Updated : 6.48petang – Footer dari Anonymous sudah tidak kelihatan, cidb berjaya mengawal site bersebut, cuma header title masih lagi bertajuk Operation Malaysia | pwn3d by Anonymous
Updated : 8.00Pagi 16.6.2011 – Laman Web cidb kembali pulih 100%
———————————
Salam semua, nampaknya sudah ada laman web kerajaan yang digodam aka hack oleh Anonymous, laman web cidb.gov.my nampaknya seperti telah di hack oleh mereka, tengok gambar bawah nie yea. nampaknya anonymous hack malaysia nie bukan main-main.
Tengok Header title dah bertukar kepada Operation Malaysia | pwn3d by Anonymous
Tengok footer cidb.gov.my atas tu, memang sahlah dah kena hack dengan Anonymous
Seperti yang mereka katakan sebelum ini, mereka akan menyerang laman kerajaan malaysia pada pukul 3.30 pagi khamis ini. tetapi nampaknya mereka telah bertindak awal, atau adakah ini signal mereka sebelum mereka hack secara besar-besaran pada esok?
Baca bawah juga:-
Kumpulan Pengodam Anonymous Ingin Menyerang Halaman Portal Kerajaan
Nota Yanmie : Sama-sama kita nantikan besok, ini bukan perkara main-main, bahaya jugak nie.
Kalo laman web gov opration malaysia yg hack. Tp blog2 awam pon skang ni kerap tol di hack org arab. Baru2 wanmus, hari2 ada je la dgr. hmmmmm
shah blogger recently posted..Template Seo Blogger
http://t.co/QiOhTkA Good Job Anonymous
defacement jek…database selamat…tak gempak la
bahaya wooo
data semua selamat.dah buat persediaan tu. 😥
semua dah kecoh bab nih kak .. hack kerajaan tk pe kerajaan kaya leh buat website juta2 lagi ..
aku tak nampak sangat le depa ni hack menghack..cuma macam kasi gegar je lebih..:D
memang sungguh-sungguh hacker ni buat kerja.
ni namanya perang cyber kak yan.. lepas ni kerajaan kena beli sistem firewall lagi baguslah.. kekadang ada baiknya juga kena hack so dapatlah kita tahu dekat mana kelemahan website kita..
Perang cyber ni lagi dahsyat dari perang guna bom Atom.. hehehe
makin byk web gov yg dah kena hack skang.. 😯
Pagi ni cuba bukak, dah ok semula.
Anonymous nie hacktivist yang dipercayai bukan dilakukan oleh sorang2. Kalo nengok kat Wikipedia, memang diorang ada sejarah high profile smp game pon diorang hack (Habbo). Kalo diorang nak hack harap mampu tewaskan mereka. Kalo orang yang hack2 dan ada kebolehan harap if ada terjumpa hole di sana cnie maklumkan saja dengan owner itu sahaja. Dapat dosa jer hack sebab mendatangkan kerosakan.
ehhh delete pulak.. boleh tak share post nie
boleh 😛
huhu apa akan terjadi…blogger2 tggu cerita nak masukkan dalam blog je
lepas ni byk la kontrak2 juta dianugerahkan kepada kroni utk mem’perketat’kan security siber web2 gov ni. alasan cukup elok dah ni 😆
Laman web agensi kerajaan kebanyakkan dibangunkan oleh kontraktor.
Semoga bahagia kepada semua hackers ni. Hihihihi…. Kita blogger tumpang tengok jer.
hehe, tak sabar..!!
tak pasti pasal apa diaorang buat kerja cam tu.Tapi rasanya gov taklah stupid kot..
Kan kan kan??
Sebab pemikiran govern Malaysia tidak sejauh pemikirn govern international.
Nak tau sebab ape SKMM block file sharing website?
Sebb byk aktiviti muat turun brlaku n industri muzik dlm keadaan teruk skarang. So tindakn SKMM hanye ingin mmbantu industri muzik.
Pekehe plak ngan Anon??
Anon bengkek coz SKMM block file sharing website. File sharing website umpama nadi ekonomi bg luar negara yg reti brpikir sperti hollywood. Kalo di block, mane nk dtg income from malaysia??
Vice verse. Setiap bnde yg brlaku msti ade reason.
cidb.gov.my tanpa www keluar webmail.. merepek..
bolh ke delete post nie….
Minta izin utk letak gambar kat blog anastasyea .. nanti saya credit link ke sini !
dah kena hack ke? bahye nie. agak2 blogger cikai akan kena hack tak?
malang… gang Anonymous hanya akan melakukan DDOS. dan bukan web hacking. semua web hacking yang berlaku kononnya dari Anonymous (untuk semalam dan hari ini) adalah hasil perlakuan rakyat malaysia sendiri 🙁
Islam mengajar kita supaya cintakan negara, kerana cintakan negara itu sebahagian dari tanda adanya iman
ya, dalam gambar dan video yang tersebar, diorang hanya akan melakukan ddos (macam dalam operation2 sebelum ni).
kakyan, pastikan protect blog ni juga, bahaya woooo
Mungkin ini hanya permulaan. So, diharap semua agensi kerajaan supaya lebih berwaspada !
saya suka je tengok website kena hack ni..maybe suka tgk cita fight dan war..haha
lepas nie web mana pula yg jd mangsa…bleh buat kompilasi nie..
@reenieho @Fazleen_Zaa try to check out http://t.co/ayH4g1a no harm done 🙂
@ShereinLui moe cidb and mof has suspended their services.. check out this blog http://t.co/ayH4g1a
@shidi its ok friend. Found 1 blog with the details. http://t.co/43qdbFV
What da? RT @dauspozi: RT: @yanmie: Blog Updated : Laman cidb.gov.my di hack oleh Anonymous? http://bit.ly/ir5DQW
RT: @yanmie: Blog Updated : Laman cidb.gov.my di hack oleh Anonymous? http://bit.ly/ir5DQW