Salam, fuh…fuhhhh makin gemuklah anak-anak macam ni, kemain diorang request itu ini, kena pulak mood tengah ok, layankan jelah nafsu diorang, semalam Aiman minta kek, teringin agaknya, so siang tadi buatkan untuk dia dan adiknya haziq.

kek vanilla

Saya buat kek bentuk 4 segi, dah habis separuh diorang makan, ada lagi separuh, besok habislah tu, Aiman kata lepas ni nak kek coklat pulak, aiyoooooo risau betul lah ni, takut kang berat dia naik mendadak, nanti kang aktiviti kat sekolah tak boleh nak follow, semput ler hiks!

kek vanilla

Saya yang tengah kawal pemakanan ni pun bila buat benda gini haruslah kantoi makan jugak sob…sob…tunggu buka sekolah lah kot baru aktiviti gini kurang, so dapatlah berdisiplin balik dalam pemakanan, tapi kalau anak dah nak jugak tak kira musim apa pun, layankan je, asal diorang nak makan sudah, jangan minta itu ini tapi makannya tak nak, tul tak? hihihi.

– En.hubby pun layan kek ni heeee ^____^

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

28 thoughts on “Kek Vanilla Untuk Aiman Dan Haziq”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge