Salam semua, 7hb nie Drama baru slot Zehra iaitu Drama Ustaz Amirul bakal di tayangkan, tengok promo drama nie macam best je, tak sabar pulak nak tengok, pelakon utamanya iaitu Ashraf Muslim yang mana beliau mengatakan 50% watak Ustaz Amirul tersebut ada pada dirinya, perg!! ramai wanita di luar sana pasti cair 🙂

ashraf muslim

Kalau melihatkan pada paras rupa dan pertuturan beliau, nampak sangat serasi dengan watak tersebut, nampak gaya kesopanan tu ada, kalau dah 50% ada ciri-ciri macam ustaz amirul tu dah ok sangat dah, nie kompom menjiwai watak tersebut 😛

Jom layan sinopsis Ustaz Amirul di slot Zehra Tv3

Drama Ustaz Amirul di TV3 mengisahkan tentang cabaran dan dugaan yang perlu diharungi oleh seorang lelaki berusia 30 tahun bergelar Ustaz Amirul yang baru tamat pengajian peringkat sarjana dalam bidang Usuluddin dari sebuah universiti Islam di Mesir.

Dengan dikelilingi pelbagai kepura-puraan dan manipulasi budaya moden, Ustaz Amirul akan diduga keteguhan imannya sebagai pemegang amanah Allah dalam melaksanakan niatnya untuk memulakan kelas agamanya sendiri.

Ustaz Amirul juga berjanji kepada ibunya, jika dia tidak mempunyai calon isteri sehingga dia berusia 30 tahun, ibunya mencari siapakah wanita yang layak bergelar isteri.

Drama tersebut akan menggantikan Ahmad Durrah di slot Zehra setiap Jumaat bermula 7 Januari, pukul 9 malam.

“Saya perlu menyampaikan dakwah kepada remaja-remaja. Watak Ustaz Amirul agak berlainan seperti watak ustaz lain yang pernah saya lakonkan sebelum ini.

“Ustaz pun seperti manusia biasa lain yang perlu berhadapan dengan keputusan dalam hidup,” ujar Ashraf.

Seperkara yang menjadi kebimbangan pelakon drama Niyang Rapik dan Cinta Sempurna ini adalah selepas Ustaz Amirul disiarkan di televisyen.

“Saya risau sekiranya drama ini membuatkan penonton akan membandingkan latar belakang diri saya di luar.

“Saya juga perlu lebih berhati-hati sebelum melakukan sesuatu perkara. Mungkin dari segi perbuatan atau perkataan saya,” ujarnya lagi.

Sejak akhir-akhir ini, tidak dinafikan pelakon drama Ilusi dan Manjalara ini selalu melakonkan watak seorang ustaz.

Kebetulan, terbaru dia turut muncul dalam filem Aku Masih Dara yang sedang ditayangkan di pawagam.

Namun jika diikutkan Ashraf tidak menolak sekiranya ditawarkan watak antagonis atau jahat asalkan cerita itu mempunyai mesej berguna kepada masyarakat.

“Sebagai pelakon, memang saya perlu versatil tetapi saya perlu juga memenuhi kehendak saya dalam menunaikan tanggungjawab kepada masyarakat.

“Selepas ini, saya teringin untuk melakonkan watak orang bisu dan pekak pula,” tambahnya yang turut sibuk menguruskan perniagaan penternakan kambing.

Sumber : yanghangat.com

.

Nota Yanmie : wowww baca sinopsis sangat best! tak sabar nak tengok episode 1 ustaz amirul 🙂

.

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

44 thoughts on “Drama Ustaz Amirul di Slot Zehra TV3”
  1. Salam…Alhmdllah..Drama ini sdikit sebanyak dpat m’beri pngajaran u masyarakat akn Cinta b’lndaskan Islam…(“,)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge