Jangan terpengaruh hari raya Khamis ini

Salam semua, amboi nampaknye ramai yang dah tak sabar-sabar nak raya nie, maklumlah pergi mana-mana aje penuh dengan orang shopping sana sini, nak berjalan pun crowded sangat nasib baik tak berlaga punggung…ehehe πŸ™‚ Terbaru baca tentang laporan akhbar Berita Harian tentang khabar angin yang mengatakan sambutan hari raya aidilfitri jatuh pada hari khamis ini. so cekidaut berita tersebut. Apa pun jangan terpengaruh ok! khabar angin aje tu πŸ˜›

KUALA LUMPUR: Umat Islam diminta tidak terpengaruh dengan khabar angin mengatakan Aidilfitri disambut pada Khamis, sebaliknya menunggu pengumuman oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada malam Rabu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata khabar angin itu disebar oleh pihak tertentu untuk mengaut keuntungan semata-mata.

“Kita dengar (khabar angin) Raya jatuh pada Khamis…kalau jatuh pada hari Khamis maka tinggal dua hari lagi kita berpuasa dan ini seperti menjadi trend golongan tertentu (peniaga) untuk melariskan jualan mereka.

“Kita jangan ikut rentak orang bisnes,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Dana Nafkah Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) Jabatan Kehakiman
Syariah Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.

Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menentukan Aidilfitri tahun ini ditetapkan pada Rabu, manakala Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

Jamil Khir turut menasihatkan umat Islam supaya berjimat-cermat dalam membuat persiapan menyambut perayaan Aidilfitri.
Pada majlis itu, seramai 70 orang terdiri daripada ibu tunggal dan anak-anak terabai berikutan bekas suami atau bapa gagal atau ingkar mematuhi perintah nakfah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah menerima nafkah pendahuluan berjumlah RM200,000.

Wang itu hanya diberi kepada mereka yang memperoleh perintah Mahkamah Syariah.

Nota Yanmie : korang dah bayar belum zakat fitrah??

About yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

View all posts by yanmie

21 Comments on “Jangan terpengaruh hari raya Khamis ini”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge