Drama Siti Kelembai di Slot Lagenda TV3

Salam semua, maaf blog ini tidak berupdate selama 2-3 hari, eh yeker 2-3 hari?? nie nak cerita pasal drama slot lagenda TV3 yang terbaru iaitu drama yang bertajuk Siti Kelembai, boleh tahan jugak drama tu, best! kelakar tengok watak Yana dalam Siti kelembai.

Dalam sibuk-sibuk tu memang sempat lagi tengok Siti Kelembai nie, so far tak miss lagi tengok Siti Kelembai nie, layan pulak dengan anak-anak, tak sangka diorang pun suka tengok, kira kalau iklan sekalipun diorang tak kasik tukar gak channel lain…hahhaa sabar jelah.

Jom layan sinopsis Siti Kelembai di Slot Lagenda TV3.

Merupakan drama bersiri 20 episod arahan Bob Hashim Ismail terbitan MIG Productions. Siti Kelembai versi moden sebenarnya diolah semula daripada cerita rakyat, Sang Kelembai. Ceritanya berkisar kepada Siti Ratna, anak perempuan tunggal kepada Alang Saidi dan Siti Mayang Sari yang sangat kuat berkhayal dan berimaginasi di dalam kelas.

Pada zahirnya, Siti Ratna dianugerahkan rupa paras yang cantik warisan ibundanya, namun, kecantikan itu tidak terserlah kerana dia seorang gadis yang sangat selekeh dan tidak pandai menjaga penampilannya. Sewaktu di dalam kelas, Siti Ratna sering hilang tumpuan kerana tatkala guru kelasnya sedang memberi pengajaran di hadapan, fikiran Siti Ratna akan melayang-layang entah ke mana dan seolah-olah dirinya berada di alam lain.

Di kolej, satu-satunya kawan rapat Siti Ratna adalah Moin yang agak lurus bendul dengan tabiat pelik dan sering menjadi mangsa buli rakan-rakan sekuliahnya. Menjelang hari lahirnya yang ke-21, atas bantuan kakak Moin, Masmona yang mempunyai sebuah salon kecantikan, Siti Ratna telah bertukar menjadi seorang gadis yang rupawan dan anggun!

Selain daripada menjadi bualan hangat dan pujaan hampir semua lelaki di kolejnya, secara tiba-tiba Siti Ratna telah dianugerahkan suatu kuasa sakti yang agak luar biasa pada malam sambutan hari lahirnya. Kuasa itu adalah satu kelebihan yang pada mulanya tidak disedari oleh Siti Ratna sendiri dan jika disalahgunakan atau tidak terkawal boleh menyebabkan suasana haru-biru.

Siti Ratna tidak boleh marah atau terdetik dalam hati memarahi sesiapa kerana boleh menyebabkan seluruh tubuh orang yang dimarahinya menjadi gatal. Pastinya peristiwa hari lahirnya itu telah menjadi titik permulaan kepada rungkaian hikayat Siti Kelembai. Dapatkah Siti Ratna menyesuaikan dirinya dengan kuasa sakti yang dimiliki? Apakah kaitan kelebihan dirinya dengan ibunya yang dipercayai mati selama ini tetapi sebenarnya masih hidup berkelana di hutan rimba?

Kredit kepada Kulanzsalleh.com

Drama Siti Kelembai ini di bintangi oleh Liyana Shamsudin atau lebih dikenali sebagai Yana, Fizo Omar, Amran Omar, Farah Lyana, Jasmin Hamid, Eizlan Yusof.

About yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

View all posts by yanmie

18 Comments on “Drama Siti Kelembai di Slot Lagenda TV3”

  1. Salam kak Yan,
    Citer wajib tgk ni… Coz ada artis favourite Daus yg berlakon… teka sape?… hihihi… Artis tu punya gigi yg comel mcm rabbit dan suara keanak-anakan… haha

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge