Drama Tihany Slot Ratu TV9

Salam, semalam saya dan anak-anak layanย Drama Tihany Slot Ratu TV9, episode 1 rasanya, intro jalan cerita yang best, antara pelakon Tihany terdiri dari Nabilla Huda, Emelda Rosmila, Ungku Ismail Aziz, Riz Amin, Mustafa Kamal dan ramai lagi. Meh layan Sinopsis Drama Tihany Slot Ratu TV9.

tihany

Tihany merupakan seorang gadis yang biasa dan sederhana. Namun disebalik kesederhanaan beliau, dia mempunyai budi pekerti dan adap sopan yang amat tinggi. Walaupun dia adalah anak tunggal seorang tokoh usahawan yang berjaya, dia tetap dengan caranya yang sederhana dan gembira menguruskan kedai bunga yang kecil.

Tihany mempunyai seorang ibu tiri yang sangat rapat dengannya yang dianggap seperti ibu sendiri. Tihany juga sudah bertunang dengan Azman selaku setiausaha di syarikat ayahnya. Azman adalah seorang yang sederhana dan dia sering merasakan rendah diri kerana berkawan dengan anak tokoh usahawan.

Tragedi berlaku suatu hari sebelum pernikahan mereka apabila Tan Sri Abu Bakar diserang sakit jantung dan Azman tidak muncul pada hari pernikahan. Tihany panik dengan keadaan ayahnya dan demi menjaga kesihatan ayahnya dia perlu juga berkahwin. Soraya (ibu tiri) mencadangkan beliau berkahwin dengan Imran, seorang kenalannya. Pelbagai konfik timbul kerana sikap tamak Soraya dan Azman kerana ingin membolot harta Tan Sri Abu bakar dan anaknya, Tihany.

Sumber : TV9.com.my

– Semalam layan Supermak sekerat je, makin bosan pulak -..-“

About yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

View all posts by yanmie

7 Comments on “Drama Tihany Slot Ratu TV9”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge