Salam semua, Drama Habil Dan Qabil – Slot Samarinda TV3 dah pun habis, ending yang tak berapa nak faham sikit sebabnya banyak jugak Yan ketinggalan tengok episode drama tersebut, tapi endingnya ada tengok masa balik kampung raya baru nie. Terkini drama yang menggantikannya adalah Drama bertajuk AYOUB, macam biasalah yea waktu tayangannya, korang dah semestinya tahu kan 🙂

AYOUB slot samarinda tv3

Drama bersiri AYOUB ini mempunyai 25 episod yang diarahkan oleh pengarah, Hitler M Zami membariskan pelakon-pelakon popular tanah air seperti Iqram Dinzly, Fizz Fairuz, Fiza Halim, Watie Elite, Rosnah Johari, Norish Karman, Razak Ahmad, Ahmad Tarmimi Siregar, Datuk Rahim Razali dan Mak Jah.

Jom layan Sinopsis AYOUB

Ayoub dibesarkan oleh ibunya, Banun, lakonan Rosnah Johari dalam keadaan yang sederhana selepas ayahnya, Musen meninggal dunia semasa Banun baru mengandung.

Ibu bapa Musen yang berasal daripada keluarga yang berada menyangka Banun berlaku curang dengan Mat Sewel lakonan Razak Ahmad, lalu tidak mengaku Ayoub sebagai cucu mereka.

Ayoub mempunyai seorang kawan karib, Wan Aidil lakonan Fizz Fairuz sejak bangku sekolah. Ibu Wan Aidil, Norma (Norish Karman) sentiasa cemburu terhadap Banun dan tidak membenarkan Wan Aidil rapat dengan Ayoub.

Wan Aidil telah berkahwin dengan Sazzy (Watie Elite), seorang gadis bandar yang kaya. Norma berasa bangga dengan kejayaan anaknya namun dia selalu mendesak Wan Aidil supaya lebih berjaya daripada Ayoub.

Ayoub pula memulakan kerjayanya sebagai seorang pengedar beras di kampung. Dia telah mewarisi harta peninggalan datuknya dan dapat mengembangkan perniagaannya. Walaupun keuntungannya kini tinggi, Ayoub menjalani kehidupan secara sederhana mengikut hukum Islam dan sering menolong mereka yang memerlukan.

Ayoub kemudiannya bertemu jodoh dengan Tengku Zarima (Fiza Halim dan dikurniakan empat orang anak. Perniagaan Ayoub semakin maju. Ayoub sering bersedekah kepada penduduk kampung dan menjadi penaja kepada beberapa dana.

Mimpi ngeri Ayoub bermula apabila Wan Aidil semakin tertekan dengan kejayaan Ayoub lalu sanggup melakukan apa sahaja bagi menjatuhkan Ayoub. Kehidupan Wan Aidil tidak semewah dan sebahagia yang diimpikan selepas ditimpa dengan beberapa masalah.

Sumber gambar dan sinopsis dari mstar.com.my

Nota Yanmie : Alamak wati elite ada….hahhaaa tetiba teringat gosip pasal dia 😛

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

37 thoughts on “AYOUB Slot Samarinda TV3”
  1. waa……..tak perah pun berkesempatan nak tgk citer kalu pas kul 10 malam……sebab mata dah kuyu…….hahahaha
    tapi kalu layan twitter memalam…..cergas jer…..hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge