Salam semua, seperti yang korang sediamaklum drama Syurgamu Ramadhan dah pun melabuhkan tirainya, drama tersebut Yan tengok jugak tapi tak fokus sangat sebabnya duduk kat kampung kekadang tidur awal…eehehe lepastu memang takde mood nak entrykan drama tersebut :p

Kini Drama Baru yang menggantikan Syurgamu Ramadhan ialah Drama Habil & Qabil yang bakal menemui penonton pada minggu hadapan. Antara teraju utamanya iaitu Aaron Aziz yang tak sudah-sudah dengan kontroversi 2 Alam, ini disebabkan oleh wataknya dalam filem 2 Alam, sian Aaron…ehehe, takpelah Aaron tu maknanya anda berjaya menghayati watak tersebut 🙂

Sinopsis Habil dan Qabil

Qabil Iskandar (Zed Zaidi) pula dilahirkan dan membesar di keluarga yang mewah. Ayahnya, Qamarul (Rashidi Ishak) seorang pengusaha tanah yang berjaya tetapi jarang meluangkan masa bersama isterinya, Intan (Abby Abadi) dan Qabil kerana terlalu sibuk dengan urusan kerja. Qamarul yang bersikap dingin dengan Intan juga mengesyaki Qabil bukan anak kandungnya sebaliknya anak Intan bersama bekas kekasihnya, Smith (Geofrey Perrin Williams). Sementara itu, Qamarul juga sering terganggu dengan kisah silamnya di Kampung Sungai Manik.

Walaupun Habil dan Qabil belajar di sekolah berasrama yang sama di bandar, tetapi mereka tidak berkawan rapat dan sering bersaing dalam akademik dan sukan. Selepas tamat sekolah, Habil dan Qabil membawa haluan masing-masing sehingga bertemu kembali di dunia korporat. Kini, Qabil sibuk menguruskan syarikat arwah ayahnya yang telah bergabung dengan syarikat ayah tirinya, Smith iaitu Syarikat Qam & Smith Properties.

Sejak kematian suaminya, Intan telah memberi kepercayaan penuh kepada Smith dan tidak mengambil peduli mengenai hal ehwal syarikat. Habil pula berjaya memiliki syarikat sendiri. Habil menganggap pelaksanaan projek padang golf Qamarul di tanah Yusoff telah memusnahkan kehidupan Yusoff dan Umairah. Justeru itu, Habil telah bertindak agresif untuk merampas semua mega projek Qam & Smith Propertis untuk membalas dendam. Mereka bukan sahaja bersaing dalam perniagaan tetapi juga jatuh hati kepada Maria (Siti Saleha). Tanpa diketahui, Maria juga menyimpan agenda sendiri selepas memutuskan untuk mengahwini Qabil.

Kredit to Budiey.com

Nota Yanmie : sama-samalah kita saksikan drama ini

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

16 thoughts on “Habil Dan Qabil – Slot Samarinda TV3”
  1. […] semua, Drama Habil Dan Qabil – Slot Samarinda TV3 dah pun habis, ending yang tak berapa nak faham sikit sebabnya banyak jugak Yan ketinggalan tengok […]

  2. adam fadh tu yang baru sekolah menengah tu kan?kalau tak silap dia jd hassan kecik sbb hassan bila besar allahyarham riduan suhaimi yang jadi…

  3. antara pelakon HQ
    -aaron aziz
    -zed zaidi
    -allahyarham suhaimi
    -azhan rani
    -zila bakarin
    -rashidi ishak
    -abby abadi
    -geofrey perrin williams
    -siti saleha
    -wany osmar
    -syamsinar
    -reza syafiq
    -amy nadia
    dan ramai lagi…. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge