Telemovie Biar Mimpi Sampai Ke Bintang (Elfira Loy Dan Randy Pangalila)

Salam, alamak macam mana boleh terlepas nak tengok Telemovie Biar Mimpi Sampai Ke Bintang nie, dengarnya feedback dari rakan-rakan bahawa telemovie ni best, kelakar, ok saya nak download Telemovie Biar Mimpi Sampai Ke Bintang ni, nasib baik ada yang sudi sediakan link download, so malam ni bolehlah layan sementara WIFI kat kampung nie tengah laju berdesup hihihi. Telemovie ini dilakonkan oleh Elfira Loy Dan Randy Pangalila ^____^

biar mimpi sampai ke bintang

Jom layan sinopsis Biar Mimpi Sampai Ke Bintang ni, Alyah adalah seorang gadis remaja biasa yang baru menerima keputusan SPMnya. Dia bermimpi untuk menyambung pelajarannya ke pengajian tinggi, tetapi oleh sebab pemikiran ibunya, Peah, yang masih kekampungan yang mengutamakan anak lelaki, Alyah terpaksa mengikut kehendak ibunya untuk menolong di gerai ayam mereka di pasar.

Andy Rasputra adalah seorang anak jutawan dari Bandung yang menetap di Malaysia. Dia rimas dengan kehidupannya di Malaysia kerana dia merasakan semua orang yang ingin berkawan dengannya adalah disebabkan kekayaannya.

Pada suatu hari Andy mengambil keputusan untuk berpura-pura menjadi miskin dengan pertolongan bekas pembantu rumahnya, Mak Yam. Sementara itu, Kinah, kawan baik Alyah menyuruh Alyah berpura-pura menjadi kaya agar dia tersangkut dengan teman yang kaya supaya impianya tercapai. Alyah dan Andy bertemu melalui laman facebook dan mula jatuh cinta. Andy akhirnya memberitahu hal sebenar tentang dirinya kepada Alyah, ketika Alyah ingin memberitahu keadaan sebenar, dia dihentikan oleh Kinah.

Tetapi segala-galanya terbongkar apabila ibu Alyah menyangka yang dia akan menjadi GRO. Apabila Andy mendapat tahu keadaan yang sebenar, dia amat kecewa dan berlalu meninggalkan Alyah.


Ost Biar Mimpi Sampai Ke Bintang, lagu dari Ungu yang bertajuk Cinta Dalam Hati

.

– Jap lagi nak download, hope takde masalah connection, kalau takpun tunggu jelah balik Klang nanti tengok ulangan kat Astro nanti.

yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

8 Replies to “Telemovie Biar Mimpi Sampai Ke Bintang (Elfira Loy Dan Randy Pangalila)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge