Tanah Runtuh Di Perkampungan Orang Asli Di Tanah Rata Cameron Highland

Update : 9.32 am / 8.8.2011

Tujuh termasuk empat wanita maut, manakala dua parah dalam kejadian tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di Brinchang, di sini petang Ahad.

Mereka yang terbunuh dikenali sebagai Normadiah Lasik, 69, Ali Hassan, 50, Jaafar, 49, Mohd Ikbal Jaafar, 15, Sara Gunung, 37, Norma Gunung, 51, dan Yusnizan Yusof, 22, manakala yang parah pula ialah Bah Anjang Besar a/l Anjang, 39, dan Serry Priary a/p Suri, 15 tahun.

– Mstar.com.my

______________________________________

Salam, baru sahaja tadi diberita tv3 dilaporkan bahawa telah berlaku kejadian tanah runtuh di Tanah Rata Cameron Highland yang melibatkan lima buah rumah perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di Tanah Rata runtuh, kejadian tersebut berlaku pada pukul 5.45 petang tadi. setakat entry ini dipublish 9.31malam, Seorang maut, ramai terperangkap dalam tanah runtuh tersebut.

CAMERON HIGHLANDS: Lima rumah di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di Tanah Rata di sini, ditimbus tanah runtuh dalam kejadian jam 5.45 petang tadi.

Sumber polis mengesahkan setakat ini satu mayat ditemui manakala dua lagi cedera dan kini dirawat di Hospital Hajah Kalsom, Tanah Rata.
Dipercayai lebih ramai mangsa terperangkap berikutan tiga daripada lima rumah berkenaan ditimbus sepenuhnya dan nasib penghuninya belum diketahui.

Pasukan penyelamat kini bertungkus lumus mencari mangsa. *

Sumber : Berita Harian Online

* Sebarang perkembangan akan diupdate semula, sama-sama kita doakan agar mereka yang terperangkap masih selamat.

Sent From My iPad2

About yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

View all posts by yanmie

8 Comments on “Tanah Runtuh Di Perkampungan Orang Asli Di Tanah Rata Cameron Highland”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge