Salam, berita nie semalam lagi dah tahu, kesian pulak dengan pemain bola sepak negara kita iaitu Safee Sali & Amirulhadi Di Gelar Monyet Oleh Hidayah Isteri Kapten Singapura, hem rasanya tak patut kot hidayah tu buat kenyataan berbaur penghinaan, semua ini berlaku apabila hidayah menyatakannya dilaman twitter seperti gambar dibawah.

twitter hidayah

Buat Safee Sali ianya satu penghinaan yang tidak boleh diterima untuknya dan juga rakan sepasukan, Safee meminta agar Hidayah Shahril membuat permohonan maaf secara terbuka kepada mereka.

“Saya cukup tersinggung dengan kata-kata isteri Shahril, apa lagi suaminya adalah antara sahabat saya yang turut beraksi di liga Indonesia. Malah Shahril juga meminta jersi saya selepas perlawanan tempoh hari sebagai tanda persahabatan kami, tetapi kenyataan isterinya amat menyinggung perasaan saya.”

“Kami memandang serius perkara ini kerana ia menyentuh keperibadian seorang pemain profesional negara,” kata Safee dalam satu kenyataan kepada media.

“Buat masa sekarang, kami belum memikirkan untuk sebarang tindakan undang-undang, tetapi cukup sekadar dia memohon maaf dan menyatakan kekesalannya kerana mengeluarkan kenyataan sedemikian serta berjanji untuk tidak mengulanginya pada masa depan.

Menurut Safee, memandangkan pasukan Singapura akan lebih kerap ke Malaysiamusim depan, begitu juga sebaliknya, dia mahu isu ini diselesaikan segera supaya tidak timbul suasana tidak diingini apabila pemain terbabit kembali ke sini.

– BeritaHarian & Yanghangat.com

.
– Haishhhh panas nie!

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

31 thoughts on “Safee Sali & Amirulhadi Di Gelar Monyet Oleh Hidayah Isteri Kapten Singapura”
  1. Hidayah…sepatutnya berilah contoh yang baik…sebagai kaum hawa. Tunjukkanlah sifat yang profesional sebagai seorang isteri kepada seorang pemain yg dah pro… Hidayah..oo..Hidayah namamu itu….semoga mendapat petunjuk dan hidayah…wake up ya sis…

  2. HARIMAU MALAYA TERBAIKKKK…dia jeles le tu! Malaysia guna pemain sendiri, S’pura guna pemain impot, apa cite??

  3. terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta boleh undur jugak…terlajak tweet..masakla kena saman nanti…mcm bgs plak org singaporean nie…

  4. Dalam bulan yang mulia ini, knp lah si hidayah ini nak tunjukkan laku yang buruk.. di mana moral awak. Saya percaya suami pun malu dengan tindakan awak yang murah ni…

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge