Perodua Myvi Baru 2011 – Mystical Purple Elegance

Salam, wah dah nampak dan promo Myvi baru warna Purple “lagi best”, okeh baru-baru ini PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) telah melancarkan model baru kereta Perodua Myvi yang mana mereka mensasarkan jualan sebanyak 8,500 unit jualan untuk sebulan bagi menggantikan model generasi pertama jenama kenderaan terlaris yang mula diperkenalkan pada Mei 2005. tengok bawah nie, Myvi Baru 2011 D54T warna Purple, perghh!!! mengancam kan Myvi Mystical Purple Elegance nie -..-

myvi purple

New Mystical Purple Elegance

Myvi model terbaru ini didatangkan dengan enam warna, termasuk warna baru Ungu Mystical yang akan diperkenalkan bermula Ogos ini. Pilihan warna lain iaitu Hitam Ebony, Kelabu Medallion, Kelabu Glittering, Putih Pearl dan Putih Ivory.

myvi elegance

Untuk spesifikasi Perodua Myvi Baru ini boleh usha di SINI

myvi

myvi

Model baru Myvi ini dipertingkatkan lagi dari segi reka bentuk dan fungsinya, difahamkan model tersebut dijual pada harga atas jalan bermula dari RM43,900 bagi transmisi manual standard hingga RM57,400 bagi transmisi automatik.

Untuk transmisi manual standard bagi model baru Perodua Myvi mempunyai tahap pemanduan lebih jauh iaitu 17.5 kilometer bagi setiap liter petrol berbanding model sebelumnya 17.1 kilometer.

Bagi transmisi automatik pula, ia mampu bergerak 14.6 kilometer bagi setiap liter bahan bakar berbanding 13.5 kilometer bagi model sebelumnya.

– bharian.com.my

Dahulu pernah memandu Myvi edisi pertama, itupun sebab belajar memandu, di pusat latihan memandu menggunakan kereta Myvi edisi terdahulu, memang sedap berbanding kancil…kikiki, tu jelah pengalaman yang ada dengan Myvi.

Nota Yanmie : Purple mengancam, macam kereta en.hubby…kikiki -..-

About yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at [email protected] , thank you :)

View all posts by yanmie

22 Comments on “Perodua Myvi Baru 2011 – Mystical Purple Elegance”

  1. Ini bukan lebih best tapi lebih bodo!

    Itu door arm rest kasi Taruk cross handle tutup pintu, macamana nak letak tangan???? Nak tekan power window pun Susah!!

    Suruh itu mechanical designer bangun! Itu Rnd QA department semua tidu????

  2. Maaf… Pada pendapat saya, model yg dahulu lebih baik dan luas malah rakan-rakan saya dan juga org sekeliling saya turut berpendapat yang sama. Harap-harap PERODUA mengeluarkan semula model dahulu yang sememangnya masih mendapat permintaan yg tinggi sehingga kini. Sebaliknya PERODUA meningkatkan kapasiti enjin 1.5liter kepada model dahulu. 😉

  3. kalau ikut qualiti lagi mantap myvi lama. body myvi ni dah nipis macam viva lama aku. nipis betul. tempat letak tangan pulak ada palan di depan. makin tak selesa. best lagi myvi lama. siapa yg taksub dan tak bijak menilai tentu undi lebih myvi ni…

  4. Aku tak nampak apa yang baru. Kalau setakat cut and paste nak panggil model baru sorry bro. Yang dinamakan model baru adalah seperti bontotnya tongek sikit ke, Hood dia makin tebal atau nipis ke, Badan makin lebarke dll

  5. akak dh tgk yg elegance ni..cuma yg kaler pepel ni bulan 8 baru kuar…beli 1 yan..mantap..bawak anak pi skool..ronda2…

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge