Salam, semalam bermulanya episode satu Drama Soffiya TV3 Di Slot Akasia, tengok kejap-kejap je pun sebab time tu sibuk dengan hal lain, plus tengok Live Malaysia Vs Jepun 2011. Untuk episode pertama nie saya tak nak komen sebab tak tengok dengan khusyuk, takpelah rajin nanti saya layanlah drama tu kat tonton.com.my heeee, meh layan sinopsis Drama Soffiya.

drama soffiya tv3

Turut membintangi drama Soffiya ini iaitu pelakon Fizo Omar sebagai Ilyas, Izara Aishah sebagai Fiona, Azhar Sulaiman sebagai Kamal dan Syazwan Zulkifli.

Sinopsis Drama Soffiya TV3 Di Slot Akasia

Drama ini di bintangi oleh pelakon popular Tiz Zaqyah yang memegang watak sebagai Soffia, beliau merupakan seorang gadis yang lincah dan periang, ayah soffiya merupakan seorang doktor dan ibunya pula sering mengalami masalah kesihatan, selepas berlaku satu kejadian yang hitam, rutin hidup soffiya mula berubah, dia menjadi seorang yang pendiam dan murung, nasib buruk terus menimpa Soffiya sehinggalah dia dimasukkan kedalam penjara, dan baru ketika itulah dia mula mengenal erti cinta.  Namun Soffiya terpaksa merelakan pemergian kekasihnya ke luar negeri, dan Soffiya pun berkahwin dengan seorang jutawan yang penyayang, tidak cukup dengan itu, ketabahan Soffiya terus diuji sekali lagi bila mana cinta pertamanya sebelum ini adalah merupakan anak tirinya sendiri.

Promo Drama Soffiya

.

– so bagaimana Soffiya menangani konflik ini?, sama-samalah kita saksikannya nanti.

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

30 thoughts on “Drama Soffiya TV3 Di Slot Akasia”
  1. cter ni mmg best klu dihayati mmg banyak pengajaran didalam cter nyer..semoga tiz zaqyah sukses didalam apa jua watak yang dilakonkan…mantap

  2. Sempat jugak tengok cerita ni petang semalam,walaupun ada perlawanan bola,hehe nasib baik tv ada spare kat bilik atas.Episod pertama ni macam biasa pengenalan semua watak,kesian jugak watak yaya (lakonan tiz zaqiah).Ternyata lakonan tiz pada kali ni banyak bermain dengan emosi,fuhh tak sabar nak tengok episod ke dua pula
    wazy recently posted..Spontaneous Thursday #3My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge