budak tadika jadi tebusan

Update : 4.49pm

– Semua guru dan murid Tadika Serikids di Taman Sungai Abong Cemerlang di sini berjaya diselamatkan polis dalam serbuan pada jam 3.41 petang tadi. Bharian.com.my

Update 4.19pm

– Polis terpaksa melepaskan tembakan pada pukul 3.41 petang dan menyerbu masuk tadika yang menjadi lokasi empat guru dan 30 kanak-kanak di Taman Sungai Abong, di sini yang ditahan sebagai tebusan oleh seorang lelaki yang bersenjatakan parang – utusan.com.my

Update 3.18pm

– Lelaki itu mendesak polis menyerahkan pistol atau kanak-kanak terbabit dibunuh. Bagaimanapun selepas seorang pakar psikiatri, Dr Lau Keen Lee bercakap dengan suspel dari luar banglo dua tingkat tersebut, lelaki itu kembali tenang. – Mstar.com.my

———————————————————————-

Salam, baru kejap tadi tengok berita 1.30 TV3, yang mana melaporkan 3 guru dan kira-kira 30 murid Tadika Serikids di Taman Sungai Abong Cemerlang, Muar telah dijadikan tebusan oleh seorang lelaki bersenjatakan tukul besi dan parang (laporan tv3/b.harian), lelaki tersebut telah menceroboh masuk ke Tadika tersebut pagi tadi.

tadika serikids

Ya Allah takutnya, mudahan sahaja cikgu dan murid-murid tersebut semuanya selamat, Polis menerima maklumat kejadian tersebut kira-kira jam 9.30 pagi tadi dan lelaki tersebut mendakwa sudah mencederakan seorang budak dan mengugut akan mencederakan lebih ramai lagi jika polis memasuki rumah berkenaan. Sehingga jam 12 tengah hari polis masih berusaha membebaskan Cikgu dan murid-murid tersebut.

– Alhamdulillah semuanya selamat

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

21 thoughts on “3 Guru dan 30 Murid Tadika SeriKids Di Jadikan Tebusan Oleh Lelaki Bersenjata”
  1. – Polis terpaksa melepaskan tembakan pada pukul 3.41 petang dan menyerbu masuk tadika yang menjadi lokasi empat guru dan 30 kanak-kanak di Taman Sungai Abong, di sini yang ditahan sebagai tebusan oleh seorang lelaki yang bersenjatakan parang

  2. Sebenar kes macam ini berlaku kepada sesiapa sahaja. Saya selalu berpesan kepada isteri saya selalu kunci rumah. Sekarang ini penjenaya semakin ganas walaupun ada CCTV pun masih berani menyerang mangsa

  3. apabila berlaku kes mcm ni pasti melibatkan pesakit mental.dah tiba masa malaysia tambah sesi kaunseling bagi rakyat yg dikenal pasti kurang waras atau menghadapi tekanan…
    izwannizam recently posted..Bersih 2.0My Profile

    1. @Twit N View, Risau dan takut, mudahan mereka semua selamat, bayangkan anak kecil dalam tu..Ya Allah mesti trauma, minta dijauhkan….

      dan mudahan penjenayah tu cpt ditangkap, semakin lama dia berada dalam tadika tu semakin terancam nyawa mereka semua. Ya Allah mudaha semuanya selamat…amin

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge