Herbalife Slimming Shake

Salam hikhik segan pulak nak entry pasal nie, ngeeee percubaan untuk menurunkan berat badan lagi, tak sudah-sudah bab ni, dah turun naik balik sebab badan jenis cepat naik, oklah rasanya ini last untuk saya mencuba supplement, kalau tak ngam jugak tak amik ler supplement jenis gini, sayang kat duit, nie pun beratus gak dilaburkan untuk badan -..-“

herbalife shake

Saya ambil set produk herbalife kat atas tu, sebelum ini pernah mencuba beberapa lagi produk tetapi semuanya hangat-hangat tahik ayam je, makan tak pernahnya nak habis, sekerat jalan je hihihi sebab rasanya yang kurang sedap, tapi dengan Herbalife shake ni boleh tahan jugak, sedap pulak heeeee, anak-anak pun suka, kalau saya minum mesti diorang join sekaki kehkehkeh.

herbalife shake

Nak tengok testimoni Herbalife boleh google je ataupun youtube yea ^___^

Dah bershake bolehlah diminum, serius sedap, member cakap kalau perisa coklat ni blend sekali dengan pisang memang lagi terangkat, memandangkan saya kurang minum fruit blended selain Mango dan Jus Avocado so makanya saya minum macam tu je, itu lebih baik rasanya hehehe.

Kalau baca pasal produk ni, banyak juga testimoni yang berjaya menurunkan berat badan dengan Herbalife slimming ni, hope saya tergolong antara mereka nanti, ini merupakan hari kedua saya dengan produk ini, hope ada perubahan yang positif kikikiki.

Oklah tak nak komen dulu, baru 2 hari kan, so far ok jelah, sebelum ambil ni pun berat still menurun cuma lambat sikit, maklumlah kawal pemakanan je, still makan, yelah takkan tak makan pulak kan, diet untuk sihat, taknak diet untuk sakit kahkahkah.

Ok kalau serasi dengan produk ni nanti saya review lagi.

– Ada kawan-kawan yang pernah dan sedang ambil produk nie?, bolehlah share pengalaman dengan saya yea ^____^

yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

66 Replies to “Herbalife Slimming Shake

  1. sy dah turun banyakdr 62kepada 55 tahunlps dgn herbalife..tup2 mengandung,, sy brje bersalin tgh cuba balik hb., seksa sebab tak aktif dalam cuti lg.. kalaupg keje naikturun tangga jgk.. keje cikgu ni byk gerak.. huhu..wish me luck.. huhu

      1. walaikumsalam…

        kalau awak nak saya boleh beri lg discount 35% tu lagi…… harga shake
        after less 35% hanya Rm113.15…kalau berminat boleh la order yer….cas
        penghantarn 15 ringgit shaja…kalau pembelian lebih rm500 penghataran
        percuma

  2. assalam,
    tahniah atas penurunan berat kawan2…

    saya suka nk share dgn kawan2
    sekearang ada satu program slimming yg tak perlu pun kita nk beli / bergantung dgn produk2 slimming atau pergi slimming centre selalu

    program ni dah pun berjaya di eropah, cuma di malaysia ni baru nk dikomersialkan oleh sorg doktor

    kalau nak tahu boleh go to our website…

    hanya dgn menggunakan kuasa minda separa-sedar kita boleh kontrol permakanan dan gaya hidup kita…

    boleh jgk call sy 017-5720402 😀 happy slimming!

  3. salam perkenalan,
    i pon pengguna baru herbalife ni. last time pernah cuba tp sekerat jalan sbb x de knowledge pasal ni.
    This time start balik. Baru masuk 9 hari & i lost 1.9kg.
    Hurmm mmg boleh berkesan asalkan disiplin & azam yg kuat.let’s do together. =)
    i ambil 2kali shake breakfast & lunch pastu minum air teh sampai 3 botol sehari.. Kalau x nak kuat sgt buat light2 jek teh dia.
    MMg akan ke toilet lah selalu.. =)

  4. akak minum herbalife ek? sy dgr dorang kata mmg ok minum tue. Harga semua tue brpa kak? sy minum jusmate5 jer, ada gak turun sikit sebab dpt thn lapa kan.tp dh tak makan, nafsu mkn sy bertmbh lagi & brt pun naik kembali. HAHA. kalau dipraktikkan maybe blh nmpk perubhan eh..
    ngexz recently posted..Masterchef Malaysia Online ChallengeMy Profile

  5. saya penah try herbalife ni.. lepas sebulan turun 3kg.. tapi bila kira2 budget, tak dapat nk teruskan amik herbalife sbb duit yg ada perlu disalurkan ke tempat lain.. herbalife memang mahal tapi berkesan.. cuma kena ingat, pemakanan kena jaga jugak.. bagi saya yg suka makan ni memang satu cabaran yg sgt besar.. hehe..
    Anarm recently posted..Wordless Wednesday #11 – Pelaburan SilverMy Profile

  6. salam.. just nak share je.. masuk hari ni da 10hr shake+tea herbalife. 5hr dgn herbalife turun 700g. smlm g kuliah kwn2 tegur nampak `kecik` badan. double2 la hepi.. ok sgt rasa coz shake+tea tak ikut aturan pun. mkn lak pantang jupe je mkn. tp akak yg jual 2 pesan tea 2 minum 2x sehari, bancuh pekat2. best coz siang x rasa ngantuk. . ada kawan dulu size xxl baju dia tp skrang size m@s je. siap leh share baju ngan anak dara dia lg..
    azzie recently posted..Herbalife Slimming ShakeMy Profile

    1. @azzie, wah yeker? akak baru start semalam, nie kira baru 2 hari lah, tak timbang lagi, masih awal, cuma ada ambil catatan berat last semalam hihihi.

      ooo teamix tu bancuh pekat2 ye?, akak bancuh biasa2 je, 1 sudu kecik herbalife tu untuk 1 gelas, sedap pulak sebab rasa lemon, akak risau gak mula2 tu takut teh tu rasa lain, but nice boleh masuk tekak.

      good luck yea, mudahan dapat berat badan yang diidam2kan heeee 😀
      yanmie recently posted..Herbalife Slimming ShakeMy Profile

        1. @azzie, Saya dulu makan dan buat bisnes nih. Saya makan untuk naikkan berat badan, bulan pertama naik 4 kg, bulan kedua naik 2kg, memang best. Lepas naik 4 kg tuh saye try buat bisnes, hari pertama jual, ntah mane datang aura menjual, sampai boleh collect untung bersih lebih 800 ringgit dalam mase sehari sahaja, first day plak tuh. 2 tahun gak saye dok makan dan buat bisnes herbalife, dapat income 3-4 ribu by sharing misi nutrisi dengan orang yang mahu hidup sihat, sampailah saya jumpe guideline dari Ust Zaharuddin untuk perniagaan MLM dan ade beberapa part yang herbalife nih tak lepas yang membuatkan income tadi bercampur dengan yang haram. Untuk consume takde masalah, saya pun masih ambik walaupun on-off, just untuk maintain keseimbangan nutrition dalam badan lagipun, saya dah supervisor murah banyak. Gud luck kak ye, kalau nak lebih bersemangat, pegilah event, jumpe diorang yang dah dapat result, tapi jangan sampai terjebak buat bisnes pulak, hehe..

            1. @azzie, Kandungan disahkan halal oleh ifanca, takde masalah untuk makan. Buat bisnes kalau sekadar retailing, takde masalah jugak, cuma untuk networking ada problem sikit, so saya tinggalkan semuanya. kandungan herbalife sebenarnya dirumus untuk membantu kita mendapatkan hampir keseluruhan nutrisi yang diperlukan oleh sel-sel badan. Kita kena faham bahawa setiap sel yang berbeza memerlukan nutrisi yang berbeza. untuk jantung perlukan nutrisi lain, otak, tulang, kulit, mata, semuanya memerlukan nutrisi yang berbeza. Badan kita craving for this nutrition, sebab tuh walaupun lepas makan, kita masih rasa lapar.Contohnya, kita makan nasi lauk ayam, bagi sel-sel yang memerlukan karbohidrat, serat dan protein, diorang dah satisfy, tapi bagi sel-sel yang memerlukan kalsium, vitamin a, vitamin c dan lain-lain akan menjerit-jerit mintak nutrisi keperluan mereka. So, kita makan nasi lagi, roti atau biskut, sedangkan karbohidrat sudah cukup, maka terjadilah lambakan karbohidrat dalam badan dan membiarkan sel-sel yang menjerit tadi tanpa bekalan nutrisi yang benar2 diperlukan. Masalah lagi satu, jika kita cuba nak dapatkan keseluruhan nutrisi ini dari pemakanan biasa, kita perlu makan banyak jenis makanan dengan kuantiti yang besar, jawapannya naik jugak badan. Pape pun herbalife hanya sebagai alternatif, memang bagus, tapi jangan jadi taksub sudah…

  7. Yan,
    jiran sebelah rumah makan herbalife & juga jual herbalife.. 1st year memang nampak comel jer badan dia selepas 6 bulan.. byk lah turun.. tp selepas tu.. tgk dah macam xde beza pun.. dia kata dia dah malas.. sbb pelaburan agak tinggi & now dah kurang dpt pelanggan, maka kurang lah income.. semangat pun menurun..

    so, utk produk mcm ni, kakyong pk mcm ni jer.. jika kita ada duit lebih utk melabur, why not.. tp kalo hasilnya hanya sementara, baik lah kita usaha berdisiplin jaga pemakanan (which kakyong sendiri pun masih fail) dan bersenam setiap hari… tp msalah hari2 senam jari (bertenet) dan senam mulut (menjerit dgn anak2) jer… huwa huwa.. 😛
    kakyong recently posted..Gadget Impian kakyong[dot]com©My Profile

        1. tengoklah macam mana heeeee tak nak berangan dulu
          usaha untuk lebih sihat je dulu ni 🙂
          memang agak mahal, so kenalah disiplin lebih kalau tak sayang je duit habis macam tu 😛

          1. ok teruskan usaha tu k, kawal pemakanan tapi jangan sampai tak makan k,Diet untuk sihat jangan kurus2 sangat x cantik juga, yang sedang2 sajer heheheh..Macam dalam lagu, Seronok plak mengomen kat blog akak ni, jangan marah yea..Peace… 2.12/ 3.12 jangan x mai yea..
            aziewan recently posted..Filem Ombak RinduMy Profile

  8. Supplement tip: nothing wrong with #herbalife but remember its just food – expensive food. Nothing magical. Kak yan kena banyak tambah ilmu untuk kenal cara badan kita berfungsi baru dapat turunkan berat badan dan hidup dengan gaya yang sihat. Diet bukan berlapar tapi makan dengan sihat. Nak kurus tidak boleh jadi satu tekanan tapi gaya hidup sebab itu lah berat badan macam yo yo. Selagi tidak ubah cara pemakanan kita (waktu, kuantiti, kualiti) plus bersenam memang susah nak berjaya. Saya sarankan akak baca sususejat.com dan akak akan kagum dengan kisahnya. Dan baca juga kevinzahri.com.
    Fazreen recently posted..Saya Perlukan BlogMy Profile

      1. @yanmie, Herbalife nih, magik sikit. Wife saye dulu makan untuk kurus, hasil yang die dapat ialah naik 1kg tetapi baju seluar semua jadi longgar. Herbalife bekerja mengikut keperluan badan, bukan ikut suke hati kite. Wife saye memang sebenarnye slightly underweight, tapi lemak berlebihan membuatkan saiz badan die besar, seluar jeans die ade yang tak boleh pakai. Cube ukur saiz daging pejal sekilo dengan lemak sekilo, berganda lebih besar lemak betul tak? Macam tu jugak dengan badan kite, lemak berlebihan yang membuatkan saiz badan kita besar.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge