Salam, kecoh 2-3 hari ini dengan pelbagai isu, yang turut menerima tempiasnya iaitu Wardina atau nama sebenarnya Wardina Saffiyah Fadlullah 32, yang mana dikatakan beliau menyokong PKR, semuanya hanyalah apabila beliau menerima undangan untuk berceramah motivasi yang mana dia sendiri tidak mengetahui bahawa program tersebut adalah anjuran dari PKR.

wardina

Gambar : Kosmo.com.my

Terkini Wardina memberi tempoh 14 hari mulai semalam kepada semua pengendali laman blog yang mengaitkannya Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya mengeluarkan semua gambar dan artikel yang  berkaitan dirinya daripada blog-blog tersebut.

Menurut Wardina, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya pengendali blog terbabit masih berdegil dan enggan berbuat demikian.

Ujar pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3 itu, blog tersebut telah memuat naik gambarnya semasa tidak memakai tudung yang disifatkan sebagai menghina dan memalukannya.

“Saya mempunyai anak dan suami. Membuka aib saya pada masa dahulu sedikit sebanyak memberi kesan kepada mereka.

“Jadikan kisah saya sebagai tauladan dan saya berharap hal ini tidak terjadi kepada artis-artis lain (yang kini memakai tudung),” ujarnya pada sidang akhbar di sini semalam. – kosmo.com.my

Para blogger diluar sana, jangan buat entry yang belum tentu kesahihannya, jangan menyebarkan benda yang tidak betul, apa peranan kita sebagai blogger sebenarnya?? fikir semula, adakah semua ini disebabkan inginkan trafik yang tinggi ke blog?? fikir apa kesannya dengan penulisan kita, minta dijauhkan dari perkara sebegini.

Pada Wardina, saya tahu akak kuat dan tabah orangnya, saya, kami, kawan-kawan semua menyokong akak, kami tahu beza mana yang betul dan mana yang tidak, moga sukses selalu. Allah sentiasa bersama orang-orang yang benar.

– Harap Wardina akan terus bersama TV3!!

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

21 thoughts on “Wardina Beri Tempoh 14 Hari Kepada Blogger”
  1. btuilaaa, yan. kita sbgai blogger kne jaga2 ngan tindakan n perkataan kita kat blog sendiri. tak kener gaya dpt dosa kering coz bole menimbulkan fitnah n aib pd org. Kener hati2 sgt babs tuh. jgn pentingkan SEO smpai sifat kemanusiaan dilupakan.
    akuzle ayu recently posted..Oi Lembu!!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge