Progress Aiman 5 minggu persekolahan di Tadika The Little Caliphs

Salam semua, syukur alhamdulillah minggu nie merupakan minggu ke 5 Aiman bersekolah Tadika di The Little Caliphs, memang banyak perubahan yang Yan nampak, Aiman rajin belajar maksudnya disini, Aiman memang minat dengan pensil dan buku, so bagi aje pensil sama ada pensil biasa, pensil warna atau crayon dan buku pandailah dia nak buat apa. Jom kita cekidaut progress Aiman selama 5 minggu persekolahannya.

buku

Setiap hujung minggu aiman akan dapat buku baru, yang nie saje belikan untuk dia , memang dia manfaatkan sepenuhnya.

warna lukisan

Hasil mewarna dari Aiman, kira cantik dan kemas jugaklah kan untuk budak umur 5 tahun nie…ehhee

tulisan aiman

Buku nie untuk Aiman main tulis-tulis kat rumah, suruh dia follow apa yang ibu dia tulis..ehhee

Oh yea, Aiman jugak ada masuk kelas taekwondo, bukan main seronok lagi dia, semalam merupakan kali ke dua dia masuk kelas tersebut., video atas tu dia baru balik dari kelas taekwondo…ehehe

Teknik membaca yang dipraktikkan oleh Tadika The Little Caliphs, so teknik haruslah sama dengan apa yang cikgu Aiman ajar kat tadika, takut Aiman jadi keliru pulak coz kat tadika cikgu ajar lain kat rumah ibu ajar lain..ehehe, so reading technique tu mestilah sama. pihak tadika memang tak galakkan untuk menyebut abjad tu satu-satu, kena buat macam aiman buat kat atas tu, memang betul! aiman dan boleh sambung suku kata, dah boleh membaca perkataan yang mudah.

Sebenarnya ada banyak lagi yang nak di kongsikan, tapi lupa pulak nak snap gambar kat buku tadika Aiman, sebabnya pihak tadika memang tak bagi budak-budak dia bawa buku tu balik rumah, buku2 ada banyak tapi cuma gunakan kat tadika aje, bila ada homework baru buku tersebut Aiman bawa balik.

Oh yea, video progress Aiman pun ada banyak tapi hampesss tak boleh nak convert, quality gambar jadi pecah-pecah, sebelum nie buat ok je, tak taulah apa masalahnya, hampir 2 hari gak nak mengconvert tapi tak boleh…ehehe *ke aku yang tak pandai nie*

Nota Yanmie : Alhamdulillah seronok tengok Aiman dah banyak perubahan 🙂

About yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

View all posts by yanmie

33 Comments on “Progress Aiman 5 minggu persekolahan di Tadika The Little Caliphs”

  1. Salam…

    Sekadar memberi peringatan…rasanya tak perlulah disclose anak2 akak bertadika di mana..

    kita tak tahu siapa yang membaca blog kita..bahaya kak zaman sekarang ni, macam2 orang ada..sekadar peringatan untuk akak & blogger2 lain…

    1. Salam kak,
      ye betul tu, mcm aiman nie sbb tadika dia buat program mcm tu, nk explain pun xbape reti, tp faham utk diri sdiri 😆

      pihak tadika mmg tak galakkan untuk menyebut abjad tu satu2, dia lebih kepada sebutan dan action, senang budak nak ingat nak aplikasikan bunyi tersebut dengan suku kata. *eh faham tak?* hahaha

      ala kak zaman yan pun sama gak kena sebut abjad satu2, tadika pun xde dulu 😆

    1. Salam,

      ha’ah tulah tengok mcm kemas jugakkan, sblm dia skul dulu memang dia warna ikut suka hati je, lah nie tengok apa2 yang dia warna semuanya nampak cun plak 😆

      ada jugak drawing papper kat rumah nie, lupa plak nak snap, kt situ ada banyak gambar ikan yang di lukis oleh aiman, ikan mcm rupa anjing laut pun ada 😆

    1. oh yeker kakngah, kt sini mcm2 kelas ada, rasa nak masukkan dia kt semua kelas tp xberapa nak mampu pulak, lagi pun tengok pada minat dia, kalau dia minat kenalah bagi, skrg nie kita ikut je rentak anak-anak, kalau baik kita ikut kalau tak baik tu kita pandai2 lah cakap dengan dia 😆

      so far amik kelas TWD, ada jgk swimming tp xberani nak masukkan dia coz takut faktor keselamatan, coz nk pegi sana tu pihak tadika yang bawa.

      kelas komputer pun ada tp rasa macam tak berapa nak perlu coz yan sdiri blh ajar dia kat rumah 😆 lagipun x ajar komputer memang dia dh terer 😆

    1. Salam Ahm, ha’ah buku tu memang ada gak guna time dulu2 😆

      sebenarnya buku tu akak saje belikan utk dia, senang dia nak habiskan masa dengan menulis, mewarna, menconteng…hahhaa so kurang sikit suara akak nak melalak 😆

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge