekekeke 😀

      P/s : hahaha gtalk tu kadang kat ipad on je 24jam, tp smlm mmg on9 kat laptop 😛
      yanmie recently posted..Macam-macam hal betulMy Profile

    1. @zuls, kena cek balik tu zul, biasanya sitelink hilang sekejap je kalau tukar themes sebab struktur blog berubah, nanti akan ada semula, tapi kalau lama sangat macam akak ni kena cek balik themes tu, akak punya ni sebab themes je serba serbi tak kena, macam2 error bila edit 😛
      yanmie recently posted..Macam-macam hal betulMy Profile

  5. Suka lagi theme ni dari yg sebelum ni… yang ini nmpk kemas sikit sebab ada border kat sidebar… Pasni tak yah tukar2 dah…. tahan sikit nafsu nak tukar theme yg cantik… hehehe… pesanan untuk diri sendiri jgk ni…

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge