Salam semua, semalam dapat tahu yang M.Rajoli sedang kritikal di hospital, dan pagi nie buka balik mstar Online dan tengok tajuk terkininya bahawa M Rajoli sudah pun kembali ke rahmatullah, Alfatihah buat arwah atau nama sebenarnya Mohlis Md. Din.

Takziah kepada keluarga arwah, pastinya jugak Yan akan rindukan setiap lakonan arwah yang mana arwah merupakan pelakon vateren yang paling Yan gemari lakonannya, arwah sentiasa nampak muda di kaca TV sewaktu arwah sedang sihat. Apapun doa mudahan arwah di cucuri rahmat dan di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin!

PETALING JAYA: Pelakon veteran M. Rajoli, 65, yang dilaporkan berada dalam keadaan kritikal meninggal dunia di Hospital Ampang, Selangor, Jumaat selepas dimasukkan ke hospital itu petang Khamis lalu.

Menurut adik ipar Allahyarham, Mohlis Md. Din,47, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 10.45 malam di sisi isterinya Hassimah Mat Din dan anak bongsunya, Mohd. Arif.

Allahyarham dijadual dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat, Kuala Lumpur sebelum solat Zuhur hari ini.

M. Rajoli disahkan menghidap kanser di kelenjar otak atau lymphoma sejak tiga tahun lalu dan dijaga sepenuhnya oleh isteri pertamanya, Hassimah Mat Din. – Mstar Online

Nota Yanmie : Alfatihah…

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

18 thoughts on “M Rajoli meninggal Dunia – Alfatihah”
  1. alfatihah..tiada dapat menggantikan watak beliau seorang bijak pandai berlakun dan saya sukan akan wataknya sebagai alim ulama..memang best..moga roh beliau d tempat org2 yg beriman…AMIN

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge