Salam semua, tengok drama Taubat Nasuha di TV3 tadi betul-betul meresap dalam jiwa, sedih betul sampai menangis-nangis tengok TV, bayangkan anak Yan yang berumur 4 dan 3 tahun turut sama berada disisi Yan menangis teresak-esak..huhuhu sedey sangat!! Yan kalau drama-drama macam nie memang mudah tersentuh, lagi-lagi lakonan Shiela Rusly dengan Fauzi Nawawi memang mantap sampaikan penonton turut terbawa-bawa dengan situasi tersebut, drama ini memang betul-betul memberikan pengajaran kepada kita bagi yang sudah berumah tangga.

live chat dengan shiela rusly dan fauzi nawawi

Tadi sempat jugak bersembang secara langsung dengan Sheila Rusly dan Fauzi Nawawi di laman apps TV3, tak puas rasanya sebab kejap je dalam 30 minit macam tu, seronok dapat chat dengan diorang berdua.

live chat taubat nasuha

Yang best dalam sibuk-sibuk chat tu terpandang nama seorang mamat nie…hahhaa Suffer8zine pun ada tau 🙂

live chat dengan fauzi nawawi

Yang nie snap dari Gua, time nie Shiela Rusly dah balik, tak ingat nak capture awal-awal…ehehe, diorang berdua memang ramah, yang online pun dalam masa 30 minit nie hampir 400 orang..fuh ramai tu, naik juling baca…wakaka.

Oklah jom tengok sinopsis drama taubat nasuha tadi:-

Hasil perkahwinan Syamizi dan Laila mereka dikurniakan 3 cahayamata iaitu Aimin 11 tahun, Aiman 8 tahun dan Amirul 4 tahun. Laila sekarang sedang mengandung anak empat dan usia kandungannya 4 bulan. Ketiga-tiga anak Syamizi begitu nakal pada pandangan Syamizi. Ini kerana Syamizi adalah seorang ayah yang cepat panas baran akibat tuntutan dan didikan hidup dari arwah ayahnya yang merupakan seorang tentera.

Akibat dari itu, cara dia menegur dan mendidik anak-anaknya sama seperti arwah ayahnya yang garang dan bengis serta berdisplin. Pantang sahaja sedikit silap anak, mesti rotan atau sepakan singgah di muka anak itu. Laila sudah puas mengingatkan dan menasihatkan suaminya, namun tidak diendahkan oleh Syamizi, malah ada kalanya Laila juga menjadi sasaran baran Syamizi.

Bagi anak-anak pula setiap kali kemunculan ayahnya di rumah membuatkan mereka sedikit gementar namun tidak menghalang mereka bergurau senda dan bermain bersama. Keriuhan sebegini menjadi satu gangguan kepada Syamizi. Kesabaran Laila cukup tinggi memandangkan sebagai seorang isteri, dia sedar syurga itu di telapak kaki suami. Apa yang berlaku di dalam keluarga Syamizi itu disedari oleh mertuanya Haji Osman, yang tidak suka mencampuri urusan rumahtangga anak menantunya. Namun setiap kali kalau anak menantu dan cucunya pulang ke kampung pasti akan dinasihati atau paling tidak akan diberikan buku panduan rumahtangga atau kitab-kitab untuk rujukan mereka sekeluarga.

Masa terus berlalu.

Kandungan Laila juga semakin hari semakin membesar. Begitu juga dengan Syamizi semakin menjadi-jadi barannya. Syamizi lebih selesa dan seronok bila dia bersama kawan-kawannya di pejabat tapi sebaik sahaja dia menjejak kaki di halaman rumah, sikapnya mula berubah. Tawa ria kini berganti maki hamun. Anak-anak pula semakin nakal. Disinilah kemarahan Syamizi memuncak bila dia menghantukkan kepala anak-anak itu. Sehingga pagi itu menjadi suram dalam keceriaan anak-anaknya untuk ke sekolah. Bukan itu sahaja, Laila juga sudah putus harap melihat tingkah laku suaminya.

Satu hari, Laila pulang selepas menjemput anak-anak balik dari sekolah. Ketika masuk ke dalam rumah, 3 lelaki telah merompak mereka. Perompak-perompak itu telah membunuh kesemua anak-anak dan Laila. Bermula pagi itu juga Syamizi mengalami kesalan yang panjang sehingga mengganggu emosi dan jiwanya, kehidupan dan kerjayanya. Dia lebih banyak termenung dan mengimbas keceriaan anak-anaknya. Tiada hilai ketawa dan senda gurau anak-anak. Yang tinggal hanya kenangan. Sesungguhnya jauh di sudut hati Syamizi amat kesal dengan sikapnya dan menyedari semua itu selepas mereka yang tersayang pergi buat selama-lamanya.

Taubat Nasuha dibintangi Sheila Rusly, Fauzi Nawawi, Dato’ Jalaluddin Hassan, Sheila Mambo, Naim Daniel, Haikal Raihan dan Aliff Ikqmal. – gua.com.my

” KITA AKAN LEBIH MENGHARGAI MEREKA, BILA KITA TELAH KEHILANGAN MEREKA..”

Drama “Taubat Nasuha” ini tercalon untuk Anugerah Skrin 2010″, good luck buat semua yang terlibat dalam pembikinan drama Taubat Nasuha, drama nie memang best!!, insyallah Drama Taubat Nasuha ini boleh menang, dan tak sangka anak-anak pun boleh termenangis tengok drama nie 😛

Nota Yanmie : Kak Shiela tadi sangat comel di live stream 😛

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

27 thoughts on “Taubat Nasuha TV3 – “Kita akan lebih menghargai mereka, bila kita telah kehilangan mereka””
  1. […] Taubat Nasuha TV3 – “Kita akan lebih menghargai mereka, bila kita telah kehilangan merek… […]

  2. waaaa… bestnye bleh chat ngan sheila rusly.. die tue plakon pompuan paling lawak kot. tapi bleh bawak banyak watak.. hehe, nanti nak youtube rrr taubat nasuha nie.., hoohohohoh

  3. Cerita ni buat saya meraung.. Seriously, pelakon-pelakon sangat hebat! Hopefully menang anugerah skrin 😉 kepada suami2 di luar sana. Hadaplah apa di depan mata.. Jagalah mereka sebaik2 baiknya..

  4. huh.. memang bestlah drama shiela rusly ni.. dorg pandai dan kreatif bila buat drama.. n dorg ni pentingkan kualiti drpd kuantiti.. kalau cerita keluaran JS Pictures, memang RB x kan melepas utk tengok.. best2..

  5. salam;
    yan…dah tengok drama nih 2 kali…tapi masih menitiskan airmata bila tengok kali kedua…memang touching giler lah…biasanya memang macam tu la kan..bila ada tak dihargai bila dah tiada baru terasa kehilangannya…

  6. alah ..melepas la yan cite nih .. kalau citer shiela rusly mmg best .. xpelah baca sinopsis dari yan pun jadilah .. tq dear..

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge