Updated : 6.48petang – Footer dari Anonymous sudah tidak kelihatan, cidb berjaya mengawal site bersebut, cuma header title masih lagi bertajuk Operation Malaysia | pwn3d by Anonymous

Updated : 8.00Pagi 16.6.2011 – Laman Web cidb kembali pulih 100%

———————————

Salam semua, nampaknya sudah ada laman web kerajaan yang digodam aka hack oleh Anonymous, laman web cidb.gov.my nampaknya seperti telah di hack oleh mereka, tengok gambar bawah nie yea. nampaknya anonymous hack malaysia nie bukan main-main.

operation malaysia

Tengok Header title dah bertukar kepada Operation Malaysia | pwn3d by Anonymous

operation malaysia

Tengok footer cidb.gov.my atas tu, memang sahlah dah kena hack dengan Anonymous

Seperti yang mereka katakan sebelum ini, mereka akan menyerang laman kerajaan malaysia pada pukul 3.30 pagi khamis ini. tetapi nampaknya mereka telah bertindak awal, atau adakah ini signal mereka sebelum mereka hack secara besar-besaran pada esok?

Baca bawah juga:-

Kumpulan Pengodam Anonymous Ingin Menyerang Halaman Portal Kerajaan

Nota Yanmie : Sama-sama kita nantikan besok, ini bukan perkara main-main, bahaya jugak nie.

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

36 thoughts on “Laman cidb.gov.my di hack oleh Anonymous?”
  1. ni namanya perang cyber kak yan.. lepas ni kerajaan kena beli sistem firewall lagi baguslah.. kekadang ada baiknya juga kena hack so dapatlah kita tahu dekat mana kelemahan website kita..

    Perang cyber ni lagi dahsyat dari perang guna bom Atom.. hehehe

  2. Anonymous nie hacktivist yang dipercayai bukan dilakukan oleh sorang2. Kalo nengok kat Wikipedia, memang diorang ada sejarah high profile smp game pon diorang hack (Habbo). Kalo diorang nak hack harap mampu tewaskan mereka. Kalo orang yang hack2 dan ada kebolehan harap if ada terjumpa hole di sana cnie maklumkan saja dengan owner itu sahaja. Dapat dosa jer hack sebab mendatangkan kerosakan.

    1. Kan kan kan??

      Sebab pemikiran govern Malaysia tidak sejauh pemikirn govern international.
      Nak tau sebab ape SKMM block file sharing website?

      Sebb byk aktiviti muat turun brlaku n industri muzik dlm keadaan teruk skarang. So tindakn SKMM hanye ingin mmbantu industri muzik.

      Pekehe plak ngan Anon??
      Anon bengkek coz SKMM block file sharing website. File sharing website umpama nadi ekonomi bg luar negara yg reti brpikir sperti hollywood. Kalo di block, mane nk dtg income from malaysia??

      Vice verse. Setiap bnde yg brlaku msti ade reason.

  3. malang… gang Anonymous hanya akan melakukan DDOS. dan bukan web hacking. semua web hacking yang berlaku kononnya dari Anonymous (untuk semalam dan hari ini) adalah hasil perlakuan rakyat malaysia sendiri 🙁

    Islam mengajar kita supaya cintakan negara, kerana cintakan negara itu sebahagian dari tanda adanya iman

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge