Salam, baru ni kami makan kat luar, dah kebetulan jalan-jalan kat Jusco Bukit Tinggi kan, perut krohhh krehhh tanda lapar hehe, hubby bawa masuk KFC, anak tarik gi McDonald, aiyooo acane nie?
Yelah dah KFC dan McD tu berdepan aje pun, tapi pujuk anak-anak, dapat gak melepak makan kat KFC, tak taulah kurang gemar pulak makan kat McD, yang sebenarnya anak tu bukannya nak makan sangat kat McD tu, sebab nak Aiskrim aje pun hehehe (macamlah kat KFC takde Aiskrim), tau sangat dah ^___^
Sudahnya kami laki bini makan tak habis sebab Ayam KFC spicy takde, yang ada ayam perisa tomyam (tak sedap), anak pulak seronok sebab sebelum tu dah pergi belikan diorang aiskrim kat McD tu, bawa masuk makan dalam KFC.
So sekarang nie siapa yang rugi? hehe, anak tak masuk McD pun dapat aiskrim McD jugak, kami yang nak makan ayam spicy tak dapat.
Yang dapat ayam tomyam kahkahkah padan muka, kalau tahu masuk McD je, makan pun tak abis, bungkus bawa balik, kat rumah pun takde siapa nak makan, tak luak.
– Korang suka makan KFC ke MCDonald?
lebih suka kfc. hehe..
sayacomel recently posted..Comel Nakal – Pemakan Daging yang comel
wife minat McD. tp saya prefer KFC. tp dua2 kami minat MarryBrown. hehe
Ekspresi Ruang recently posted..Dekorasi Moden Apartment Kecil Di St. Petersburg Oleh ArtMixer
lama tak masuk marrybrown, xtau kat mana ada area klang/shah alam nie 😀
yanmie recently posted..Final Piala Malaysia 2011 – Terengganu Vs Negeri Sembilan
60% McD, 30% KFC
eh! 40% KFC. kakakaka
sib baik ada pembetulan, baru nak tanya 10% tu pegi mana kahkahkahkah 😀
kalau nak ayam sedap..kfc la..
kalau nak fries banyak..McD.
kalau nak burger.. McD. Tapi kat kfc pun, zinger burger dia memang best.
kalau nak sos thai. kfc aje ada..
so..macam aku..bergantung apa aku nak masa tu..
titan recently posted..Kopi nenek yang paling kacak.
eh serius fries tu mmg bnyk kt mcd, sedap plak tu dr kfc pnya, owh bertahun tak makan zinger burger sbb selalu gi kfc order ayam 😀
sama la mcm anak kak aya, kalau ada dua pilihan depan mata ( kfc dan mcD) mesti sorang nak kfc, sorang lagi nak mcD…kdg2 orang tua pun tak boleh buat pilihan, kak aya suka Quarter Pounder kalau makan di McD
rohaya recently posted..Giveaway Herba Maharani Puanbee & Ayujamal
tulah kan kak budak2 nie, oh Quarter Pounder tu dah makan dah memang terbaik 😀
makan beger g mcd,lapar ayam g kepsi,lapar nasi ayam pg kedai nasi ayam pak leman
ruti recently posted..Senarai lagu yang layak ke separuh akhir Muzik Muzik Juara Lagu 26
lamanya tak nampak ruti, sihat ke?
kak, macam iklan TV tu kan..yg anak dia berebut2 nak g kfc or apa tu x engatt daa..hehehe
juanita recently posted..me won Ipad2 | Alhamdulillah..tercapai akhirnya hasrat di hati
oh yeker ada iklan TV macam tu? tak perasan lagi pulak hehe
kalau pegi McD.. akak kna try double quarter pounder.. mantap kak..
Fakarepain recently posted..HONDA WAVE DASH SE – REPSOL HONDA EDITION
dah penah makan 2-3 kali, siap amik double lagi kikiki
kenapa la kfc ni tak jual spicy. tomyam tu pon tak berapa sedap. sedap lagi ayamas perisa tomyam.
Ikhwan Pauzi recently posted..PlayStation Vita
dia ada musim, nie diorang promo tomyam, sebelum2 nie pun memang dah ada, tak silap dia kejap je tu 😀
arghh!!! sedapnyer ayam tu kak yan!!! kejam ye.huwaaa. tapi, kite suke both 😉
Lizz recently posted..Plugin Waktu Solat Untuk Bloggers Islam
ponti suka makan ayam ke? baru tau hehehe *gurau*
masing-masing ada kelebihan..kalau nak makan ayam, mesti la kfc..kalau nak makan burger plak kena pegi mcD…
Hazmin Hamudin recently posted..Diskaun Tol Lebuh Raya Sempena Perayaan Deepavali 2011
ye2 betul tu, setuju 😀
saya ada cerita pasal mcd ni.. tapi biarlah saya simpan.
yang pasti bila mengandung anak ke3 dulu saya gilakan mcd.
mcm ketagih jadinya..
mmg kfc sekarang perisa tomyam..
tak layan sekejap..
isza recently posted..Tak terbalas!
oh ada cerita ye? nanti share lah hehe.
ha’ah perisa tomyam nie takde kick, tak berapa nak sedap
kakyong suka McD.. tp anak2 suka KFC..
owh.. x berapa best ke ayam tomyam tu.. x pernah cuba lagi..
kakyong recently posted..Promo Jiwa dan Lara : episod 19 – 21
Aik kakyong terbalik dah kita nie hahahahhaha
hai..1st time dtg ni.. lagi suka McD kot, sbb suka sundae MCD tu.. hehe.. KFC sekali sekala la..
fiezaradzi recently posted..Lima Perkara Pelik Berlaku
hi thanks sudi singgah sini, tu yang anak suka tang eskrim tu
Kalau hendak makan ayam, KFC jadi pilihan. Kalau mahu variety McD jadi pilihan
ye2 betul tapi kami biasanya kfc dah masuk 5 kali, mcd baru 1 kali hehe, tp since ada mcd dpn rumah nie kena selalu singgah, anak2 suka mkn mcd
Myra pun tak suka ayam perisa tomyam nie..
Kalau rasa nak makan ayam kena terjah Mekdi baru puas hati.. 🙂
Myra Jay recently posted..BE dah jadi ME tapi kena potong $$ 🙁
tak sedap kan, muak je
masih x smpat lagi koz nk singgah ke kf nk rasa ayam perisa tomyam tu haha…sedap ke kak???
Biasa je koz, bagi akak spicy lagi sedap 😀
actually ikut mood dan mode jugak.kalau tekak ni nak makan KFC saya pegi McD.kalau nak makan McD saya pegi KFC.hehe 😛
Pacifista recently posted..Akhbar Berita Hari Cuti Esok
itu lagi senang cerita 😀
Rami cakap tak sedap tapi nak try jugalah tomyam punya ni
Trylah tapi memang tak berapa nak sedap 😀
suka makan mcD sbb KFC dah jemu..sini lak x de mcD..huhu..
Ibu Mifzal Arsyad recently posted..JAWATAN KOSONG : Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
oohh yeker, sini mcd ada kat area rumah 😀
Dua² saya suka ..
anastasyea recently posted..Remove Perkataan Said Dalam Blogger Comments Form
oklah macam tu 😀
suka makan kfc…tp dh lama tk pergi…teringin sgt buat ayam kfc sendiri je kt rumah…tp akhirnya tercapai juga nak makan ayam kfc kt luar…bila balik kampung terus ajak family gi kt RFC….mmg best la…
tp ayam KFC ni yg sedapnya Hot Spicy aje..yg lain2 tu kureng….
syamila recently posted..Cara Semak Saman Trafik dan Bill secara Online
tak pernah lagi pegi RFC, tak tau kat mana ada area sini, teringin jugak pegi 😀
kfc untuk ayam,mcd untuk burger dan a&w untuk air.wah tetibe a&w masuk senarai :p
izwannizam recently posted..Video Marco Simoncelli What A Tragedy
lama tak masuk A&W, air rootbear dia sedap 😀
suka KFC .. hehe tapi suka makan original je , lain2 kureng lah …
puanbee recently posted..Tips untuk kurus dengan cepat Sehari 1000 Langkah
Original?? sedap ke bee? akak kalau original mesti nak termunta, xsedap hahaha tapi tulah tekak masing2 kan 😀
sedap kak.. lagi2 kalau dah sejuk hehe ..tk suka yg lain keras sgt ..
puanbee recently posted..Susu dugro fruit & Vege
oooo tak boleh makan keras2 ke bee? ruginyee hihihi
bukan tk boleh tp tk suka wahhh .. nak KFC Lah hehhe ..
puanbee recently posted..Watermark Percuma Terbaik !!
KFC!!!!!!!
kfc lagi kenyang…
heh…
lylaROCKprincess recently posted..I Love Twitter!!!!!
McD pun kenyang jgk, tp ayam keras, tp akak suka rangup2, tp makan ikut mood, mekdi cepat jemu xtau napa 😀
Kalau burger kami akan pergi Mc D.Kalau anak nak makan ayam kami pergi KFC.
McD burger memang terbaik 😀
KFC ke McDonald? http://t.co/NChOm3oY (via @yanmie)