Salam semua, wah2 hari nie 23.09.2010 mesti pecah panggung punye, mana taknye hari nie merupakan tayangan pertama untuk filem muzikal Magika yang mana merupakan filem pertama yang berunsurkan muzikal di negara kita Malaysia, tapi ada yang kata filem qabil qhushry qabil igam pernah menampilkan unsur sedemikan tapi tidak kepada sebuah filem yang menampilkan lirik-lirik dalam sebuah dialog seperti Filem Magika ini yang menelan belanja sebanyak 2.4 juta, bukan sikit wooo!! sure best nie 🙂

Filem Magika ini memuatkan pelbagai situasi romantik, unsur komedi dan kasih sayang, mesti best kalau dapat layan kat panggung wayang, yang paling sure bestnya filem magika nie akan meletops sebabnya antara pelakon yang membintangi filem magika ini terdiri dari barisan Artis tanah air yang hebat-hebat gitu, mana tidaknya Magika berjaya mengumpulkam 20 Artis popular tanah air, antaranya terdiri daripada M.Nasir, Maya Karin, Diana Danielle, Fimie Don, Mawi, Raja Azura, Ning Baizura, Adibah Noor, Vanidah Imran, Nabil (Raja Lawak), Aznil Nawawi dan ramai lagi.

Magika Official Trailer


Sinopsis Filem Magika

.Magika sarat dengan pengajaran dan memberi mesej tersendiri selain digarap dalam situasi yang menghiburkan.Ini kerana elemen muzikal dengan 14 buah lagu yang digabungkan menjadi pelengkap kepada sebuah filem genre sebegini.Ia mengisahkan bagaimana dua beradik yang tersesat di alam bunian selepas keluar rumah pada waktu Maghrib. Ayu (Diana Danielle) berhadapan dengan ujian sukar untuk menyelamatkan adiknya iaitu Malik (Fimie Don) yang diculik nenek kebayan lakonan Ziana Zain .Bagaimanapun Ayu bernasib baik baik kerana dia bertemu dengan Bad (Mawi) yang membantu menyelamatkan mereka keluar dari dunia asing itu

Magika sarat dengan pengajaran dan memberi mesej tersendiri selain digarap dalam situasi yang menghiburkan.Ini kerana elemen muzikal dengan 14 buah lagu yang digabungkan menjadi pelengkap kepada sebuah filem genre sebegini.Ia mengisahkan bagaimana dua beradik yang tersesat di alam bunian selepas keluar rumah pada waktu Maghrib.

Ayu (Diana Danielle) berhadapan dengan ujian sukar untuk menyelamatkan adiknya iaitu Malik (Fimie Don) yang diculik nenek kebayan lakonan Ziana Zain .Bagaimanapun Ayu bernasib baik baik kerana dia bertemu dengan Bad (Mawi) yang membantu menyelamatkan mereka keluar dari dunia asing itu

Filem ini adalah arahan dari Edry KRU dan diterbitkan oleh KRUStudios

Nota Yanmie : Alahai kalau dapat tengok kat panggung nie mesti best!

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

10 thoughts on “Filem Magika kini di pawagam”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge