Mentor 6 – Lokasi Ujibakat Mentor 6

Salam, ujibakat pencarian protege untuk Mentor 6 akan bermula, nampaknya demam mentor 6 pun dah semakin terasa bila senarai nama mentor dikeluarkan, antaranya mereka iaitu Faizal Tahir, Ramlah Ram, Fauziah Ahmad Daud (Ogy), Ella, Adam dan Ferhad. Semuanya yang mempunyai kehebatan tersendiri, berminat nak menyertai Program realiti TV ini?, jom tengok Lokasi Ujibakat Mentor 6 kat bawah ni.

mentor 6

Uji bakat Mentor 6 akan bermula di negeri Sabah dan Sarawak iaitu pada tarikh 13 Januari depan di Hotel Promenade, Tawau, dan 15 Januari (Hotel Promenade, Kota Kinabalu), 20 Januari (Hotel Imperial, Miri) serta 22 Januari di Hotel merdeka Palace , Kuching.

Pada bulan Februari pula, uji bakat bersama setiap mentor akan diadakan di Sri Pentas TV3 melibatkan Fauziah Ahmad Daud atau Ogy (4 Februari), Faizal Tahir (5 Februari), Ramlah Ram (11 Februari), Ferhad (12 Februari), Ella (18 Februari) dan Adam AF (19 Februari).

Tak sabar nak tengok Mentor Ogy dalam menghandle protegenya, yelah sebelum ni beliau jadi tukang kritikkan, so kali ni kita tengok pulak anak didik beliau kena kritik heheee, mesti menarik ni kalau ada kak Ogy.

– Dan yang pastinya, saya inginkan yang terbaik dari Mentor Faizal Tahir dan bakal protegenya ^___^

yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

7 Replies to “Mentor 6 – Lokasi Ujibakat Mentor 6

  1. Pingback: Merpati Putih

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge