Salam, kecoh 2-3 hari ini dengan pelbagai isu, yang turut menerima tempiasnya iaitu Wardina atau nama sebenarnya Wardina Saffiyah Fadlullah 32, yang mana dikatakan beliau menyokong PKR, semuanya hanyalah apabila beliau menerima undangan untuk berceramah motivasi yang mana dia sendiri tidak mengetahui bahawa program tersebut adalah anjuran dari PKR.
Gambar : Kosmo.com.my
Terkini Wardina memberi tempoh 14 hari mulai semalam kepada semua pengendali laman blog yang mengaitkannya Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya mengeluarkan semua gambar dan artikel yang berkaitan dirinya daripada blog-blog tersebut.
Menurut Wardina, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya pengendali blog terbabit masih berdegil dan enggan berbuat demikian.
Ujar pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3 itu, blog tersebut telah memuat naik gambarnya semasa tidak memakai tudung yang disifatkan sebagai menghina dan memalukannya.
“Saya mempunyai anak dan suami. Membuka aib saya pada masa dahulu sedikit sebanyak memberi kesan kepada mereka.
“Jadikan kisah saya sebagai tauladan dan saya berharap hal ini tidak terjadi kepada artis-artis lain (yang kini memakai tudung),” ujarnya pada sidang akhbar di sini semalam. – kosmo.com.my
Para blogger diluar sana, jangan buat entry yang belum tentu kesahihannya, jangan menyebarkan benda yang tidak betul, apa peranan kita sebagai blogger sebenarnya?? fikir semula, adakah semua ini disebabkan inginkan trafik yang tinggi ke blog?? fikir apa kesannya dengan penulisan kita, minta dijauhkan dari perkara sebegini.
Pada Wardina, saya tahu akak kuat dan tabah orangnya, saya, kami, kawan-kawan semua menyokong akak, kami tahu beza mana yang betul dan mana yang tidak, moga sukses selalu. Allah sentiasa bersama orang-orang yang benar.
– Harap Wardina akan terus bersama TV3!!
Biasa la bila nak buat baik, ada jer menda tak kena..kesabaran tu penting..hehe
Hafizul recently posted..Bola Bayang-Bayang
saman saman saman….
suka dgn wardina ni sejak siri spanar jaya dulu.. syukur alhamdulillah, dr seksi-meksi dia dah berubah sampai ke tahap ni..
syok.my recently posted..Gambar Tomok Dan Siti Rahayu Di Majlis Persandingan
Lepas satu satu kontroversi. Cantik logo banner baru tuh Yanmie
ish ish ish. orang sekarang ni suka sangat buka aib orang lain. tapi diri sendiri tak terjaga.
Ikhwan Pauzi recently posted..Call of Duty: Modern Warfare 3
sokong wardina 🙂
Ibu Mifzal Arsyad a.k.a Wan Ainey recently posted..Jom Teka Bersama Diariummi!
blogger tu mungkin bermotifkan politik. mmg xsuka bila dikaitkan blogger dgn perkara2 negatif ni. padahal ramai je yg suka kongsi ilmu bermanfaat 🙁
ekspresiruang recently posted..Carbon Bay: Restoran Futuristik Di India
ada juga terbaca kisah dia dekat papaer tadi.. blogger mana ye yg buat cerita pasal wardina ni?
Myvitrd recently posted..Susah Juga Nak Jual Rumah Ni
macam2 hal btl. semua benda pun nak jadikan isu politik 😕
fara recently posted..Wordless Wednesday – 29 June: Good Riddance to Bad Rubbish
saya mmg adore dia…beauty with brain.. 🙂
Kancilbiru recently posted..Wordless Wednesday | What’s for dinner
Memang tak patut blogger tu labelkan Wardina dengan isu politik.
anastasyea recently posted..Multiple PageRank Checker | Cara mudah untuk check PageRank rakan² !
ermmm..ni la padahnya kalau buat sesuatu entri tu tanpa berfikir panjang terlebih dahulu..kesian la pada mereka yg tidak bersalah..free2 je dapat dosa..
mrs.yie recently posted..TAFSIRAN FIZIKAL TUBUH..BOLEH PERCAYA KE??
Sebab nila setitik rosak susu sebelanga.
Kita juga yg kena tempias.
Kata kita tak berhemah dan suka-suka tulis.
Harap yang berkenaan tarik balik la ye.
mommy nana recently posted..Semua Hapdet Pasal PR
payah malaysia skrg ni, semuanya nak dipolitikkan, sampaikan berkawan pun nak kena pilih politik yg sebulu,
igt ler politik tak bawa ke mana2 kalau dicampuradukkan,
berfikirlah secara waras ok…
kpd wardina, jadilah yg terbaik, tidak perlu bersetuju dgn semua benda…
Twit N View recently posted..@MampuJPM Menyediakan Hadiah RM30,000 Untuk Pertandingan Mencipta Logo Inovasi.
btuilaaa, yan. kita sbgai blogger kne jaga2 ngan tindakan n perkataan kita kat blog sendiri. tak kener gaya dpt dosa kering coz bole menimbulkan fitnah n aib pd org. Kener hati2 sgt babs tuh. jgn pentingkan SEO smpai sifat kemanusiaan dilupakan.
akuzle ayu recently posted..Oi Lembu!!
Wardina Beri Tempoh 14 Hari Kepada Blogger http://bit.ly/m5XTYh (via @yanmie)
#TeamWardina 🙂
syahrilhafiz recently posted..Wordless Wednesday #5 : Bersih?
minat dengan dia since dia berlakon spanar jaya lagi
RT: @caenz: RT @yanmie Wardina Beri Tempoh 14 Hari Kepada Blogger http://bit.ly/ldwusq
RT: @caenz: RT @yanmie Wardina Beri Tempoh 14 Hari Kepada Blogger http://bit.ly/ldwusq
RT @yanmie Wardina Beri Tempoh 14 Hari Kepada Blogger http://bit.ly/ldwusq