Jom Buat ketupat Daun Palas

Salam, alhamdulillah besok kita akan menyambut hari raya aidiladha, kepada semua jemaah haji yang menunaikan ibadah haji pada tahun ini, semoga mendapat haji yang mabrur, insyaallah.

ketupat daun palasKetupat Daun Palas yang dah siap dibentuk

Ok dah nama pun hari raya kan?, so wajiblah ada ketupat, Jom Buat ketupat Daun Palas, nak tahu hari raya aidilfitri yang lepas, saya tidak dapat merasa langsung ketupat daun palas nie, kat sabah mana ada ketupat daun palas, yang ada nu ha ketupat nasi yang empat segi tu.

ketupat daun palas

So alhamdulillah insyaallah nanti dapatlah saya merasa keenakan ketupat daun palas yang dibuat sendiri oleh mak mertua tercinta.

ketupat daun palasketupat daun palasOk sebenarnya time entry ini ditaip, ketupat dah pun dimasak hehehe, later boleh lah dimakan. Kalau kat sini, menu biasa time raya ketupat daun palas, rendang, mihun sup, but tang mihun sup tu memang marbeles sebab mak masak sup tulang lembu satu belanga besar, macam orang buat kenduri kahwin tu, serius sedap sangat plus cili kicap untuk mihun sup tu memang sedap, terangkat you kalau makan hehehe.

So korang apa menu biasa time raya yang wajib ada?, jom share ^_____^

yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

29 Replies to “Jom Buat ketupat Daun Palas

    1. ha’ah guna dslr, tu shoot ke berapa ratus pun tak tau hehehe, xingat guna mood ape, tapi bukan mood auto, baru mula nak shoot secara manual, sebelum ini tak reti nak adjust, alhamdulillah banyak try and error yang di buat, ada juga bermain2 dengan aperture priority macam AB cakap kat komen sebelum ini, memang canti gambarnya cuma perlu diperbaiki lagi.

      ala ketupat palas tu minta je wife buatkan, mesti pandai hehe, kalau kat klang memang susah nak jumpa, kat sabah apatah lagi, tapi kalau kat pahang nie ada je selalu kalau time raya. eeee tapi kalau ada nasi impit kuah kacang, saya pilih nasi impit ngan kuah kacang tu hehehe 😀
      yanmie recently posted..Giveaway Yanmieonline.comMy Profile

      1. Ambil gambar tidak semestinya sekali klik sudah menjadi cantik bagi saya ia adalah normal dengan mengambil beberapa keping gambar dengan setting yang berlainan. Semasa pemilihan nanti buat sorting dengan memilih yang terbaik. Gambar yang diambil sudah nampak perbezaan subjek dan latarbelakang sudah kira okay lah tuh untuk amatur macam kita ini 🙂

        1. ye2 betul tu, sekarang nie rasanya kalau nak snap gambar dah tahu apa yang perlu dilakukan terlebih dahulu, bukan macam sebelum nie terus snap hehe, lagipun kalau guna auto yang saya perasan gambar tidak cantik, gambar jadi macam kabur ala2 hijau, edit pun tak terang sangat, now belajar setting sendiri, oklah dulu setting asik dapat gambar gelap, now alhamdulillah ada peningkatan sedikit, gambar atas nampak terang hihihi :D.

          tapi tulah banyak lagi yang perlu diperbaiki, selain tu nak beli kad memori yang besar sikit dan beli bateri spare, tak puas pulak space kecik, plus bateri 1 je, kalau abis tak leh guna, kalau ada spare oklah boleh ganti2 hehehe, ssb tengah belajar menggodek lagi kan 😀
          yanmie recently posted..Giveaway Yanmieonline.comMy Profile

  1. Kalau Orng BUGIS di johor kita orang wajib ada BURASAK + IKAN PARANG Masak Cili Api..

    Tapi dekat Penang.. Tadi mak mertua baru siapkan Ketupat Daun Palas.. dalam tu ada pulut dicampurkan dengan Kacang Soya.. Sekarang tengah masak ni.. hehehe

    Menu Paling Wajib d Penang adalah LAKSA… ni pon kuah tengah buat.. emmm sedappp

    Jadi Tahun ni Untuk Raya Haji tak dapat Nak merasa BURASAK.. huhu
    myvitrd recently posted..Checkup Minggu Ke-34 di KPJ DamansaraMy Profile

    1. Salam, oooo orang bugis yea, akak yang bukan orang bugis pun makan burasak jugak, raya lepas banyak mak order burasak dari makcik bugis, sedap pulak tu, lemak, rasa macam lemang pun ada, kalau di bagi pilihan ketupat nasi dengan burasak, akak pilih burasak, hari tu siap ada burasak warna hitam, pulut hitam ke apa tu ek? tapi sedap jugak.

      adesss laksa sedapnyeee, nak2 pulak kuah pekat2, makan sambil gigit cili potong, phewww sedap 😀
      yanmie recently posted..Giveaway Yanmieonline.comMy Profile

      1. wah tak kusangka Kak yan pon makan burasak.. hehehe.. betul2 kak yan yang macam lemang tu biaasanya kita orang rebus.. isi sama je macam lemang.. cuma lemang di bakar.. yang di rebus macam ketupat.

        Yang warna hitam tu rasanya bukan burasak.. ada org bugis panggil namanya.. lepat_luie… hehehe bunyi pelik sikit..

        Dekat Malaysia ni memang banyak makanan.. nak taknak je kita makan.. betul tak kak
        myvitrd recently posted..Checkup Minggu Ke-34 di KPJ DamansaraMy Profile

    1. ooo orang kedah ye, samalah dengan suami akak orang kedah jugak, kalau kat kg akak kat sabah memang tak pernah lagi jumpa ketupat daun palas nie, tu yang masa raya hari tu tak merasa ketupat daun palas, tapi kalau ketupat nasi tu memang ada, berlambak2 hehehe.

      Selamat hari raya jugak buat afiq yea 🙂
      yanmie recently posted..Giveaway Yanmieonline.comMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge