Salam semua, nak cerita pasal kes semalam ke myMydin kat area rumah nie je di Bandar Puteri Klang, alkisah en.hubby Yan suruh Yan drive kereta dia..fuh tak nak Yan bawa tp en.hubby paksa gak suruh bawa kalau tak bila nak reti bawa kereta dia tu kan, yelah sebelum nie Belajar Memandu guna kancil dan viva so tak retilah nak bawa kereta besar-besar nie, lagi-lagi kereta buatan negara luar, seram sejuk jadiknya duduk dalam kereta en.hubby…ahahaa

Aiyoo anak-anakku nie, asal ambik gambar mulalah nak interprem πŸ™‚

Sejak lulus test JPJ hari tu memang takde drive kereta, so semalam tu ler pertama kali drive lepas dapat lesen kereta.Β Rasa kekok pun ada bawa kereta nissan en.hubby tu, sebabnya Yan nie rendah so seat memang haruslah kedepan sangat. nak tekan klac, break dan minyak pun payah..jauh benar duduknye…ehehe kereta manual, kalau Auto sedap sikit tekan 2 benda je πŸ™‚

Semalam memang ketaq lutut jugak ler bawa sebabnya kereta en.hubby rasa laju je, nak main klac pun payah, rasa nak nangis je semalam!..taubat takmo bawa…hahaha susah benar!! tapi kalau takde pilihan kenalah jugak belajar bawa kereta en.hubby, lainlah kalau dapat kereta dari en.hubby memang Yan request kereta kecil-kecil je macam kancil atau viva..ekeke *perasan* tau en.hubby baca blog nie! so sila survey2 kereta untuk ibu yea *wink*

Nampaknya tak dapat lagilah nak join event Nuffnang, nak bawa kereta en.hubby nie tak cekap lagi…huhuhu melepas!!

Nota Yanmie : semalam sampai termimpi-mimpi rempit guna kereta en.hubby…hahha lawak betul!

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

32 thoughts on “Pertama kali memandu kereta en.hubby”
  1. Ari ni pertama kali saya memandu kereta ke opis. Ajak officemate dok sebelah… cuak gak la time nak parking tadi. Tengah jenguk keta dari bangunan ofis, baru perasan yang saya parking keta senget!!! Will do better tmrw…. Sokongla saya!!

  2. Pertama kali memandu kereta en.hubby | yanmieonline.com…

    Salam semua, nak cerita pasal kes semalam ke myMydin kat area rumah nie je di Bandar Puteri Klang, alkisah en.hubby Yan suruh Yan drive kereta dia..fuh tak nak Yan bawa tp en.hubby paksa gak suruh bawa kalau tak bila nak reti bawa kereta dia tu kan, ye…

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge