Salam semua, baru nie ada sembang dengan ayah melalui telefon, sajelah tanya macam mana keadaan menjelan undi Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi, Ayah kata memang ramai orang-orang kenamaan yang turun padang untuk berkempen.

parlimen batu sapi

Dan reaksi ayah macam sedikit kecewa, ayah kata mungkin Pembangkang yang menang nie…huhuhu sebabnya lawan Datin Linda tu semuanya nama besar-besar dan jugak bekas Ketua Menteri Sabah.

Tapi jauh di sudut hati kami sekeluarga anak jati Batu Sapi inginkan seorang pemerintah yang boleh membawa pembangunan, yang boleh menjaga rakyat. Harap-harap BN boleh menang dan justeru itu boleh membawa 1 perubahan yang selama ini rakyat di Batu Sapi inginkan, Insyaallah mudahan BN menang..opss!! jangan pulak ada yang menggangap ini adalah blog politik ye, Yan cuma menyuarakan apa yang tersirat di dalam hati 🙂

SANDAKAN: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin Barisan Nasional (BN) akan dapat mengekalkan kerusi kawasan Parlimen Bukit Sapi dengan majoriti yang lebih besar.

Namun beliau mengingatkan setiap anggota komponen BN supaya bekerja keras selain tidak mewujudkan sebarang masalah memandangkan tugas mempertahankan kerusi Batu Sapi adalah berat.

“Pilihan raya kecil ini bukan main-main tetapi serius. Jadi kita kena pastikan kerusi Batu Sapi kekal milik BN,” katanya semasa berucap pada majlis makan malam bersama jentera BN di sini.

Beliau berkata adalah penting jentera BN memastikan calon mereka menang bagi meneruskan agenda pembangunan di Batu Sapi.

“Bayangkan MP bukan dari BN, sukar untuk kita sampaikan apa saja bentuk pembangunan. Akan ada masalah kerana tidak ada perasaan bersama kerana wakilnya bukan dari BN, jadi mungkin akan timbul masalah,” katanya.

Muhyiddin berkata sekiranya BN dapat mengekalkan kawasan Parlimen Batu Sapi, ia bermakna rakyat menerima usaha yang dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Jika anda ambil kira anggota BN di Batu Sapi, saya tidak nampak sebab kenapa kita tidak boleh menang. Sehubungan itu, saya percaya kita boleh menang di Batu Sapi dengan majoriti yang lebih besar,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa masih banyak tugas serta tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh BN bagi memastikan kemenangan mutlak calon BN dalam pilihan raya kecil itu pada 4 Nov ini.

Beliau menjelaskan pemilihan Datin Linda Tsen Thau Lin sebagai calon BN pada pilihan raya tersebut telah dipersetujui oleh komponen BN. – BERNAMA

Nota Yanmie : Penat jalan jauh 😛

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

12 thoughts on “Pastikan Kerusi Batu Sapi Milik BN – Muhyiddin”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge