Salam semua, semalam layan SAKA Jentayu di TV3, eee tak bolehlah nak layan lama-lama citer mengarut-ngarut macam nie, laju je terus Yan tukar siaran, hahaha apa lagi Aiman dan Haziq terus lintang pukang cari tempat untuk bersembunyi, konon taknak ngadap TV sebab takut 🙂
Heee sebenarnya Yan dan en.hubby pun memang tak layan citer-citer macam nie, kononlah semalam tu nak tengok episode 1 saka jentayu kot-kot boleh layan, tak sampai berapa minit terus alih..hhahaa tak boleh layan lorr….tukar terus buka Astro Sport 😛
Oklah layan jelah ye sinopsis Saka Jentayu TV3
Saka Jentayu mengisahkan perjalanan cinta Jentayu sering didatangi pelbagai halangan dan dugaan. Arwah suaminya meninggal ketika mereka berbulan madu. Selepas beberapa tahun, Jentayu bakal bertunang dengan Faris (Ungku Ismail Aziz). Malangnya, majlis pertunangan terpaksa dibatalkan kerana ibu Faris, Puan Sarimah diserang penyakit ganjil ketika mahu menyarungkan cincin ke jari Jentayu.
Jentayu sering diganggu oleh jin saka iaitu saka Inyiak Utieh milik datuknya, Tok Jalit (Hairi Safwan). Saka Inyiak Utieh mahu mendampingi Jentayu dan ia telah menimbulkan masalah di kampung.
Selepas kematian tragis Puan Sarimah, pelbagai cemuhan dilemparkan kepada ibu bapa Jentayu, Pak Suman (Mubarak Majid) dan Induk Awa (Liza Abdullah) sehingga memaksa mereka berpindah balik ke kampung Induk Awa. Jentayu dan Faris terpaksa berpisah. Faris memilih untuk mendalami ilmu agama dari Ustaz Hanafi (Fathil Dani).
Kepulangan keluarga Jentayu ke kampung tidak disenangi oleh Pak Sadun (Khairil Anwar). Jentayu pula sering diganggu oleh jin saka tersebut. Pak Suman telah meninggal dunia akibat perbuatan langgar lari. Hidup Jentayu dan Induk Awa bertambah sempit. Mereka terpaksa berdepan dengan fitnah dan cemuhan yang disebarkan oleh Pak Sadun.
Pelbagai cabaran yang mengganggu kehidupan Jentayu dan dia turut dikecewakan oleh Zamri. Akibat termakan hasut jin saka tersebut, Jentayu bersetuju untuk mewarisi jin saka nenek moyangnya. Semakin hari Jentayu semakin jauh dari ajaran agama. Apakah Faris dapat menyedarkan Jentayu ataupun Jentayu akan terus hanyut dalam dunia gelap?
Drama Saka Jentayu di slot Seram ini akan mengupas asal usul jin saka yang pernah diamalkan oleh nenek moyang masyarakat Melayu di Sumatera, Indonesia pasti memberikan pengajaran kepada para penonton supaya menjauhi kepercayaan tahyul dan mistik.”
Seram: Saka Jentayu akan menemui para penonton mulai 25 November 2010, setiap hari Khamis jam 9.30malam di TV3
Saka Jentayu 13 episod terbitan Wayang Tinggi Production membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Zarina Zainordin, Ungku Ismail Aziz, Mubarak Majid, Liza Abdullah, Wan Hanafi Su, Hairi Safwan, Khairil Anwar, Fathil Dani dan Kuswadinata bersama pengarah Abdul Azizi Awang Ghazali serta penulis skrip Mohd Azmy Mohd Ariff.
Kredit: Budiey.com
kenapa ikhwan tak penah tau? dah lama sangat tak tengok tv kot. haha
Ikhwan Pauzi recently posted..The Season Of The Witch Is Here
sape tau ost citer nie…
@yanmie
kekdg bosan citer hantu nie sbb sama jer jln citernye.
@razis, ha’ah.. mengarut je..
Ikhwan Pauzi recently posted..The Season Of The Witch Is Here
Lama x layan citer2 hantu tv3 nie >.< Almaklumlah malam jumaat~ Takut
@yanmie
lepas ni malas sudah nak ber 1st ni. kang malu je.
biasa2 aja.. ;p
hahaha xseram xbesh
samela kak yan..sy pun tak berapa sgt ngan citer2 gini..hhuhu
yelah karut marut 😛
@yanmie
haha. ok2. malunya.
hahhahaa…. :))
@yanmie
oh. kakyan tgk gak le. saya x layan langsung. sgt boring. huh
tgk pun citer2 hntu nie, buka kejap terus alih…ehehee
klu takde citer lain lg best blehla layan citer nie…
ha’ah tp akak ngan abg mmg xlayan sebenarnya citer2 hntu nie 😛
@RedBoys
laa. dh ada yg komen rupanya. malu2. hee
hahaha xpe2…anggap je xde ye :))
hurm. mula smlm erk? x layan pon. x best. huhu. me 1st? haha.
smlm tgk intro je terus tukar..
ala..
tengok kum kum la..
ni saka macam dah biasa..;)
eh ramai pulak yg tgk kum2 nie..best ke?
agak seram ke x? sampai anak2 pun lari..hahaha
intro x seram sgt, tp klu citer2 mcm nie mmg x tgk 😛
hahah hantu kumkum..tgk gak semalam..cite ni xtengok ahh
best ke? ramai pulak yg tgk, kwn2 kt fb ramai yg tgk…akak xlayan pun
RT @yanmie: Blog Updated : http://bit.ly/ewcUTl Saka jentayu
[…] This post was mentioned on Twitter by Rose Nazihah and Zulhelmi, yanmie. yanmie said: Blog Updated : Saka Jentayu TV3 http://bit.ly/gvbmYw […]
x best ke cerita ni kak?
smlm tengok cite hantu kumkum kat astro ria
tak tengok pulak cite ni
ntahlah sbb xtgk sgt, tgk masa intro memula tu je pastu terus alih…ehehee
Blog Updated : http://bit.ly/ewcUTl Saka jentayu
RT @yanmie: Blog Updated : Saka Jentayu TV3 http://bit.ly/gvbmYw
RT @yanmie: Blog Updated : Saka Jentayu TV3 http://bit.ly/gvbmYw
Blog Updated : Saka Jentayu TV3 http://bit.ly/gvbmYw