Salam semua, baru baca paper online Harian Metro, berita tentang perkahwinan jaguh badminton negara, Roslin Hashim, 35. Yang baru sahaja berkahwin dan telah memfailkan perceraian selepas sebulan berlahwin dengan isterinya iaitu Norhayati Othman, 38. dan sebelum ini roslin pernah berkahwin dengan Faizah Mohamad,32, yang hanya bertahan selama 12 hari selepas bernikah pada 30 Januari 2009 Berikut di bawah Yan sertakan berita dari Harian Metro Online.

KUALA LUMPUR: Selepas sebulan mendirikan rumah tangga, jaguh badminton negara, Roslin Hashim, 35, akan memfailkan perceraian dengan isterinya, Norhayati Othman, 38, di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, hari ini.

Pasangan itu berkenalan pada awal Februari ini sebelum mengambil keputusan mendirikan rumah tangga pada 9 Julai lalu.

Harian Metro difahamkan, permohonan berkenaan dibuat selepas berlaku masalah dalam rumah tangga dibina Roslin dengan Pengarah Pemasaran, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) itu.

Sebelum ini, Roslin pernah menggemparkan negara apabila perkahwinan pertama bersama Faizah Mohamad,32, hanya bertahan selama 12 hari selepas bernikah pada 30 Januari 2009.

Pasangan itu bercerai pada 11 Februari tahun lalu selepas Roslin melafazkan cerai pada isterinya atas kerelaan sendiri di rumah ibu bapa mentuanya di Puchong, Selangor, jam 10.50 malam di hadapan mereka.

Sementara itu, produser Raja Azmi Raja Sulaiman ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan, tetapi beliau enggan mengulas lanjut.

Nota Yanmie : Sekarang kahwin dah macam main-main je, alahai kesian dengan isteri tak pasal-pasal jadi janda. apa pun mudahan yang terbaik buat mereka berdua.

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

17 thoughts on “Roslin Hashim failkan cerai lepas sebulan berkahwin”
  1. apa kes kawin sebulan cerai, nampak sangat tak matang…hidup ni singkat ambil la peluang untuk berumah tanga, merasai nikmat bekeluarga..apa lagi yg lebih seronok selain menjalani kehidupan bekeluarga… 🙂

    1. ha ye betul tu, kita pun xtau apa masalah sebenar mereka..mudahan di permudahkan segala urusan mereka dan minta di jauhkan perkara sebegini terjadi pada kita…amin 😛

    1. salam kakina, yan baca dari metro td terus share kt sini. takpe jap lg gi terjah blog kakina, sori lama x gi jenjalan umah kakina..ehehe bizi dgn kuih batang buruk sabah.

      tulah x patut buat org pompuan mcm tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge