Mata Pelajaran Vokasional (MPV) Dimansuhkan Tahun Depan 2012

Salam, bermula tahun depan 2012 Mata Pelajaran Vokasional (MPV) nampaknya akan dimansuhkan di semua sekolah harian secara berperingkat, perkara tersebut di sahkan oleh iaitu Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd Puad Zarkashi.

mata pelajaran vokasional

Gambar : adap.com.my

Beliau berkata, langkah berkenaan dibuat sejajar dengan proses transformasi pengajian teknik dan vokasional seperti yang ditetapkan oleh kerajaan baru-baru ini.

“Semua sekolah harian selepas ini tidak lagi diajar MPV. Bagi mereka yang berminat belajar dalam bidang tersebut, kerajaan akan menyediakan peluang di Kolej Vokasional menerusi Program Asas Vokasional (PAV). utusan.com.my

Untuk Program Asas Vokasional (PAV) ini ianya hanya dikhususkan buat pelajar di tingkatan 1 sehingga tingkatan 3, dan mereka juga turut diberikan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap I dan II apabila tamat pembelajaran, tapi kena sambung kat Kolej Vokasional menerusi Program Asas Vokasional (PAV).

-,.-

About yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at [email protected] , thank you :)

View all posts by yanmie

16 Comments on “Mata Pelajaran Vokasional (MPV) Dimansuhkan Tahun Depan 2012”

  1. memang bagus pun rancangan kerajaan tuh..yang pelajar vokasional tahun ni ngn tahun dpan,diam2 sudah laa.ikot jee.ni utk kebaikan korg gakk.

  2. Saya harap kerajaan cepatkan proses pemansuhan subjek MPV di sekolah harian biasa, saya merupakan salah seorang guru yang telah 8 tahun mengajar subjek ini dan saya tidak dibenarkan untuk memohon pindah walaupun saya ingin mengikuti suami. Amat terkilan dengan keadaan ini, dan diharap kerajaan dapat meneruskan rancangan mereka untuk memansuhkan matapelajaran ini sekali gus membantu saya dengan situasi yang saya hadapi sekarang.

  3. yang kesiannya nanti kak yan,cikgu2 yang mengajar subjek bukan kemahiran.diorang terpaksa berpindah ke jabatan pelajaran negeri.sebelum ni diorang dalam jabatan pelajaran teknikal.bila pindah jabatan ni yang sakit sikit…
    Pacifista – X recently posted..Blogger dan TaglineMy Profile

  4. 🙁 😡 😥 habis tu macam mana dengan.. budak budak vokasional thun nie… x kan suruh pindah sekolah… apa nie??????????????? kenapa plk tiba tiba dimansuhkan.. macam mana dengan kami yunk nak amik spm thun dpn???????????????????????

  5. bile wujud nye Kolej vokasional, maka akan tutup lah Politeknik yg pada dasar nye menyediakan ilmu lanjutan teknikal slps sekolah vokasional…

  6. Elok juga diberikan peluang kepada yang tidak cemerlang dengan silibus sedia ada dengan diberi peluang untuk mendapat kemahiran walaupun jalannya jauh sedikit masih boleh mengenggam segulung diploma atau ijazah didalam bidang kejuruteraan.

    Saya memberi contoh sahabat saya tidak cemerlang ketika diperingkat SPM nak masuk UITM pun tak layak. Kemudiannya belajar di IKM(Sijil) UNI-KL BMI(Diploma) – UK Hertfordshire(Ijazah) – UKM(Master) sekarang ini persediaan untuk Phd. Tidak kira jalannya jauh masih boleh capai impian yang penting tidak pernah putus asa dan sentiasa berusaha.

  7. macam ni better sebab pelajar yg xberminat tak perlu bersusah payah utk amek subjek ni. sepatutnya kementerian buat pengkhususan dalam bidang yg pelajar2 minat since dari sekolah rendah lg. kalau minat seni, bina sekolah seni dari sekolah rendah lg. br ada penumpuan 😎

  8. kalau tak silap baru-baru ni rakan KA di sektor awam ada cakap teknik akan jadi pra-u @ sijil apa ntah…

    kalau d teknik kita belajar 2 tahun, tapi akan datang 4 tahun kan….

    p/s: seronok belajar dekat teknik ni…

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge