Salam, fuhhh tengah hot pasal Orang Minyak Di Bentong, Pahang, dah masuk pulak dalam paper, sebelum artikel dalam kosmo.com.my ini keluar, saya dah baca terlebih dahulu cerita tentang Misteri Orang Minyak Di Bentong ni melalui blog cikmin.

orang minyak di bentong

Gambar : [Kosmo.com.my] Usaha menjejak Orang Minyak

Berdasarkan apa yang dilaporkan oleh kosmo.com.my, melaporkan bahawa orang minyak aka lembaga hitam dikatakan mengganggu gadis bawah umur sejak dua minggu yang lalu selain membuat kacau di kampung tersebut.

Kalau yang ada anak dara tu mesti tak senang duduk, takut jugak kan, eeee mintalah dijauhkan dari perkara macam ni, meh saya share laporan akhabar online dari kosmo.com.my

BENTONG – Lebih 10,000 penduduk di 20 kampung dan taman perumahan di kawasan Ketari di sini mendakwa hidup mereka kini diganggu satu lembaga hitam seakan-akan orang minyak.

Lembaga itu dikatakan mengganggu gadis bawah umur sejak dua minggu lalu selain membuat kacau di kampung itu.

Imejnya menyerupai lelaki bertubuh kecil yang dipercayai mengamalkan ajaran ilmu hitam itu turut didakwa memecah masuk beberapa lagi rumah sekitar Ketari.

Ekoran kejadian itu, para penduduk taman perumahan dan kampung menggerakkan Skim Rondaan Sukarela (SRS) bagi mengawasi dan memburu suspek.

Salah seorang anggota SRS dari Kampung Bukit Piatu, Muhamad Zulfadzli Zulkifli, 22, mendakwa dia bersama rakan pernah terserempak dengan lembaga hitam itu beberapa hari lalu ketika melakukan rondaan.

“Kami ternampak satu lembaga hitam berada di atas bumbung salah sebuah rumah dan kami mengejar sehingga ke tepi sungai tetapi gagal apabila dia berjaya menyeberangi sungai tersebut.

“Kemudian, lembaga itu mempersendakan kami sebelum menghilang diri dalam semak apabila menyedari beberapa rakan kami cuba menyeberangi sungai untuk menangkapnya,” ceritanya di sini semalam.

– Orang minyak, agak-agak macam mana rupanya yea?

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

20 thoughts on “Orang Minyak Di Bentong, Pahang”
  1. Admin tumpang sekejap yer…
    Mana -mana individu yang berminat melanjutkan pengajian di Kolej Komuniti Temerloh, Pahang dalam program ‘Furniture Design’ boleh hubungi sms/wassup di 0148004302 -mohd, Yuran semester yang murah dan dapat elaun(bukan pinjaman) lagi
    elaun : rm1200/sem
    yuran : rm200/sem
    https://www.facebook.com/PerabotKKtemerloh

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge