Salam phewww~ baru sudah baca mstar tadi, dilaporkan akan mengalami Gangguan Bekalan Air Di KL Dan Selangor 14 Mac 2012, dimaklumkan lebih 1 juta penduduk Lembah Klang akan berhadapan dengan masalah bekalan air tiada, ini ekoran kerja-kerja penyenggaraan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1.

Gangguan bekalan air dijangka berlaku selama 36 jam bermula pada pukul 8 pagi 14 Mac sehingga 8 malam keesokan harinya, bukan sekejap ye, 36jam tu, uhukkk kang ada yang pergi keje/sekolah tak mandi ni hahahhaa.

Dah semak, kat kawasan rumah saya ni, rasanya bekalan air turut terjejas, aiyooo apa nak buat yea kalau bekalan air terputus?, saya bab-bab air, elektrik kalau tiada memang lemah sikit, sebab 2 benda tu kalau takde boleh kata kerja-kerja rumah turut lumpuh sama, tak boleh nak masak tu satu hal, nak buang air lagik ler dengan ada anak kecik ni hiks.

tong air

Gambar : dinasaldi.blogspot.com

Nampaknya kena ajak suami pergi beli tong besar untuk standby letak air paip, tangki air ada, cumanya kalau boleh nak masak tu biarlah guna air paip, kalau guna air tangki ni tak taulah kan tangki tu macam mana rupanya, berkarat ke tak kan?.

Apapun penjimatan air sangatlah penting, bukan masa macam ni je, senantiasa kalau boleh kena jimat air, jangan membazir, besok-besok air kena catu ha padanlah muka time tu kan, tapi kadang-kadang kita ni terlepas pandang gak bab-bab penjimatan air ni, mentang-mentang ler bil air 20 meter padu pertama dapat free kan (penduduk selangor).

Berikut dibawah kawasan yang terlibat mengalami gangguan bekalan air.

Hulu Selangor kawasan Kuang, Kundang dan keseluruhan Bandar Tasik Puteri manakala kawasan Petaling melibatkan SS1 hingga SS6 Petaling Jaya, Kelana Jaya, kawasan perdagangan bebas SS8, Sungai Way, Damansara Kim, Damansara Utama, Damansara Jaya, Kampung Sungai Kayu Ara, Taman Megah, Taman Mayang Mas dan Taman Mayang.

Turut terlibat ialah Bukit Mayang Mas, Kampung Cempaka, Sungai Mas & Aman Suria, Damansara Idaman, Sunway Damansara & Mutiara Tropicana, Kampung Kayu Ara, Mutiara Damansara, Damansara Perdana & Bukit Lanjan, Taman Megah Mas, Bandar Utama, Tropicana Golf, TTDI & Pinggiran TTDI, Sungai Pencala, Seksyen 2 hingga 11, Kota Damansara, Pusat Perdagangan Kota Damansara, Monteres, Kayangan Height & Subang Sejahtera, Seksyen 12 hingga 14, Petaling Jaya,Kampung Melayu Subang, Subang Perdana, Mah Sing dan Subang Bestari.

Kawasan Kuala Lumpur melibatkan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Bukit Kiara, Kelab Diraja Selangor, Bukit Kiara Resort, Pusat Sukan Bukit Kiara, Pusat Sains Negara, Suruhanjaya Sekuriti, Bahagian Teknologi Pendidikan, Pusat Konvensyen Sime Darby , Jalan Segambir, Jalan Belimbing, Jalan Setia Bistari, Jalan Setia Murni 1 hingga 12, Jalan Setia Budi, Jalan Setia Rasa, Jalan Setia Raya, Jalan Setia Jaya, Jalan Medan Setia, Jalan Setia Bakti, Jalan Setia Kasih, Plaza Damansara dan Taman Seri Beringin.

Klang/Shah Alam pula melibatkan Sunway Kayangan, Subang Impian, Sunway Suria, Puncak Perdana, Sungai Kapar Indah, Pekan Meru, Bukit Kerayong, Kampung Budiman, Felda Bukit Cerakah, Cerakah Jaya, Bukit Kapar, Kampung Delik Kanan, Kampung Delik Kiri, Kampung Delik Dalam, Kampung Delik Baru, Kampung Sungai Udang, Jalan Sungai Bertik, Jalan Yadi, Jalan Batu Unjur, Jalan Kim Chuan, Taman Kim Chuan, Taman Bayu Perdan, Flat Sri Angkasa, Vista Indah Apartment, Bandar Puteri, Bandar Ambang Botanic dan Taman Kota Permai.

Turut terlibat ialah kawasan Bandar Botani, Bandar Bukit Tinggi 1 dan 2, Flat Pendamar Indah, Taman Sentosa, Bandar Parkland, Kampung Idaman, Taman Gembira, Jalan Raja Lumu, Flat Perumahan Teluk Gadong Indah A, Rumah Teres Teluk Gadong Indah A, Flat Pandamaran Indah, Kampung Pendamar, Jalan Tengku Badar, Persiaran Raja Muda Musa, Jalan Kastam, Pandamaran, Pandamaran Jaya, Taman Telok Gedung Besar dan Sobena Jaya.

Kawasan Kuala Langat pula melibatkan kawasan Sijangkang, Telok Panglima Garang dan Kebun Baru.Abdul Halem berkata sebagai langkah persediaan Syabas telah meletakkan 42 buah lori tangki dalam keadaan bersedia serta sebanyak 192 buah tangki statik di kawasan strategik bagi membekalkan air sekiranya berlakunya kecemasan.

– Mstar.com.my

.lori air

Orang ramai yang memerlukan bantuan bekalan air menerusi lori tangki atau ingin mendapatkan maklumat lanjut berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual itu boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol, 1-800-88-5252.

– pheww~ 36jam tu -..-“

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

26 thoughts on “Gangguan Bekalan Air Di KL Dan Selangor 14 Mac 2012”
  1. nasib baik saya duk di trganu..hehe..kat tempat saya rasanya dalam setahun sekali kot barulah ada masalah air ni..saya pernah ke rumah abang saya di k.lumpur dan selalunya kat sana memang air kena catu lah,kadang2 x de air langsung..nak mandi pun susah..kalau ada air pun perlahan je keluar dari batang paip,nak mandi pun x puas..kalau kat tempat saya ni,kelajuan air paip yg keluar tu memang puas hati sangat..kuat dan laju..eh..lari tajuk ke ni? hehe
    mrs.yie recently posted..CONTEST SINOPSIS ‘SAYANG CIKGU KETAT-KETAT’ (STICKY POST SEHINGGA 10 MAC 2012)My Profile

    1. pening juga kepala memikirkan air tak ada.kalau elekatrik tak ada pun susah.tapi…air x ada lagi la susah

      1. Adoi susah le saye nak mandi wajib…..selalu hari hari mandi wajib…..so takkan nak kena hold projek kot….isk isk isk

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge