Salam, kecoh siang tadi di laman twitter sebab dengar kat hotfm bahawa Lisa Surihani Dan Yusri Akan Berkahwin dan besok sabtu, mereka akan mengadakan Majlis Pengumumman Nikah mereka pada pukul 10.30 pagi di Hotel Marriott, Putrajaya.

yusri dan lisa umum tarikh nikah

Difahamkan Yusry dan Lisa akan bernikah pada awal tahun depan yang mana majlis berkenaan akan mendapat liputan secara langsung menerusi saluran Astro, untunglah siap ada Live lagi, bolehlah saya tengok kat TV nanti hihihi.

Update :

PUTRAJAYA: Teka-teki mengenai hubungan pelakon, Lisa Surihani dan pengarah filem, Yusry Abdul Halim terjawab apabila pasangan itu mengumumkan bakal bernikah pada 23 Februari 2012.

Yusry dan Lisa membuat pengumuman itu dalam satu sidang media khas di Hotel Marriot Putrajaya di sini, Sabtu.

Yusry berkata, pihak keluarganya telah pun merisik Lisa dalam satu majlis ringkas yang diadakan pada Jumaat.

“Semalam (Jumaat) keluarga saya telah menghantar rombongan merisik dan telah memberi cincin sebagai tanda.

“Bagaimanapun, tiada sebarang majlis pertunangan akan diadakan,” ujarnya.

Yusry berkata, majlis akad nikah akan dilangsungkan di Masjid Tuanku Mizan Putrajaya selepas Asar pada tarikh tersebut manakala resepsi perkahwinan pula dijadualkan pada 26 Februari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Mstar.com.my

– Tak sabar pulak nak tengok Live perkahwinan Lisa Surihani dan Yusri ni ^____^

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

9 thoughts on “Lisa Surihani Dan Yusri Akan Berkahwin 23 Februari 2012 – Umum Tarikh Nikah”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge