Salam semua, sori baru ada masa nak online, petang tadi tetiba pulak Aiman tak sihat, dah ler baru nie Kesian Haziq demam. lah nie giliran Aiman pulak, ades risau betul sebab Aiman demam panas sangat, nasib baiklah ada ubat peluru yang doktor bagi masa bawa haziq gi klinik semalam, demam Aiman pun beransur-ansur ok.

Ok Β nak update pasal aktiviti semalam, MIL ajak buat Kuih Tepung Bungkus, ala kuih yang bungkus dengan daun pisang tu salah satu kuih tradisional kita. meh nak share gambar dan cara buat Kuih Tepung Bungkus nie yea, sharing is caring πŸ˜›

Nak buat Kuih Tepung Bungkus nie haruslah ada inti, intinya kelapa masak bersama gula merah dan di bulat-bulatkan jadi macam kat dalam gambar atas tu, inti kelapa nie jugak boleh guna untuk buat Kuih Ketayap, cara buat sama aje.

Kemudian tepung pulut dibancuh dengan air, sikit je tau airnya kang lembik pulak tak boleh nak bungkus inti kelapa tu.

Dan jadilah seperti gambar di atas

tepung beras dan santan

Kemudian bila dah siap bungkus inti kelapa dengan tepung pulut tadi, kini proses mencelup pulak, untuk bahan celup nie kena guna tepung beras, santan dan sedikit garam untuk Β bagi rasa lemak sikit dan cara nak masaknya mudah aje, masak ke tiga-tiga bahan tadi diatas api sederhana, agak likat boleh tutup api dan celup sahaja inti yang dah di bungkus dengan pulut tadi dan agak-agak ler nak letak banyak mana bahan celup tadi.

Kuih yang dah siap di bungkus, tinggal nak kukus aje lagi
Kuih Tepung Bungkus fresh dari periuk pengukus
dan hasilnya….jeng…jeng…jeng…

tepung bungkus sedap

Rasanya sungguh marbeles, sangat sedap! lemak manis disukai ramai, Thanks pada MIL kerana atas tunjuk ajar yang diberikan, ada masa boleh cuba
.

Nota Yanmie : Besok balik Klang lagi

By yanmie

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at yanmie82@gmail.com , thank you :)

26 thoughts on “Projek Kuih Tepung Bungkus”
  1. mama akak selalu buat letak dua inti kat dalam tepung tu..selain nama tepung bungkus kita panggil puteri dua sebilik.. πŸ˜›

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge