Salam semua, ramai dah taukan Keputusan ajl 25 berjaya di rangkul oleh Ana Raffali, sebenarnya tak sangka ana boleh menang, tapi sebenarnya suka sangat Ana menang, alhamdulillah rezeki berpihak pada Ana, berikan Ana ruang yang luas untuk dia bernafas, geram pulak dengan manusia yang dengki pergi create page Kami Mahu Kemenangan Ana Raffali di Ajl25 Ditarik Kembali, tengok orang yang Like pun ciput je, so means kemenangan Ana memang boleh di terima ramai dan di hormati, yang bestnya penilaian di nilai oleh Juri yang berpengalaman dan layak! tahniah sekali lagi buat Ana Raffali 🙂 we proud of you!

ana rafali

Sedihnya bila ada yang gelar lagu Tolong Ingatkan adalah Lagu Sampah 🙁

Yang pasti kini semakin ramai yang meminati Ana, nama Ana semakin menjadi sebutan, lagu Tolong Ingatkan Aku memang best sangat dengan bait kata-kata puisi yang indah, i like!! memang selalu dengar lagu nie di Youtube, yang bestnya sampaikan anak-anak pun boleh hafal lagu Ana yang lain iaitu Lagu Hujan Bunga di Kuala Lumpur dan lagi-lagi lagu ‘Kalau berpacaran’ nak-nak pulak kalau di mimingkan oleh Cikgu Shida, tergelak-gelak anak tengok, kah3 :))

ana raffali di MHI Tv3

Pagi semalam Ana muncul di rancangan kegemaran Yan iaitu Malaysia Hari ini, Ana di temubual oleh Wardina dan jugak Abby, seronok tengok Ana berpelukan dengan Wardina, kata wardina dia sangat bangga dengan Ana, ye Ana we proud of you! teruskan perjuangan sebagai anak seni, Ana ada kelainan dengan imej yang tersendiri, lagu-lagu yang best, santai tapi bermakna 🙂

twitter ana raffali

Semalam tweet dengan ana, nampaknya Ana pun memang sebak sangat dengan Wardina, yelah Yan nie selalu pagi-pagi tengok Malaysia Hari ini TV3, tak pernah-pernah Wardnina minta peluk dengan artis wanita lain…ehehe, kata Wardina dia bangga sangat. Buat Ana teruskan perjuangan sebagai anak seni, moga sukses selalu, takpe kalau Ana lupa kami tolong ingatkan…ehehehe

Tahniah buat Ana sekali lagi, haish…bape kali nak tahniah nie? hahaha suke sebenarnya!! mesti ramai yang tengah cari lirik lagu “tolong ingatkan aku” betul tak??

Ok jom layan Lirik Lagu Tolong Ingatkan Aku dan video clip Tolong Ingatkan Aku di AJL 25

Lirik Lagu Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali / ciptaan Anna Raffali

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita

Nota Yanmie : Kalau aku terlupa tolong ingatkan aku yea 😛

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

39 thoughts on “Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali”
  1. 😥 :mrgreen: 😐 ➡ 💡 😈 🙄 😡 😆 😎 😕 😯 😮 😀 😳 🙂 ❗ 👿 🙁 😛 ❓

  2. TAHNIAH ANA…saya sngat minat dgn ana raffali
    awk mmg layak menang..kpd korg y x puas hati 2!
    korg x stuju sbb artist y korg sokg tue x mng..SO WHAT!!
    da adt p’tandingan..nie dah REZEKI ANA RAFFALI..
    R.E.Z.E.K.I..fham tak.!sya sngt sdih kpd mrk y x fham..?
    wak pe kcoh2..juri lbh arif drpd korg2 y x puas hti
    tue…mcm gila ble jua diktkan..yeah ANA RAFFALI JUARA..JUARA..
    JUARA..JUARA..JUARA..HAHAHAHAHAAHAHHHA

  3. tahniah ana..pernah jumpa dia sekali masa hotfm bazar ramadhan..masa jumpa tu tanya wifey,betulke artis tu>?tak nampak cam artis pun..at the end..tak jadi nak amik gambar ngan dia..hik3…

    Oh,ingatkan stacy menang persembahan terbaik…sedih stacy di sini tau..hik3..
    eyriqazz recently posted..Adakah Fara Fauzana Masih DaraMy Profile

    1. @eyriqazz, ye maybe juga sebab penampilan dia, yelah dh tentu eyriq cam artis-artis yang seksi je kan? hahahaa

      xde maknanya nk sedih psl stacy tu..kah3, tp suka energy dia dan minat jugak dgn dia, cuma xde rezeki dia, tp tulah x berkenan pulak dengan baju stacy mlm tu *kah3 bnyk komplen lak*

    1. @suarapeople, tulah ntah apa-apalah diorang tu, xpe Ana di pilih oleh Juri yang layak dan berpengalaman, bukannya dari SMS 😛

      Ana memang layak 🙂 hiks nk tau ramai member akak semakin suka dgn lagu nie 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge