Salam semua, wah tak sabarnya nak tunggu siaran langsung majlis gilang gemilang perkahwinan angkasawan negara kita siapa lagi kalau bukan Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan pasangannya Dr. Halina Mohd Yunus, sama cantik sama padan, difahamkan majlis tersebut berkonsepkan kayangan, mesti best kalau dapat tengok nie!

gambar perkahwinan dr. sheikh muszaphar 1

Gambar Pra Perkahwinan Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor

tapi sayangnya hari tersebut Yan takde kat rumah, Yan layan MotoGP kat sepang…ehehe, takpe harap2 ada ulangan majlis perkahwinan Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor. Kalau takde ulangan pun takpelah layan Gambar kahwin Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor pun dah best sangat!. harap-harap ada kawan-kawan yang dapat uploadkan video perkahwinan Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan isteri. memang minat sangat dengan Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor sebabnya sangat pemurah dengan senyuman, dah tu hensem pulak…ahaks 😛

Mesti ahad nie ramai yang sesak tengok rancangan Nona di TV3, mana tidaknya rancangan Nona lah yang akan menyiarkan siaran langsung majlis perkahwinan Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dengan isteri. dan nasib baik jugak lepas tu ada Paparan Eksklusif Menerusi Buletin Utama, lega sikit 🙂 bolehlah layan di Buletin Utama 🙂

Gambar Pra Perkahwinan Angkasawan Negara Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor

gambar perkahwinan dr. sheikh muszaphar 2

wow….lain dari yang lain…berkonsepkan perkahwinan kayangan

gambar perkahwinan dr. sheikh muszaphar 3

See…memang lain dari yang lain 😛 grand gila nie 🙂

Kredit gambar kepada – CandidSyndrome

Pastinya 10 Oktober 2010 merupakan satu tarikh keramat buat Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan juga tunangnya, Dr Harlina Mohd Yunos yang bakal menaiki jinjang pelamin selepas bertunang sejak 1 Januari 2010 yang lalu. Malah tarikh 10.10.10 juga dilihat sebagai sesuatu yang amat menarik kerana bukan sahaja bakal menjadi ulangtahun perkahwinan pasangan yang diraikan ini, secara kebetulan, ia juga merupakan ulang tahun ketiga Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor ke angakasa lepas (2007).

Dengan jemputan seramai 10,000 orang dan dilengkapi persiapan secara besar-besaran, perkahwinan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr Harlina Mohd Yunos boleh diisytiharkan sebagai ‘wedding of the year’. Istimewa untuk para peminat dan semua penonton di Malaysia, kini anda boleh saksikan sendiri acara gilang-gemilang ini menerusi siaran langsung khas yang dibawakan eksklusif oleh TV3 pada hari Ahad ini.

Jangan lupa menyaksikan detik bersejarah ini bemula pukul 2.00 petang Ahad ini di TV3 menerusi slot program NONA yang bakal dihoskan oleh Siti Hasfizza Aswaty Sabjahan (Fiza WHI) membawa kita ke belakang tabir di sebalik persediaan dan proses perancangan majlis gilang-gemilang bermula daripada hari pertunangan yang bertempat di Hotel Allson Klana, Seremban, Negeri Sembilan Januari lalu termasuklah majlis akad nikah yang akan diadakan di Masjid ‘Besi’ Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya bermula jam 11.00 pagi. Ikuti laporan eksklusif Fiza Sabjahan yang turut berada di sekitar majlis pernikahan di TV3 hanya beberapa jam selepas angkasawan pertama Negara sah bergelar suami.

Turut dipaparkan di dalam segmen petang yang dibawakan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya (PICC) adalah penceritaan menarik dan kenangan manis kisah cinta romantis Datuk Dr Sheikh Muzafar Shukor yang akhirnya bertemu jodoh dengan pasangan yang dikasihi, Dr Harlina Mohd Yunos. Kenali kedua mempelai menerusi laporan Fiza yang turut memuatkan profil individu dan senarai pencapaian dan kejayaan yang pernah diperolehi masing-masing. Uniknya, penonton juga berpeluang berkongsi keseronokan dan detik bahagia kedua pasangan dengan mengikuti cerita menarik di sebalik persiapan menjelang hari perkahwinan termasuklah pilihan busana di hari pernikahan dan majlis persandingan yang turut melibatkan beberapa pereka fesyen tempatan yang terkenal seperti Putra Cosry, Datuk Bernard Chandran dan ramai lagi. Bagi mereka yang berminat, inilah peluang untuk mengenali dengan lebih dekat pengurus dan krew yang turut bergabung tenaga dan kreativiti dalam menjayakan majlis gilang-gemilang ini.

Tentunya laporan petang Ahad yang bermula jam 2.00 petang merupakan pemanas kepada acara kemuncak yang paling ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia yang turut mengkagumi usaha dan jasa angkasawan pertama Negara selama ini. Sebaik selepas berakhirnya siaran berita Buletin Utama, teruskan menonton siaran langsung majlis resepsi dan pesandingan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr Harlina Mohd Yunos di bawakan khas dari Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya.

Menampilkan Ahmad Fedtri Yahya dan Nurul Syuhada sebagai pengantara majlis, ikuti laporan eksklusif mereka bermula jam 9.00 malam hingga 10.00 malam. Bermula daripada susunan aturcara majlis yang diterajui oleh Dato’ Mahadzir Lokman, nantikan ketibaan pengantin di dewan yang dihiasi indah berkonsepkan ‘istana kayangan’ dan diiringi oleh paluan kompang, gurindam, bunyian orkestra dan juga selawat dan marhaban ke atas nabi Muhammad S.A.W.

Majlis persandingan turut memaparkan istiadat menepung tawar oleh kedua belah pihak keluarga dan juga barisan tetamu jemputan khas yang turut memeriahkan lagi majlis seperti Perdana Menteri Malaysia dan isteri iaitu Dato’ Sri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor dan ramai lagi. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan acara makan beradap pengantin di mana ketika ini mereka bukan sahaja disajikan dengan juadah yang enak malah turut dihiburkan dengan persembahan istimewa daripada artis tanahair tersohor diikuti dengan majlis memotong kek oleh kedua pengantin sebelum majlis ‘wedding of the year’ ini melabuhkan tirainya.

Laporan eksklusif majlis resepsi dan persandingan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr Harlina Mohd Yunos ini menampilkan Syarida Shariff (Sherry) sebagai penerbit dan Puan Siti Hatija Yusof yang bertindak sebagai penerbit eksekutif serta turut dibantu oleh tenaga warga kerja Primeworks Studios dan TV3. – Gua.com.my

Updated Gambar kahwin Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor

Majlis pernikahan perkahwinan angkasawan negara Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor

perkahwinan angkasawan negara

Dengan sekali lafaz mereka berdua sah sebagai semua isteri . Tahniah!! (gua.com.my)

perkahwinan angkasawan negara

Sama cantik sama padan

datin dr. harlina

Cantiknya Datin nie 😛

Klik untuk melihat gambar yang lain

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

66 thoughts on “Majlis perkahwinan Angkasawan Negara – Dr. Sheikh Muszaphar Shukor”
  1. Pasangan yang sama cantik sama padan.
    Tapi, apasal Dr. Halina tu macam over sikit…patutnya time jadi pengantin tu…malu-malu le sikit…ini….adui!terlibih sudah..You all perasan tak masa majlis akad nikah tu…dia boleh selamba je bercakap dan hulur tangan untuk sarong cincin…pasal tak ada pengapitnya???

    Hemmm…anyway, majlis mereka memang sangat grand. Sama-sama kita doa semoga berbahgia. Amin.

    1. setiap pengantin mesti la rasa teruja..cuma cara ekspresi kita saja yg berlainan..jadi saya rasa mungkin itu cara kakna menunjukkan rasa keterujaannya…masa akad nikah tu memang mcm tu…adat mereka bukan pengapit yg menhgulurkan tangan untuk menyarungkan cincin tetapi dihulurkan sendiri…

  2. em da tengok mcm besa jela..tak grand sangat yg mcm siaran langsung ct kawen dulu tuh..pepon moga kekal hinga akhir hayat..amin

  3. dah tengok tadi..emm besa2 je.entah tang mana yg kayangan sangat tuh. tak se’grand’ mcm siaran lgsung yg ct kawen dulu tuh..

  4. mawi patut mencontohi datuk dr ini yg semakin berjaya semakin tunduk ke bumi dengan menghargai orang ramai yg mendoakan kejayaan nya semasa ke angkasa lepas..walau langit telah digapai tapi kemurahan senyuman dan kemesraan melayan kerenah peminat tidak pernah menghampakan..idola yg cukup sempurna

  5. konsep kayangan tu jangan jadi macam iklan ‘santa raya’ sebab kayang-kayangan ni tak ujud dalam Islam dan ternampak imej ‘palang’ di pintu mahligai pentas persandingan, harap janganlah keindahan perkahwinan jadi tercemar, didoakan berjalan lancar dan tak jadi bahan buah mulut kurang baik kemudian hari kelak, semoga DR. berdua mengecap kabahagiaan mulai ijabkabul hingga ke akhir hayat kelian, InsyaAllah.

  6. wahhhhh…..lain dari yang lain……….grand betul lain dari yang lain…….tahniah dato’ n dr harlina……semoga bahagia hingga akhir nyawa

    1. tulah lan…aku rasa meriah jugak nie, tp sayang nda dpt tgok..adoii, ko tlg snap gmbr blh ka dr tv…ehehe, aku ada di sepang time nie tgk motogp 😛

      btw thanks ye lan atas bantuan mu…hargai sgt2 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge