Salam, oh yea hari nie juga merupakan hari bersejarah buat penyanyi Noh Hujan dan pasangannya yang juga merupakan seorang penyanyi, siapa tak kenal dengan Mizz Nina kan, tahniah buat mereka berdua, nampaknya lepas nie boleh celebrate sama-sama wedding anniversary dengan tomok, sebab hari nie juga merupakan Majlis Perkahwinan Tomok Dan Ayu, hehehe -..- Layan gambar perkahwinan Noh Hujan dengan Mizz Nina yea, later kita update lagi.

gambar kahwin noh dan mizz nina

Sebenarnya tarikh hari ini juga merupakan tarikh lahir Mizz Nina, kiranya 2 in 1 lahkan, dua2 majlis bersejarah untuknya, majlis perkahwinan mereka ini dilangsungkan di Ampang Jaya dengan majlis tertutup hanya untuk keluarga terdekat sahaja. Walaubagaimanapun Pada 3 Julai ini, resepsi untuk keluarga dan tetamu-tetamu kehormat akan diadakan di Hotel Shangri-La bertemakan Ungu Elegan.

gambar kahwin noh dan mizz nina

Pada majlis tersebut, pihak lelaki menyerahkan wang hantaran sebanyak RM11,111.11 dan  duit mas kahwin pula adalah sebanyak RM888.88 bersama tujuh dulang hantaran yang antaranya adalah sirih junjung, set barang kemas, iPad 2, cincin dan kek lapis Sarawak.

Dan dibalas sebanyak tujuh dulang hantaran oleh pihak perempuan yang antaranya adalah sirih junjung, sepasang kasut, dompet, sepasang baju bersanding, coklat, “Playbook” dan cincin.

Mereka juga akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi berkonsepkan Jepun bersama pihak media dan rakan-rakan, mesti comel nie, patutlah kad kahwin diorang bercorak kimono, hehe. dan pada 6 Julai ini akan diadakan majlis sambut menantu (sebelah lelaki) di Miri, Sarawak pada 15 Julai depan.

– Tahniah Noh dan Mizz Nina!

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

16 thoughts on “(Gambar) Perkahwinan Noh Hujan Dan Mizz Nina”
  1. arini ke diorang kawin?hmm…tahniah la…
    tak berapa suka dengan noh hujan ni sebab masa dia buat persembahan kat Juara Lagu aritu,dia nyanyi sambil kunyah gula getah.bagi aku tu sesuatu yang kurang sopannya.kalau korang tak percaya try la cari video dia masa dia buat persembahan juara lagu 2010 aritu…
    Pacifista – X recently posted..Insentif Tunai Untuk Trafik @ DenaihatiMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge