Raja Azura @ Kak Engku bercerai

Salam semua, pagi nie baca paper online harian metro, alahai berita pasal Raja Azura aka Kak Engku disahkan bercerai, sebelum pernah ada desas desus mengatakan mereka bercerai tetapi di tepis hebat oleh kak engku, malah mereka berdua dalam proses memulihkan keadaan rumahtangga dan mendapatkan kaunseling.

raja azura berceraiTapi nak buat macam mana, ini pilihan terakhir mereka, apa pun mudahan segala urusan mereka di permudahkan, dan pastinya sangat kesian kat anak-anak diorang, takpelah doakan mereka berdua sentiasa sukses dalam hidup mereka. Mereka lebih tahu masalah mereka. kita cuma mampu doakan yang terbaik buat mereka.

2010/10/07 KUALA LUMPUR: Pelakon, pengacara dan penyampai radio popular, Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin, 38, disahkan bercerai talak satu dengan suaminya, Adzmin Tan Sri Osman, 37, pada 28 September lalu.

Sumber memberitahu Harian Metro semalam, Raja Azura atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Engku (KE) bercerai di sebuah mahkamah syariah di Selangor, pada tarikh berkenaan dan ia dilaksanakan dalam prosiding tertutup atas permintaan pasangan itu.

“Raja Azura mahupun Adzmin tidak mahu kecoh-kecoh dengan perceraian mereka. Rumah tangga mereka sudah gagal diselamatkan selepas masing-masing cuba mendapatkan khidmat kaunseling bagi menyelesaikan kemelut yang melanda sejak beberapa lama itu. Namun, mereka bercerai secara baik dan menerima hakikat tiada lagi jodoh,” kata sumber itu.

Pada 6 Ogos lalu, pengacara Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) itu mengadakan sidang media tergempar untuk menjelaskan khabar angin menyatakan rumah tangganya bergolak, sekali gus memberitahu sebab kunjungannya bersama Adzmin ke Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam, pada 3 Ogos lalu.

Pada sidang media itu, Raja Azura menegaskan kunjungan mereka ke mahkamah tiada kena mengena isu memfailkan permohonan cerai seperti yang hangat diperkatakan, sebaliknya bagi mendapatkan khidmat kaunseling demi menyelesaikan kemelut yang melanda.

Raja Azura berkahwin dengan Adzmin yang juga anak bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Arof, pada 10 Mac 2001. Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Megat Muhammad Raziq, 8, Megat Luqman Hakim, 7, serta Puteri Mia Maizurah, 4.

Sumber itu berkata, walaupun Raja Azura amat bersedih dengan perceraian itu, dia masih meneruskan tugas rutinnya seperti biasa iaitu sebagai penyampai radio Sinar FM dan pengacara beberapa program TV serta majlis rasmi.

Ketika ditanya sama ada punca perceraian itu disebabkan orang ketiga, sumber itu enggan mengesahkannya.

“Itu tidak dapat dipastikan dan biar perkara itu wartawan bertanya kepada Raja Azura. Hakikat ini kerana selama ini dia tidak pernah bercakap mengenai hal rumah tangga mahupun suaminya kepada orang lain. Dia (Raja Azura) tidak akan sekali-kali mendedahkan aib sesiapa termasuk suaminya,” katanya.

Harian Metro cuba mendapatkan komen Raja Azura berhubung perceraian itu semalam, namun difahamkan dia berada di Genting Highlands, Pahang, kerana terbabit rakaman program Kedek-Kedek Drypers, sekali gus menutup talian telefon bimbitnya.

Raja Azura dalam kenyataan sebelum ini mengaku dia dan Adzmin berkahwin atas dasar cinta sama cinta. Kali terakhir mereka dilihat bersama ialah ketika pulang beraya di Alor Setar, Kedah, pada 10 September lalu. – Metro

Nota Yanmie : Minta dijauhkan dari kita hal cerai berai nie..Nauzubillah!

yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

51 Replies to “Raja Azura @ Kak Engku bercerai

  1. syahrilhafiz :adehh awat banyak sangat kes cerai ni..kan ALLAH tak suka..

    Awak tak tahu masalah dia orang apa.. dia orang pun dah dapat counseling semua… jangan menjamin sesuatu you bukan Allah.

  2. korang berdua anggaplah penceraian talak satu ni satu cabaran hidup, yang pasti korang tetap ada peluang kedua untuk memperbaikinya, kerana; demi anak2 korang yang dah 3ekor tu, serta, maruah keluarga korang yang baik2 jadi idola kami(bekas MB/keturunan raja), nanti orang kata korang ni tak dihajar berbuat baik oleh kedua2 orang tua korang(macam anak pelesit lah), korang patut amal corak penghidupan Dato’SNurhaliza & DSeriKJiwa yang sentimental serta sefahaman; namun, janganlah tunggu lama sampai perigi berlumut anjung bersawang, dan, janganlah pulak sampai peminat tafsir yang bukan2 tentang isu penceraian korang, maka, rujuklah dengan segera, saya jamin rumahtangga kali kedua akan kekal sampai akhir hayat korang, InsyaAllah.

  3. kalau itu jalan yang terbaek…redha akan ketentuaNya…. btl kata yanmie hanya mereka tahu masalah mereka.
    xpayah nak mengata mereka…yg kita ni pun tak tahu masa depan kita macam mana…

  4. suka sgt kodem org laki pada hal awk ada laki tapi kalu cakap lupa laki di rmh. artis ni kalu cakap mcm bagus tapi hampeh dah gitu prangai mcm x ada agama main sondol ikut suka dia je langsung x malu pada anak laki mertua , tuhan lagi lah depa lupa. skrg dapat lah habuanya allah bagi tunai. taubatlah sblm terlewat kak engku. bukan kak engku saja tapi artis yg swaktu dgnya yg nampak lagaknya mcm org x beragama, byk sgt maksiat.

  5. @yanmie
    bukan artis jer bercerai berai. org biasa pun sama, cuma bila artis bercerai nie sentiasa dapat liputan ramai. tu yg kt sangka artis ramai bercerai berai. Bercerai seorang artis, tapi ceritanya akan disiarkan di beribu2 tempat. tu yg jadi npk ramai artis bercerai tu..

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge