Hasil Kemanisan Dari Berblogging

Salam semua, Alhamdulillah rezeki dari blogging lagi, dan Alhamdulillah, hasil dari blogging ini Yan dapat membeli peralatan untuk ‘menyelimkan’ diri, kot-kotlah boleh slim lepas nie, tak banyak berat yang turun pun takpe asalkan boleh kecik sikit badan nie berbanding dari sekarang dah oklah sangatkan…

alat senaman

Tak larat woo nak membawa perut yang buncit, peha yang besar, nak cari seluar pun susah, tak boleh nak pakai cecantik, rugi rasanya..sob…sob…heheheย Ingat masa bujang-bujang dulu berat 42kg je, sekarang nie tak boleh nak disebut kat sini, kang down pulak blog nie sebab terlalu berat…ehehe.

alat senaman

Abdominal Exerciser dan Body Analysis Digital Scale

Abdominal Exerciser

Serius Abdominal Exerciser nie memang sangat BEST!! so lepas nie takperlu lah nak merengek-rengek nak buat sit up, serius sangat BEST!!! korang mesti beli…hehehe.

Abdominal Exerciser

Ada 3 jenis spring untuk penyelarasan, terdapat 3 jenis spring yang dibekalkan bersama, untuk tahap 1 nie, Yan guna warna biru untuk rintangan rendah, means untuk senaman mudah, spring warna merah untuk rintangan sedehana maksudnya untuk senaman sederhana dan Spring Hitam untuk rintangan tinggi bermaksud senaman yang agak sukar. So Yan guna yang biru dulu, kang kalau terus guna hitam kejang terus pulak perut nie…HAHAHA.

digital scale

Body Analysis Digital Scale, pergh!!! mantap sungguh, boleh buat analisis body, Air, lemak…bla…bla…boleh set memori macam umur, tinggi…bla..bla (tak ingat, kena rujuk manual..hehe).

Alhamdulillah macam-macam jugak hasil berblogging yang dah pernah Yan dapat, antaranya dapat Laptop Comel dari Contest Denaihati, Smartphone HTC Desire Z dari Maxis10 Reviewers, Buatย contest, Duit Hasil Blogging Hadiah untuk Anak, ada jugak menaja WebHosting untuk blogger (takperlu sebut)ย dan ada lagi lain-lain yang rasanya takperlu diceritakan disini.

Pada mulanya blogging hanya 1 hobi kini menjadi sumber pendapatan sampingan, walaupun tidak banyak tetapi ianya tetap menyeronokkan, orang kata kalau kita ikhlas dalam segala benda yang kita buat insyaallah pulangannya memuaskan tanpa kita berharap, trustme!! blogging dengan hepi insyaallah ada kemanisan dalam berblogging, yang penting jangan menulis untuk mencaci maki orang dalam blog, try selak blog ini, pernah tak sekali tuan punya blog ini mengeluarkan kata-kata sebegitu?? tidak kan??

So blogging dengan bersih tanpa menyentuh sensitiviti orang lain, kalau takde orang nak baca blog korang, korang baca je balik…sure tergelak baca entry lama-lama, takpun post entry SEO, tipu kata kalau takde yang masuk dari SEO entry!! apa pun usaha tangga kejayaan, Yan belum berjaya,..masih lagi merangkak-rangkak untuk berjaya dalam kehidupan.

Boleh baca tips untukย Bagaimana mencari idea menulis blog peribadi tanpa henti harap dapat membantu.

Eh…eh….dah panjang nie, harus stop!! nak citer pasal alat senam je pun melarat pulak…HAHAHA.

Mohon jasa baik kengkawan pembaca blog ini untuk Vote Video anak2 Yanmie kat SINI, THANKS!!!

Nota Yanmie : Sit Up banyak kali pun takpe…nngggee~~

yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

51 Replies to “Hasil Kemanisan Dari Berblogging

    1. ha ye akak pun xde mkn2 dh ubat kurus, cuma ada minum rxlite utk tenaga plus cekelat2 yg crave blocker, tu je..lelain mkn mcm biasa tp kuantiti sedikit plus air masak minum bnyk ๐Ÿ˜†

    1. alamak…TERIMA KASIH, kat entry lepas2 pun bnyk terima kasih tu, lupa plak ๐Ÿ˜†

      blog ini 80% reader dr Search Engine, akak xde loyal readers…sob…sob…. ๐Ÿ˜†

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge