Salam, wah bulan depan kalau tak silap saya PROTON Holdings Bhd bakal melancarkan model sedan baru Proton P3-21A, menurut Pengarah Urusannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, P3-21A akan mendapat sambutan daripada pengguna berikutan jaminan prestasi serta pengendalian yang ditawarkan oleh kenderaan tersebut.

proton p3-21A

Gambar Kereta Proton P3-21A

Nak tahu tak?, Model baru ini dah pun menerima tempahan pertamanya seawal pagi semalam tau iaitu pada pameran mega ‘Power of 1’, walaupun ianya masih belum dilancarkan dan dipertontonkan kepada orang awam sepenuhnya. Tak sabarnya nak tengok secara real, tengok kat berita semalam pun kemain comel lagi, unik sangat, anak kata “Ibu, ada ke kereta macam tu?” hehee.

Kereta sedan ini mempunyai tiga varian yang disediakan oleh model P3-21A iaitu 1.6 liter CFE (premium), 1.6 liter CVT (eksekutif) serta 1.6 liter manual. Harga permulaan ditawarkan adalah antara RM62,000 hingga RM75,000. Namun begitu, harga rasminya hanya akan diketahui pada hari pelancaran model ini nanti, sama-sama kita nantikan.


Video Promo Proton P3-21A

.

Sumber : Bharian.com.my & Paultan.org

– wiwiiittt comel  😀

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

41 thoughts on “(Gambar Dan Video) Kereta Proton P3-21A Baru”
  1. P3-21A tu cuma code name. Code ni digunakan waktu production kereta dijanlankan. Mana2 kereta semua ada codename dia. Masa hari pelancaran barulah diumumkan nama rasmi yang orang kenal. Macam MyVi, codename dia D73A. 🙂

    Design Proton kali ni agak matang.. engine pun dah dipertingkatkan. Banyak ciri baru diperkenalkan. Harap Proton teruskan momentum dalam usaha mengeluarkan produk yang diminati ramai 🙂
    Jomtonton recently posted..Watermark Jawi AnakUluCheka.comMy Profile

    1. @akubiomed, teringin nak pergi, anak2 ler teringin sangat, semalam tanya macam2 ehhee, diorang ni kalau bab kereta memang laju je, ni pun sebab suami sibuk, kalau tak dah pergi pameran ni dengan pesta belon udara panas tu sob..sob…

      1. @yanmie, Antara Belon Panas Putrajaya dan Proton Power of 1? Saya pilih Proton Power of 1 kerana berpuas hati dan Belon Panas Putrajaya menghampakan kerana tidak belon panas watak-watak yang saya tunggu-tunggu. 🙁

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge