Salam semua, baru kejap tadi tengok berita tentang perkembangan terkini berita yang berkaitan dengan Susulan kes Datuk Sosilawati Lawiya hilang, terkini pihak polis mengesahkan Mayat Datuk Sosilawati Lawiya ditemui bersama 3 individu yang lain dibunuh  sebelum abunya dibuang di sebuah sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat di sini. Ya Allah tergamak mereka buat macam nie, sangat zalim!!

Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, polis masih perlu mendapatkan pengesahan forensik untuk mengesahkan sepenuhnya perkara itu.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Daerah Banting di sini hari ini.
Tiga lagi ialah pemandu Kamaruddin Shamsudin, 44; pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38; dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.
Datuk Sosilawati Lawiya di laporkan hilang bersama 3 individu lain sejak 30 Ogos ketika berada di Banting untuk urusan pembelian tanah.-Bernama

Nota Yanmie : Takziah buat keluarga Datuk Sosilawati dan 3 keluarga individu yang lain. Al-fatihah.

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

23 thoughts on “Datuk Sosilawati Lawiya Mati Dibunuh – Alfatihah”
  1. al-fatihah buat arwah2 ini. kpd anak2 arwah2 ini, tabah dan jgn lupa selalu sedekahkn fatihah dlm solat buat ibu dn ayah2 kalian. jgn bersedih selalu…. sabar ya. salam syg dari org s’pura.

  2. memang menyedihkan

    kita doakan agar siasatan polis dapat dibuat dengan cepat dan tepat, agar pendakwaan dan hukuman dapat dijalankan segera

    sebab, suspek itu pula orang yang arif dengan kerenah dan sistem perundangan di Malaysia ni kan

  3. Semuanya adalah qada dan qadar. Tapi kenapa manusia sanggup melakukan perkara kejam ini tanpa belas kasihan. Sedangkan binatang pun dilindungi dan dikasihani. Al-Fatihah buat semua roh. Semoga dicucuri rahmat. Allahhuakbar.

  4. Al-Fatihah buat semua mangsa pembunuhan kejam tersebut. Semoga roh mereka ditempatkan bersama-sama orang yang soleh dan solehah. Juga didoakan semoga Allah. s.w.t. membalas secara tunai atas perbuatan semua penjenayah.

  5. bukan setakat keluarga dato’ sahaja, tapi kepada mereka yang menjadi mangsa keadaan terutama pemandu peribadi… semuanya kerana nafsu serakah dan tamak haloba. hasad dengki seperti api meratah kayu2 kering. Innalillahi wa inna ilaihi raajiuunn

  6. Inilah manusia kadang jadi binatang…manusia rakus dan tamak,, sangup buat segalanya keran wang dan kedudukan… macamaman nak kata negara kita ni aman ..

  7. Al-Fatihah kepada keluarga Datuk….semoga roh mereka ditempatkan di kalangan org2 yang beriman…pengajaran kepada kita semua…hanya kerana wang,pangkat dan kekayaan manusia boleh hilang waras and sanggup membunuh…hanya Allah yg boleh membalasnya…

    1. Alfatihah…moga roh mereka dicucuri rahmat…amin. tadi tengok berita terkini, suspek dah mengaku bunuh mereka berempat. harap2 pihak media dpt siarkan muka pembunuh tu semua

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge