Salam, heee gambar bawah ini merupakan Percubaan Pertama Dengan Buah Hatiย dalam skill fotografi, memang terlalu banyak yang perlu diperbaiki, takpe slow-slow, belajar dan terus belajar, yang penting minat itu datang dari hati.

pepatungPepatung nie hinggap kat pokok serai saya hehehe

pepatung

pepatung

pepatung

– Sekian, dipersilakan mengkritik hehehe ^____^

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

35 thoughts on “Percubaan Pertama Dengan Buah Hati”
  1. Sy nak komen x reti tp mak komen juga, pertamanya dr segi komposition tu kn jaga, kalau boleh elakkan dr meletak subjek di tengah2, biar duk tepi, bwh kanan atau kiri supaya sesuai dgn keadaan

    Sy pun masih bljr lg, gmbr pertama nampak over exposed, kalau boleh masa nak snap pastikan fokus kn dkt subjek lepas tu kn bljr utk control metering, biar balance supaya nampak neutral

    Lepas tu kalau nak elak blur pastikan shutter speed dlm range 1/80 sec dan keatas…lepas tu main apperture f stop utk balance kan metering supaya gmbr x gelap/underexposed…

    Jgn risau tinggikan iso…

    Ok itu sahaja setakat ni, gn phone je ni komen hehe
    mijie recently posted..Wordless wednesday #6 – Muhammad Fahim dan LegoMy Profile

  2. Serangga Pepatung nampak agak terang sebagai subjek. Gambar pepatung telah diedit ker Yanmie?. Saya suka gambar yang nampak macam basah susah juga nak dapat teknik tersebut. Selalu dapat hasil gambar kelam atau terlalu cerah.

    Cuba main Aperture priority boleh beri kesan blurry atau bokeh dan Shutter speed. Kalau gambar luar rumah boleh set pada ISO100

    1. ha ye edit tang lighting je, tak reti nak buat macam mana lagi, takpe slow-slow kan, belajar dan terus belajar.

      Aperture priority saya cuba buat tapi tak jadi hehe pelik kenapa tak jadi, gambar tak cantik, gelap plak tu, pastu tangan masih agak kekok, biasa pegang kamera compact digital/phone camera nie berat banyak kali ganda, tangan nak snap pun masih gegar2 lagi ๐Ÿ˜€
      yanmie recently posted..Percubaan Pertama Dengan Buah HatiMy Profile

      1. Satu lagi mungkin Yanmie boleh cuba dengan set auto dahulu kemudian lihat setting pada LCD. Kemudian cuba gunakan setting pada auto untuk mode manual pula.

        Cuba lihat setting auto mode untuk indoor dan outdoor dari situ Yanmie sudah boleh agak setting sesuai untunk setting mode manual pula. Biasanya auto mode dan manual mode tidak banyak beza sangat sebab kita bebas mengubahnya berbanding auto
        akubiomed recently posted..Tutorial penyelesaian Link CommentLuv tidak keluarMy Profile

  3. salam kak yan… cubaan yang baik dan menarik. saya tak pandai nak kritik eye view orang. sebab masing-masing ade pendapat sendiri. tapi biar saya bersikap jujur ye:-

    EXIF Gambar terakhir
    1. Software yang digunakan – Photoscape
    2. Aperture (f/no) – f5.6
    3. Exposure (T) – 1/15
    4. ISO – 400
    5. Metering Mode – Patern

    memula sekali… nak tanye… ade enhanced color pakai photoscape eh? kalau ade… ianya bagus.. tapi agak terang sangat dan lari dari warna kehidupan atau neutral color. cuba bermain dengan White balance untuk seimbangkan warna putih supaya “alive”. Kalau ianya setting “Dinamik Range” daripada camera… cuba matikan fungsi tu, cube prektis pakai normal dulu.

    komposisi pada gambar terakhir juga sangat menarik.sebab nampak pepatung dan tak nampak “FLAT” cume kalau pada T1/15 kemungkinan akan gegar. berhati-hati masa snap.. tarik nafas dalam-dalam.. tahan sekejap.. tekan shutter… baru bernafas macam biasa. ni nak kawal vibration masa tekan triggerr.. Jangan lupa kedua-dua siku rapatkan ke dada untuk sokongan pada badan.

    ok kak yan.. rasanya saya mampu tegur teknik asas je la dulu sebab saya pon banyak lagi nak kene belajar. so teruskan memetik ye… pastikan sebelum tekan trigger… fikir dulu perletakkan subjek… kiri ke… kanan ke… ruang… biar lame skit tenang dalam viewfinder tu.

    akhir… kalau rasa sedap dan berketepatan “SAAT”… jangan tunggu… abaikan yang di atas… terus je petik shutter.. janji moment yang kita nak tu dapat. tapi makesure gambar tak kabur.. atau tak gelap.

    salam ceria!

    p/s: aiseymen… terpanjang komen plok… nanti tunggu Saudara Mijie yang pakar dalam komposisi ye.
    Azman Ishak recently posted..Artwork Hujung Minggu – #Vol2My Profile

    1. haishhh yang sebenarnya masih tak berapa reti lagi nak setting kamera ni, pasal gegar tu memang tak nafi, payah betul tangan ni nak snap, mesti gegar hehe, plus nak edit tak reti. gambar atas tu xde ubah warna cuba edit tang lighting, terang jugak hehe *buat-buat tak nampak*, but takpe ini baru percubaan pertama, insyaallah tak bosan untuk mencuba lagi banyak kali, lagi pun minat, tak taulah tak pernah nak bosan kalau bab-bab gambar ni ๐Ÿ˜€

      terima kasih, nanti kakyan applykan apa yang AI komen kat atas, insyaallah.
      yanmie recently posted..Percubaan Pertama Dengan Buah HatiMy Profile

    2. Saya pun sudah mula belajar mengawal pernafasan paling mencabar kalau ketika zooming memang mudah dapat blurry. Kalau boleh tidak mahu guna Tripod kecuali terpaksa kerana hendak membiasakan kawalan memegang DSLR dengan tidak bergoyang

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge