Salam, semalam punyalah bosan ya amat, tak tau nak buat apa, apalagi selongkar barang apa yang ada, sudahnya terhasil lah Donut Big Apple Versi saya hikhik.

Donut

Nak membentuk tu yang rumit bagi saya, sebab saya ni bukan jenis tangan lembut, bukan jenis yang kreatif, ikut dan je yang penting sedap ekekeke, untuk yang ni saya bentuk guna cawan 😀

Donut

Inilah dia Donut yang saya buat tu, kenkonon nak buat macam Donut Big Apple tu hahaha, dari segi rasa memang boleh tahan sebab dalamnya lembut sesangat, celup pulak dengan coklat, yang hias tu suh anak-anak hias, ikut suka hati diorang, dan hasilnya macam kat atas tu, pandai juga diorang hias (pedahal campak-campak je pun hahaha).

Donut

Saya tolong celupkan coklat je, anak-anak yang hias, comel jugakkan heeee comot-comot tapi kadang-kadang comot-comot macam ni kira seni jugak kan ihikk.

Donut

Haziq makan sambil tengok TV

Donut

Tengok tu sampai menjilat jari hehehe

Untuk donut yang dapat dihasilkan semalam, ada 20 biji donut, siapa nak perabis tu? saya rasa gitu-gitu je sebab saya masih dalam misi Projek Besar saya, maklumlah 1st time buat tak dapat nak anggarkan lagi berapa biji boleh dapat, takpe next time saya kena kurangkan kuantiti bahan tersebut, dapat 5-6 biji pun dah ok, ni siap letak dalam peti yang balance-balance tu, nak makan baru goreng.

Kebetulan ada rakan dan biras nak resepi ni, ok saya kongsikan kat bawah ni ye :-

Bahan-bahan :-

  • 700gm Tepung gandum / 3 cawan
  • 3/4 Susu cair
  • sedikit garam
  • 1 paket Yis yang 11gram tu
  • Telur 2 biji
  • Majerin 3 sudu besar
  • Gula Kaster 4 sudu besar
Cara Menyediakan Doh :-
  • Campurkan semua bahan tadi dan uli sehingga menjadi doh, saya jenis malas so saya guna mixer je hehee, senang keje.
  • sekiranya doh nampak keras tambahkan sedikit susu cair tadi ataupun sekiranya doh terlalu lembut dan melekit kat tangan, tambahkan sedikit demi sedikit tepung sehingga doh tak melekit kat tangan.
  • dah siap doh tersebut biar kan doh tadi dalam 30-40minit dan tutup menggunakan kain lembab, biarkan doh tersebut mengembang 2x ganda dari saiz asal.
  • siap proses kat atas tu bolehlah canai doh tersebut dan terapkan mengikut saiz bulatan yang korang nak.
Cara Memasak :-
  • Goreng menggunakan api panas sederhana
  • dah siap goreng angkat dan toskan, biarkan sejuk dahulu
Cara menyediakan Topping Coklat :-
  • bahan-bahannya, serbuk coklat, susu pekat, susu cair, gaul sampai likat dan berkilat.
  • ambil donut tadi dah celupkan, seterusnya terbalikkan, jangan risau coklat tu dia akan rata sendirinya.
  • hias dengan coklat rice, almond nib atau apa sahaja yang korang suka.
  • siap untuk dimakan
  • jangan lupa snap gambar HAHAHAHA
donut

1 gigitan untuk setiap pembaca blog ini hehehee

– Nanti boleh masuk list untuk makan-makan punya menu ^____^

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

39 thoughts on “Resepi Donut – Konon Macam Big Apple Punya”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge