Drama Bunga April – Sinopsis Bunga April Slot Samarinda TV3

Salam, okeh drama Jiwa dan Lara dah abis, so drama yang bakal menggantikannya iaitu Drama Bunga April, pelakon drama april terdiri dari Shaz Jaszle dan Tasha Shila, murah rezeki Tasha Shila ni ye, keerap sangat keluar TV lah ni, layankan dulu Sinopsis Bunga April Slot Samarinda TV3.

drama bunga april samarinda tv3

Kisah cinta penuh dugaan dan konflik ini, mengenai April (lakonan Tasha Shila) seorang anak gadis kepada keluarga yang kaya. April seorang yang berdikari dan dia ada mengusahakan sebuah kedai kek. April bertemu dan bercinta dengan pemuda bernama Johar (lakonan Shah Jazsle).

Namun cinta mereka terhalang apabila ayah April nak menyatukan April dengan abang tiri kepada Johar (lakonan Zach X factor). Bermulalah konflik dalam keluarga dan perebutan cinta antara mereka bertiga.

Sumber : Nurizspace dan PuanBee

Kalau saya tak silaplah, drama ni akan mula ditayangkan bermula 15 november ini, tak pasti kenapa pulak tak ditayangkan terlebih awal, pedahal Jiwa dan lara dah habis pada 8hb yang lepas. Apa pun sama-sama kita saksikannya nanti.

yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

5 Replies to “Drama Bunga April – Sinopsis Bunga April Slot Samarinda TV3

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge