Salam semua, baru-baru nie Yan balik ke Klang bersama 2 orang hero. kebetulan Yan takde kelas memandu untuk hari tersebut, so kami ambil kesempatan untuk balik ke Klang, rindu seh dengan en.hubby…ekeke..oppss!! jangan ada yang meluat sudah 🙂

So semalam tibalah masanya untuk kami balik semula ke kampung en.hubby kat Jengka Pahang, apa lagi naik bas ler..dah datang pun naik bas, so balik pun kenalah naik bas kan, ala independent sikit, naik bas pun takdelah lama sangat, 2 jam aje dah sampai sebab naik kat Stesen Bas Pekeliling, Tiket cuma Rm28.00 sangat murah! maklumlah rasanya 7tahun jugak Yan tak naik bas Ekspress nie…hahaha sekali sekala naik best jugak..nnggee~~

Semalam kami keluar dari rumah lebih kurang pukul 10 pagi, 10.40 pagi macam tu dah sampai kat pekeliling terus beli tiket. tiket bas pukul 3.30 petang, see sangat lama nak menunggunye, tapi sebenarnya en.hubby dah plan untuk kami balik petang, so bolehlah dia bawa kami nie jalan-jalan cari makan dulu 🙂

Destinasi pertama kami ialah ke KLCC, jom layan gambar ajelah..kalau nak cerita kang korang tak larat nak baca..ehehe…layanzzz 🙂

Suasana pagi di KLCC, masa nie tak ramai lagi orang..nyaman sungguh rasanya tak perlu nak bersesak-sesak naik escalator

aiyoo kalau berjalan kat tempat-tempat macam nie kan, kalau boleh memang nak elak lalu kat mainan yang gerak-gerak nie, kalau tidak sepanjang-panjang jumpa dengan mainan nie mesti nak menyinggah…adoii sabar jelah Yan dengan en.hubby 🙂

Singgah sekejap ke Petrosains, haziq taknak balik tu, leka menengok ikan-ikan kat dalam kolam tu, siap nak bawa balik katanya…ehehe 😛

Setelah penat tawaf 1 KLCC, tiba masanya nak isi perut, kami makan kat KFC KLCC aje, bapak ramai giler orang time nie dah dalam pukul 12tgh, nasib baik ada tempat duduk.

Aiman tak kisah 🙂

Ehehe..gambar nie Yan suruh Haziq senyum, dia pegi ajuk pulak balik…hahaha 🙂

Ok dah kenyang2 makan, kami pergi pulak ke Kuala Lumpur Convention Center, kenkonon nak gi masuk ke Acuaria KLCC tu, sekali tu kansel terus sebabnya bapak ramai sangat orang beratur nak masuk, yelah maklum aje kalau cuti hujung minggu macam nie. Lagipun kami tak banyak masa nak lepak lama2 kat sana.

Agaknya kalau beratur jugak nak beli tiket maunya tak terlepas tiket bas balik Jengka…hahaha, so Kansel..next time lah yea myhero 🙂

Lepas dari Convention Center, kami ke Taman Tasik Titiwangsa pulak, ingatkan nak bagi anak2 main kat Playground tapi kansel sebab cuaca agak panas sangat, maunya tak melecur montot diorang main roller coster tu..ehehe. So lepak-lepak bagi diorang main permainan yang simple-simple aje.

kebetulan ada pertandingan memancing kat taman tasik titiwangsa, so layan jugak tengok diorang memancing…ehehe 🙂

Taman Tasik Titiwangsa nan indah, disinilah tempat Yan dan en.hubby dulu selalu dating…ekeke 🙂

MyHero…luv u all..mmuuaahh 🙂

Lepas dari Taman Tasik Titiwangsa kami terus ke Stesen Bas Pekeliling, dah tiba masanya untuk kami berangkat balik ke Jengka. Kami tinggalkan en.hubby dengan senyuman dan lambaian..ekeke

Nota Yanmie : Jom kait buah!

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

25 thoughts on “Wiken bersama en.hubby”
  1. yan…berpisah sesakli sekala,menambah kerinduan,kemesraan kan…pasni yan dah tak naik bas lg la kan..:)
    tentu mak,ayah mertua tersenyum lihat yan blk bwk keta…

    1. Salam kak, ye betul tu..sesekali berjauhan tu nikmatnya bila bertemu, hehe tuhan jelah yang tau 😛
      tulah kak…cepat2lah nk dpt lesen nie, blh sampai rumah akak nnti 😛

  2. @yanmie
    oo… masih banyak masa untuk berlatih… semoga berjaya ya.. 😀 Orang cakap pegawai perempuan susah sket… kalau pegawai lelaki ok la skit.. tak straight sgt.. tambah2 ngn perempuan.. lagi la lembutnya. 😀

    1. yes betul tu 🙂
      kalau takde pape 25hb akak test jpj, ikutkan blh buat awal lg tp sebab tarikh sepatutnya yg sblm ini diorang tangguhkan ke depan…huhu test jpj hanya ada pada hari rabu, sblm nie hari jumaat..klu tak 20hb h blh test jpj 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge