Salam semua, baru kejap tadi tengok berita tentang perkembangan terkini berita yang berkaitan dengan Susulan kes Datuk Sosilawati Lawiya hilang, terkini pihak polis mengesahkan Mayat Datuk Sosilawati Lawiya ditemui bersama 3 individu yang lain dibunuh sebelum abunya dibuang di sebuah sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat di sini. Ya Allah tergamak mereka buat macam nie, sangat zalim!!
Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, polis masih perlu mendapatkan pengesahan forensik untuk mengesahkan sepenuhnya perkara itu.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Daerah Banting di sini hari ini.
Tiga lagi ialah pemandu Kamaruddin Shamsudin, 44; pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38; dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.
Datuk Sosilawati Lawiya di laporkan hilang bersama 3 individu lain sejak 30 Ogos ketika berada di Banting untuk urusan pembelian tanah.-Bernama
Nota Yanmie : Takziah buat keluarga Datuk Sosilawati dan 3 keluarga individu yang lain. Al-fatihah.
kisah pembunuhan ini masih di ingatan
al-fatihah buat arwah2 ini. kpd anak2 arwah2 ini, tabah dan jgn lupa selalu sedekahkn fatihah dlm solat buat ibu dn ayah2 kalian. jgn bersedih selalu…. sabar ya. salam syg dari org s’pura.
sedihnya.semoga roh mereka dicucuri rahmat…….
askm.ya allah tmpatkan merka dkalangan org yg soleh,ampunilah dosa2 mereka..
semoga pembunuh mendapat pembalasan yang setimpal, al fatihah buat keempat2 arwah dan takziah buat keluarga mereka..
AL-FATIHAH
#Khidmatblogger RT @yanmie Datuk Sosilawati Lawiya Mati Dibunuh – Alfatihah | yanmieonline.com http://bit.ly/dfQ7LW
memang menyedihkan
kita doakan agar siasatan polis dapat dibuat dengan cepat dan tepat, agar pendakwaan dan hukuman dapat dijalankan segera
sebab, suspek itu pula orang yang arif dengan kerenah dan sistem perundangan di Malaysia ni kan
Semuanya adalah qada dan qadar. Tapi kenapa manusia sanggup melakukan perkara kejam ini tanpa belas kasihan. Sedangkan binatang pun dilindungi dan dikasihani. Al-Fatihah buat semua roh. Semoga dicucuri rahmat. Allahhuakbar.
Al-Fatihah buat semua mangsa pembunuhan kejam tersebut. Semoga roh mereka ditempatkan bersama-sama orang yang soleh dan solehah. Juga didoakan semoga Allah. s.w.t. membalas secara tunai atas perbuatan semua penjenayah.
betul la…manusia sekarang semakin kejam….x der perikemanusiaan dah…
takziah kepada keluarga mangsa, terutama kepada pemandu peribadi yang menjadi mangsa keadaan. Innalillahi wainna ilaihi rajiunnn
bukan setakat keluarga dato’ sahaja, tapi kepada mereka yang menjadi mangsa keadaan terutama pemandu peribadi… semuanya kerana nafsu serakah dan tamak haloba. hasad dengki seperti api meratah kayu2 kering. Innalillahi wa inna ilaihi raajiuunn
Al-Fatihah….
Inilah manusia kadang jadi binatang…manusia rakus dan tamak,, sangup buat segalanya keran wang dan kedudukan… macamaman nak kata negara kita ni aman ..
Al-Fatihah dan takziah buat keluarga mangsa
sedihnye
Al-Fatihah kepada keluarga Datuk….semoga roh mereka ditempatkan di kalangan org2 yang beriman…pengajaran kepada kita semua…hanya kerana wang,pangkat dan kekayaan manusia boleh hilang waras and sanggup membunuh…hanya Allah yg boleh membalasnya…
alfatihah..kesian kt dia…hmm..
kesian kt anak2 dia jg..
Alfatihah buat mereka. tadi TV3 ada siarkan temubual dgn anak sosilawati, kelihatan dia tenang
AL-FATIHAH..semoga roh mereka dicucuri rahmat dan semoga pelakunya diberikan hukuman yang berat!
Alfatihah…moga roh mereka dicucuri rahmat…amin. tadi tengok berita terkini, suspek dah mengaku bunuh mereka berempat. harap2 pihak media dpt siarkan muka pembunuh tu semua
Blog Updated : Datuk Sosilawati Lawiya Mati Dibunuh – Alfatihah | yanmieonline.com http://bit.ly/dfQ7LW